Bulan suci Ramadan telah tiba, dan untuk mengalu-alukan kedatangan bulan yang mulia ini dengan rakyat Malaysia, The Chicken Rice Shop (TCRS) telah melancarkan menu baharunya iaitu Ayam Kilau yang pedas dan rangup untuk para peminatnya bulan ini. Tersedia mulai sekarang sehingga 21 Mei 2023 di semua lokasi TCRS, hidangan istimewa ini boleh dipesan dalam 3 set berbeza – Meal A (set 1 orang), Meal B (set 2 orang) dan Meal C (set 4 orang) untuk pilihan makan seorang dan juga untuk makan sekumpulan pada bila-bila masa!
Bulan puasa juga merupakan waktu yang istimewa di mana kita dapat berkumpul bersama keluarga dan kawan-kawan untuk berbuka puasa. Oleh sebab itu, TCRS berbesar hati melancarkan menu baharu ini untuk dinikmati bersama samada di restoran ataupun di rumah. Berkenaan pemilihan perkataan ‘kilau’ ini dijelaskan kerana mendapat inspirasi daripada seni pertahanan diri silat. Dimasak dengan gabungan perapan secukupnya, rasa Ayam Kilau melambangkan ‘keberanian’, apatah lagi apabila digandingkan pula dengan Sambal Hijau Kilau yang pastinya mengasyikkan.
Wong Kah Yong, Ketua Pegawai Eksekutif TCRS Restaurants Sdn Bhd mengakui bahawa setiap budaya memiliki cara masak yang unik dan tradisional. “Kami teruja kerana dapat mereka cipta menu baharu bersempena bulan Ramadan dan Hari Raya dan kami juga mengalu-alukan semua orang, tidak kira yang tua ataupun muda untuk mencubanya. Pasukan kami telah bertungkus-lumus menyesuaikan resipi untuk musim perayaan ini dan kami berharap semua berpeluang mencuba Ayam Kilau”.
The Chicken Rice Shop amat menitikberatkan citarasa para pelanggannya dengan menyediakan pelbagai jenis menu bersesuaian dengan hari perayaan dan TCRS bermatlamat untuk terus menginovasi menunya supaya ianya senantiasa dapat dinikmati demi menyemarakkan semangat perpaduan di Malaysia.
“Kami di TCRS amat berbangga kerana dapat menyediakan makanan tempatan yang terbaik kepada para pelanggan, resipi baharu yang kami perkenalkan juga sesuai dan berkualiti untuk santapan semua. Kami berharap musim perayaan ini akan dipenuhi kebahagiaan dan keberkatan,” ungkap Wong.
Untuk maklumat lanjut tentang menu baharu Ayam Kilau, sila layari www.thechickenriceshop.com atau laman Facebook https://www.facebook.com/thechickenriceshop/