Resepi Noxxa

Bingka Roti Kukus Noxxa

4:08 PM

Ok hari ni ada penyakit apa tak tau rajin pulak update sampai banyak entri ni.. hahahha alaa semua dah draft edit-edit jer tambah ayat dah siap.. Ok ni gara2 roti dikemekkan oleh anak2 bertuah aku ni.. kejap jer tinggal dlm keta dah kena penyet.. huwaa baru nak buat sandwich tau.. alaa makan saja pun boleh roti tu.. aku jer rajin skit buat bingka roti.. hehhehe guna jer yang mana roti kemek2 yang dah tak nampak bentuk roti kita buat bingka.. Jom kita tengok bahan-bahan dan cara-caranya.. 

Bahan-bahan :-
* Kulit roti @ roti yang telah direndam dengan air sejuk
* 1/2 cawan susu ideal
* 2 senduk kecil tepung gandum
* 2 biji telur
* 1 senduk kecil santan 
* 3 sudu besar gula

Cara-caranya :-

Tapis roti yang direndam tadi, kemudian masukkan susu ideal dan kacau hingga sebati. Masukkan tepung gandum, gula, telur dan santan. Gaulkan semua agar tidak berketul-ketul.

Sapukan mentega di sekeliling loyang dan taburkan gandum untuk mengelakkan bingka tidak melekat pada loyang. Masukkan adunan bingka ke dalam loyang.

Masukkan tuku besi ke dalam noxxa dan masukkan 3/4 suku air tuku kaki besi tersebut. Kemudian tutup periuk noxxa dan tekan mode STEAM selama 25 minit dan tombol haruslah ke arah steam.

Siap bingka roti kukus noxxa.. 

Selamat Mencuba..

Regards,
/>

You Might Also Like

2 Comments

Like us on Facebook