Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Bagi Negeri Selangor 2016

9:11 AM

Benda penting kita kena share.. Ok mama nak share jadual waktu imsak dan berbuka bagi area tempat mama jer lah dan sewaktu dengannya.. Tempat mama kategori dalam Zon 1 Selangor termasuk daerah Gombak, Petaling Jaya, Shah Alam, Hulu Selangor, Hulu Langat dan Sepang. 

Memang penting kita kena tahu waktu imsak ni.. Waktu Imsak ialah waktu berjaga-jaga untuk menahan diri daripada makan dan minum serta perkara yang membatalkan puasa sebelum terbitnya fajar sodik (waktu subuh). Maksudnya masih sah kalau kita makan pada waktu imsak ni. Biasanya waktu imsak adalah 10 minit sebelum waktu subuh. 

Hahh mama pernah jugak terbabas kekadang tu 10 minit lagi nak abis sahur.. makan puaih sumbat2 jer dalam mulut.. hahahah nak tergelak pun ada.. Memang la kita kena lewatkan waktu bersahur dan cepatkan waktu berbuka tapi jangan la sampai terbabas / terlewat sahur yer. Boleh marathon makan pagi dibuatnya.. hahahah


Tahun ni Qebal cakap Qebal nak posa.. Adeh macam mana la budak tak makan nasi ni nak posa yer.. Risau jugak la dengan Qebal ni.. Harap dia boleh la posa penuh kali ni.. Ok korang mama nak ucapkan Selamat berpuasa yer..


Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook