Resepi

Resepi Laksa Mee Pantai Remis Perak

9:57 AM

Korang pernah makan laksa mee? Mesti dengar pelik kan laksa mee.. ehh laksa + mee kah?? tak tak.. ni laksa mee sejenis mee lah tapi laksa mee terkenal di sekitar perak dan paling terkenal di Pantai Remis & Pulau Pangkor Perak.. Kalo korang cari kat tempat lain memang tobat tak jumpa punya.. Ni pun lama jugak mama tak makan. ehh giler lama lah dah tak ingat last bila makan laksa mee ni. Walau dah lama tak makan tapi tetap still ingat macam mana rasanya.. Ni pun nasib kakak aku pergi perak bulan lepas so dia beli laksa mee kering ni.. Apa lagi memang buat lah untuk berbuka puasa kan. Huhuhu mak buyung ngidam kena lah makan.. kan kesian baby.. Klise sangat!!!

Laksa mee boleh jugak digoreng macam mee biasa. Tapi mama suka makan berkuah sup. Sup pulak bukan sup ayam atau daging ya.. Ni sup udang & ketam. Kalo korang nak taruk udang lipan ker, ikan ker tak kesah itu hak memasing. yang pasti ada udang & ketam pun dah sedap giler.. hahaha.. Korang jangan tanya rasa macam mana.. Rasa laksa mee ni lain tak macam mee biasa.. Rasa sedikit masin tapi makan dengan sup udang & ketam tu thorbaik la sedap ok.. Mesti nak tahu camner cara-cara masak laksa mee kan.. senang sangat tapi mesti kena ada laksa mee tak ader tak menjadi hokey!!.. Jom tengok bahan-bahan dan cara-caranya..

Ok ni lah laksa mee kering tu. Kalo dah rebus jadi macam spaghetti.. tapi rasa lain yer.. jangan tanya rasa macam mana tak tahu nak habaq..

Bahan-bahan :- 

* Laksa Mee kering
* Air untuk rebus

Cara-caranya :-

- Rebus laksa mee sehingga lembut dan toskan.

Laksa Mee yang siap direbus.

Bahan-bahan untuk sup :-

* Udang
* Ketam
* 5 ulas bawang putih
* 4 biji bawang merah
* Daun Sup
* Daun Bawang
* Air secukupnya
* Garam serta perasa

Cara-caranya :-

- Tumis bawang putih & bawang merah sehingga kekuningan. 

- Kemudian masukkan air secukupnya. Selepas itu masukkan udang serta ketam sehingga sup mendidih.

- Akhir sekali masukkan garam serta perasa dan taburkan daun bawang & daun sup.

Sup udang & ketam.

Bahan-bahan untuk sambal udang :-

* Udang
* Cili kisar - blend dengan 1 biji bawang besar
* 3 ulas bawang putih
* 1 biji bawang besar
* 1 mangkuk air asam jawa
* Garam, gula & perasa

Cara-caranya :-

- Tumiskan bawang putih sehingga kekuningan. Kemudian masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.

- Setelah itu, masukkan air asam jawa dan kacau sebati. Masukkan udang serta bawang besar dan masak sehingga sambal pecah minyak semula.

- Akhir sekali perasakan dengan garam, gula serta perasa.

Sambal tumis udang. Nak buat sambal kosong pun boleh. Ikut suka korang la yer.

Bahan-bahan untuk sayur tabur :-

* Kacang panjang
* Sedikit minyak
* Serbuk perasa

Cara-caranya :-

- Panaskan sedikit minyak dan gorengkan kacang panjang yang telah dipotong kecil. Kemudian masukkan sedikit serbuk perasa. Apabila kacang dah mula sebati dengan minyak angkat dan ketepikan.

Sayur kacang panjang untuk ditabur atas laksa mee

Macam ni lah makan.. kalo jual ni mau dekat RM20+ hahaha sebab mahal tau nak buat laksa mee ni. Dah la ketam & udang mahal.. alaa bukan selalu nak makan kan.. sekali rasa teringin bantai makan seafood cukup-cukup. tapi allergic kita jangan cakap lah.. hahahha

Mesti ramai yang nak makan kan.. apa kata korang pergi pangkor dan cari kat sana.. Tapi kat pantai remis perak pun dah bersepah laksa mee ni jual kat situ.. Nanti kalo mama pergi perak lagi boleh mama beli stok laksa mee kering ni.. boleh jer mama jual kat korang.. Heheheh 

Selamat Mencuba... 


Love,
/>

You Might Also Like

2 Comments

  1. sis suka laksa mee ni... makanan wajib bila raya.. blh juga tgk kt youtube cara masak laksa mee https://www.youtube.com/watch?v=0IKnC-6qn2k

    ReplyDelete
  2. sha suka makan Laksa mee ni.. Bila balik Perak sedap mkn laksa mee ni.. Kecewa sngt Kat sabah x da.... Klu pek besar tu berapa harganya?

    ReplyDelete

Like us on Facebook