Resepi

Hotpot Potatoes

5:06 PM

Hotpot Potatoes.. apa kebenda ni kan.. memula dulu aku pun tak tau apa kebenda.. aku ni kan rajin berblogwalking.. pehtu terjumpa resepi ni dari blog SINI... Tengok macam sedap... so aku copy resepi ni.. ampun yer tuan punya blog.. kekekke.. dan aku cuba resepi ni.. bagi aku sangat sedap.. tapi tak leh makan selalu weh kang muak sebab cheese yang banyak.. huhuhuhu...

Jom kita tengok resepinya...

Bahan-bahannya :
  • 500 gram daging ayam/ lembu - didadu atau dicincang. 
  • 1 labu bawang besar - didadu 
  • 3 ulas bawang putih - dicincang 
  • 1 sudu besar serbuk kari 
  • 1 mangkuk sayur campur ( kacang peas, carrot dan jagung ) 
  • 1 tin tomato yang dicincang. 
  • 1 sudu teh mixed herb 
  • 1 sudu besar tepung gandum 
  • 3 sudu besar air 
  • Minyak zaitun untuk menumis 
  • 1 kiub ayam 
  • 4 biji cili dipotong nipis 
  • Garam 
Bahan Topping
  • 5 biji kentang dihiris nipis-nipis. Gaulkan bersama minyak, garam dan pepper.
  • Keju Mozarella
Cara-caranya :-
  1. Tumis bawang besar dan putih sampai garing. Masukkan rempah kari dan kacau dengan api perlahan.
  2. Masukkan tomato dan kacau sebati.
  3. Masukkan daging, mixed herb dan air. Masak sampai kering.
  4. Campurkan tepung gandum dan air. Tuangkan dalam kuali. Kalau rasa kering boleh tambah sedikit air.
  5. Masukkan sayur campur dan perasakan dengan garam. Tunggu 10 minit agar semuanya masak dengan sebatu dan tutupkan api.
Lenserkan loyang dengan minyak. Tuangkan inti dan ratakan.

Kemudian susun kentang secara bertindan-tindan dan taburkan dengan parutan cheese mozarella.

Bakar dengan suhu 180'c selama 50 minit - 1 jam.

Hasilnya... :) 

Selamat Mencuba....

MamaJue & PapaMimi Story

/>

You Might Also Like

4 Comments

  1. waahh terliur jue tapi sayang, wina xde oven hukhukhukk

    ReplyDelete
  2. suruh en hubby beli.. ala beli yg murah2 pun dah ok wina..

    ReplyDelete
  3. huhu..kelihatan sgt lazat jue..hehehe..

    ReplyDelete

Like us on Facebook