Resepi

Resepi Chocolate Cheese Moist Cake

10:51 AM

Chocolate Cheese Moist Cake

CCMC

Bahan-bahan : (Loyang petak 8 inci)

Lapisan Bawah
  • 120 gm biskut tiger
  • 70 gm butter
Cara-caranya :
  1. Hancurkan biskut tiger. (masukkan dalam plastik dan tumbuk dengan batu lesung sampai hancur)
  2. Cairkan butter dan satukan dengan biskut.
  3. Tekan padat dalam loyang base (yang boleh buka) dan masukkan dalam peti sejuk sementara nak siapkan lapisan atas.
* Kalau nak tebal sikit boleh guna 200 gm biskut tiger + 100 gm butter

Lapisan Atas (2)
  • 250 gm cream cheese
  • 120 gm gula castor
  • 150 gm uht whipping cream
  • 1 1/2 tbsp gelatin
  • 80 ml susu segar
Cara-caranya :
  1. Biarkan cheese pada suhu bilik. bila dah lembut putar cheese dan gula castor hingga kembang.
  2. Masukkan whipping cream.
  3. Gelatin dan susu segar di satukan dan masak atas api hingga gelatin larut (nak senang campurkan 60 ml air panas dan kacau hingga larut)
  4. Masukkan gelatin ke dalam adunan cheese dan kacau sebati.
  5. Tuang adunan cheese ke atas base biskut dan sejukkan di dala peti ais selama 2 jam.
Chocolate Mousse
  • 250 gm non dairy whipping cream
  • 1 tbsp esen vanilla
  • 1 tbsp gelatin + cairkan dengan 50 ml air panas
  • 50 gm serbuk koko + 80 gm gula icing (satukan dengan air suam 1/2 cup, jadikan pes)
Cara-caranya :
  1. Putar whipping cream sehingga softpeak.
  2. Satukan kesemua bahan dengan kaedah kaup balik.
  3. Tuangkan ke atas lapisan cheese tadi dan sejukkan di dalam peti sejuk sehingga mousse keras sebab last sekali nak tuang ganache.
Ganache
  • 200 gm coklat masakan
  • 150 gm uht whipping cream
Masak atas double boiler
Dan tuangkan ke atas Mousse tadi..

Sejukkan dalam peti sejuk selama 8 jam..

Selamat Mencuba.......

MamaJue & PapaMimi Story

/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook