Guardian Malaysia, peneraju farmasi, kesihatan dan kecantikan runcit hari ini melancarkan
Anugerah Healthy Beauty 2020, yang memberikan peluang kepada lebih tiga juta
pelanggannya untuk mengundi jenama-jenama kegemaran mereka serta memenangi pelbagai
hadiah menarik bernilai sehingga RM50,000.
Undian bagi peraduan anugerah apresiasi jenama tahunan ini bermula pada 2 September 2020
dan bakal berakhir pada 30 September 2020.
Sebelumnya dikenali sebagai Anugerah Most Voted Brands, ia kini ditukar kepada Anugerah
Healthy Beauty.
Anna Ng, Pengarah Pemasaran Runcit, Guardian Health And Beauty, Malaysia dan Singapura
berkata: “Pencarian jenama-jenama terbaik oleh pelanggan Guardian ini bertujuan untuk
memberi kuasa kepada pelanggan untuk memilih produk kecantikan sihat yang terbaik di dalam
industri yang ditawarkan di semua stor Guardian. Jadi saya menyeru kepada semua pelanggan
untuk menyuarakan pandangan dan pilihan anda.”
“Di Guardian, para pelanggan adalah keutamaan kami dan platform undian pelanggan sebenar
yang unik ini adalah sangat relevan pada masa ini kerana Guardian didorong untuk menjalinkan
hubungan yang mantap dengan pelanggan dan memahami keperluan gaya hidup, pilihan dan
tingkah laku mereka yang sentiasa berubah dan berkembang.”
“Saya percaya Anugerah Healthy Beauty 2020 Guardian Malaysia adalah di antara anugerah
paling berprestij dan paling definitif di dalam pasaran hari ini dengan mengambil kira
kepelbagaian dan keluasan rangkaian produk, jenama dan kategori yang terlibat.”
“Tambahan pula, undian diambil secara keseluruhan, ini akan memberikan gambaran yang adil
terhadap jenama yang paling menawan dan memberi impak kepada pelanggan. Jenama-
jenama akan memperolehi pemahaman yang lebih mendalam tentang pemilihan jenama oleh
pengguna dengan lebih 70 pemenang dalam 6 kategori anugerah iaitu ‘Jenama Baru Terbaik’,
‘Undian Tertinggi Pilihan Influencer’, ‘Kosmetik’, ‘Penjagaan Kulit’, ‘Penjagaan Diri’ dan
‘Penjagaan Kesihatan’,” jelas Anna.
Meraikan gaya hidup digital majoriti pelanggan masa kini, proses undian akan dikendalikan
sepenuhnya dalam format digital. Ini bermakna, semua undian akan diadakan di dalam talian.
“Dan untuk undian tahun ini, tiada pembelian diperlukan untuk menyertai peraduan. Apa yang
pelanggan perlu lakukan adalah untuk mendaftar di www.hba2020.guardian.com.my melalui
platform media sosial mereka atau daftar secara manual dan mula mengundi. Tiada had
bilangan penyertaan dikenakan jadi pelanggan boleh menghantar sebanyak mana penyertaan
yang mereka mahu,” tambah Anna.
Selepas mengundi, setiap pengundi akan menerima e-baucar RM10 yang boleh dituntut di Stor
Dalam Talian Guardian dengan pembelian minimum sebanyak RM100 dalam satu resit
sepanjang tempoh peraduan berlangsung.
Dan semua pelanggan yang mengundi juga berpeluang memenangi salah satu daripada 186
hadiah dan baucar Guardian yang bernilai sehingga RM50,000 termasuk Hadiah Utama sebuah
Kerusi Urut Osim uDivine V dan Baucar Tunai Guardian bernilai RM250.
Peraduan ini terbuka kepada semua pelanggan berusia 18 tahun dan ke atas. Pemenang akan
dipilih berdasarkan penyertaan dengan undian yang paling tepat dengan senarai keseluruhan
pemenang Anugerah Healthy Beauty 2020.
Untuk maklumat lanjut dan terma dan syarat penuh Anugerah Healthy Beauty 2020 Guardian
dan undian, sila layari http://www.hba2020.guardian.com.my/.
Jadi mulalah mengundi dan rebut peluang untuk memenangi hadiah-hadiah hebat September
ini!
Love,