Prestasi PPZ - MAIWP 2019

8:12 PM

Tahun 2018 telah berakhir beberapa bulan lepas, pasti ada yang tertanya-tanya berapakah hasil pungutan zakat pada tahun 2018 bukan? Oh ya baru-baru ni, mama dan beberapa blogger yang lain hadir dalam satu majlis bertempat di Hotel Everly Putrajaya sempena mengumumkan prestasi kutipan zakat pada tahun lepas.

Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) membuat pengumuman prestasi kutipan zakat bagi tahun sebelumnya oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Dato’ Seri Dr. Mujahid Yusof bertempat di Hotel Everly Putrajaya. PPZ-MAIWP merupakan institusi zakat yang menguruskan bahagian kutipan manakala bagi agihan pula adalah Baitulmal-MAIWP dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sendiri bagi agihan langsung dan tidak langsung di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.


Tahniah dan syabas kepada semua yang membayar zakat pada tahun 2018. Dengan membayar zakat ini dapatlah membantu golongan orang susah dan asnaf di Malaysia. Pada tahun 2019, target kutipan zakat PPZ-MAIWP adalah sebanyak RM710 juta dengan pembayar seramai 190 ribu orang di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.


Antara perancangan PPZ-MAIWP bagi tahun 2019 adalah: 
  • Mengadakan program–program untuk mendapatkan pembayar baru zakat. 
  • Kempen Penambahan Potongan Gaji. 
  • Kempen VVIP dan VIP di sektor awam dan swasta. 
  • Program khas untuk syarikat GLC dan GLIC bagi zakat perniagaan. 
  • Projek khas bagi mengekalkan pembayar sedia ada.
  • Pembangunan sistem baru untuk menyokong kutipan zakat. 
  • Kempen syarikat-syarikat SME untuk membayar zakat perniagaan. 
  • Pelantikan ejen kutipan zakat baru di universiti. 
  • Penjenamaan semula Kaunter Zakat menjadi Pusat Perkhidmatan Zakat. 
  • Kajian-kajian syariah untuk memperkemaskan fatwa-fatwa berkenaan zakat. 
  • Pembangunan modal insan yang berterusan bagi memberi teknik-teknik terkini berkenaan pemasaran berkesan. 
  • Meningkatkan prospek dan sahabat zakat untuk menjadi pembayar zakat. 
  • Kempen Skim Thohir di sektor awam. 
  • Kolaborasi bersama pihak luar. 
  • Menambahbaik saluran bayaran zakat. 
  • Mempromosikan pengembalian semula wang zakat untuk diagihkan sendiri oleh pembayar zakat (Wakalah). 
  • Mempromosikan larangan mengutip zakat oleh ejen yang tidak bertauliah di Wilayah Persekutuan. 
  • Merealisasikan kewujudan Akta Zakat Wilayah Persekutuan. 
  • Program-program bersama pembayar besar di Wilayah Persekutuan. 
  • Menjalankan promosi Tabung Didik Zakat.

MAIWP juga memudahkan proses permohonan dan penyaluran zakat. Kalau nak tahu, sebelum ini proses permohonan bantuan zakat hanya boleh dibuat di ibu pejabat Baitulmal MAIWP sahaja. Bermula dari tahun 2008, bagi memudahkan orang ramai berurusan dengan Baitulmal, maka MAIWP telah membuka cawangan dikenali sebagai Pusat Agihan Zakat atau ringkasnya PAZA. Sehingga kini PAZA telah dibuka di 9 lokasi di Kuala Lumpur dan satu lagi di Labuan. Untuk lokasi PAZA boleh tengok di link sini ya Lokasi PAZA

Ini senarai institusi pendidikan di bawah MAIWP.
  1. Sekolah Menengah Agama MAIWP Kuala Lumpur di Bandar Sri Permaisuri. 
  2. SMA- MAIWP Labuan 
  3. Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA) di Bandar Tun Razak. 
  4. Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) di Kampung Pandan
  5. Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur di Kampung Pandan 
  6. Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS di Taman Batu Muda 
  7. Darul Ilmi di Sungai Penchala 
  8. Pondok moden Al-A'Baqirah yang kini beroperasi di Taman Koperasi Polis Fasa 2 Gombak 
  9. Ma'alim al - Sunan Li dirasati al-Sunnah al- Nabawiyyah 
Institusi Perlindungan dan Kebajikan pula
  1. Darul Kifayah di Taman Koperasi Polis Fasa 2, Gombak untuk anak-anak yatim 
  2. Dar Assaadah di Kampung Batu, Jalan Ipoh untuk pemulihan wanita yang terjebak dalam gejala sosial. 
  3. Darul Hidayah - perlindungan untuk muallaf

Selain itu, bagi yang nak membantu boleh terus ke hotline mereka iaitu 012-518 3614 / 012-512 7614. Talian bebas tol mereka 1800 88 5222 dan Facebook mereka www.facebook.com/BaitulmalMAIWP dan search sahaja MAIWP. Cara lain MAIWP agih zakat secara tidak langsung pun ada. Dana Zakat dimanfaat untuk penubuhan prasarana yang dapat memberi manfaat untuk jangka masa panjang. Dalam aktiviti pendidikan pula, MAIWP membuka institusi bermula dari peringkat usia muda sampailah pengajian tinggi.


Dengan slogan "PPZ-MAIWP Memudahkan Anda Berzakat" mama yakin bagi tahun 2019 ini lagi ramai orang sedar untuk membayar zakat merupakan satu kewajipan setiap orang. Untuk maklumat lanjut boleh layari website Pusat Pungutan Zakat : www.zakat.com.my

Love,
/>

You Might Also Like

1 Comments

  1. semoga lebih ramai yang turut membayar zakat dan membantu meningkatkan ekonomi :))

    ReplyDelete

Like us on Facebook