Salam pagi Jumaat... Hari ni ntah apa vitamin "R" tak tau tetiba nak buat pancakes.. Seingat aku ada la 3 tahun lepas buat.. tu pun beli yang segera balik bancuh dengan ayaq.. tapi kali ni aku tak nak beli yang segera tu.. Gigih cari resepi kat internet.. kuikuikui.. :p Memandangkan tepung gandum memang sentiasa ada kan.. so daripada nak rosak baik aku cuba buat sesuatu.. ;)
Jom kita tengok resepinya... Senang jer...
Bahan-bahan :-
- 1 1/2 cup tepung gandum
- 1 sk serbuk penaik
- 1 sk soda bikarbonat
- 1/4 cup gula pasir
- 1/4 cup melted butter
- Secubit garam
- 2 biji telur
- 1 cup susu
Cara-caranya :-
- Campur semua bahan dalam mangkuk dan kacau sehingga sebati
- Panaskan kuali leper dan sapu sedikit butter.. Tuangkan 1 senduk adunan, biarkan keperangan dan terbalikkan
- Buat hingga adunan semua habis
- Sedia dimakan dengan madu, planta, jem strawberry & ikut suka korang la nak taruk apa..
Selamat Mencuba....
Pancakes Susu yang simple...
MamaJue & PapaMimi Story
0 Comments