Product Review

Master Pasto | Spaghetti 3 Minit Hanya Perlu Panaskan Sahaja

12:19 PM

Siapa dekat sini yang jenis tak makan nasi? Hahh anak mama sendiri pun jenis allergic nasi dan dia memang makan spaghetti jer. Kadang nak masak spaghetti ni leceh skit sebab nak rebus spaghetti tu bagi kembang kan. Tapi ada jer sekarang mudah dan cepat untuk masak spaghetti ni. Alaa kira kalau terdesak or dekat luar teringin nak makan boleh la cari yang segera yer tak. Ni hahh pernah dengar spaghetti 3 minit? Spaghetti yang mama maksudkan adalah spaghetti segera keluaran Master Pasto.


Master Pasto merupakan satu syarikat makanan Ready To Eat Meal in Malaysia yang dikeluarkan oleh Lioco Food Industries Sdn Bhd yang bertapak di Penang. Pasta segera ini korang hanya perlu panaskan dalam air panas selama 3 minit sahaja atau 1 minit di dalam microwave. Untuk pasta segera keluaran Master Pasto ini terdapat 3 jenis flavor berbeza iaitu 
  • Spaghetti Bolognese With Chicken
  • Spaghetti Aglio Olio With Chicken
  • Spaghetti Mushroom With Cream Sauce

Dalam setiap kotak ini terdapat 2 pek terdiri daripada spaghetti dan juga kuahnya. Memang sangat mudah untuk bagi kaki travel ke luar negara. Yer lah kalau terasa lapar jer atau susah nak jumpa makanan Halal boleh jer rendam dalam air panas atau masuk jer dalam microwave sekejap lepas tu boleh makan. Cepat dan memudahkan untuk korang!! Oh ya menariknya Master Pasto ini tiada MSG dan tiada bahan pengawet serta dijamin Halal dari Jakim. So korang tak perlu risau bab ni yer. 



Di belakang kotak ni ada cara penyediaannya. Bagi yang nak rendam dalam air panas pun boleh dan nak guna kaedah panas dalam microwave pun boleh. Cuma bezanya nak panaskan dalam air panas korang celupkan pek yang disediakan tu. Lepas tu baru gunting pek tersebut dan hidangkan. 

Tapi bagi yang nak panaskan dalam microwave korang kena buka dulu pek dan letakkan pasta dan kuah atas pingan kemudian baru masuk dalam microwave ya. Bagi mama dua kaedah yang sangat muda dan cepat!!. Hahh kalau korang travel pergi hotel dan takder periuk untuk panaskan hahh senang jer masukkan pek tu dalam kettle hotel. Hahahah korang jangan ikut macam mama buat tau.. Dah jom tengok 3 pasta Master Pasto ni

Spaghetti Aglio Olio With Chicken


Spaghetti Bolognese With Chicken


Spaghetti Mushroom With Cream Sauce


Antara tiga-tiga pasta ni mama suka Spaghetti Aglio Olio With Chicken sebab rasa dia pedas. Hehehe. yang lain pun sedap cuma mama suka yang pedas baru kick. Anak-anak pula suka Spaghetti Mushroom with Cream Sauce sebab rasa cheese dekat dalam kuah dia. Ok juga la spaghetti 3 minit ni memang mudah disediakan kalau anak-anak lapar tengah malam. Ehh lagi mudah kalau nak pergi travel bawak jer Master Pasto ni.



Bagi yang nak mencuba boleh jer beli spaghetti segera keluaran Master Pasto di website yang tertera di bawah. So far rasa dia takder rasa yang pelik kira sedap la juga untuk di makan ketika lapar. Sesuai untuk anak mama yang bukan makan nasi boleh prepare spaghetti segera untuk dia. Untuk spaghetti tu pun memang just nice takder over cook ker apa. Yang penting spaghetti ni halal yer.. 


Untuk maklumat lanjut & pembelian boleh layari :-


Love,
/>

You Might Also Like

1 Comments

  1. sesuai sgt tuk budak tak makan nasi tu hehehehrh bagus ni bawa berjalan....

    ReplyDelete

Like us on Facebook