Buffet Ramadhan 2019

BUFFET RAMADHAN 2019 | Iftar Sesama @ Bangi Golf Resort, Bangi

2:19 AM

Tak sampai sebulan Ramdhan akan bakal tiba, pasti bulan yang penuh mulia ni banyak aktiviti yang dirancang untuk menyambut puasa. Masa ni lah berpeluang berkumpul dengan keluarga dan sanak saudara berbuka bersama-sama. Mama sendiri pun ada planning untuk berkumpul dengan keluarga dan berbuka bersama di rumah mahupun di luar. Oh ya kalau sebut sahaja Bangi Golf Resor atau BGR ni memang tempat ni adalah tempat berbuka puasa paling popular di sekitar sini. 


Untuk tahun ini mama berpeluang untuk preview buffet Ramadhan di Bangi Golf Resort. Memang mama tak akan lepas peluang sebab makanan-makanan di sini semuanya sedap-sedap. Sebab apa BGR ni tempat paling popular untuk berbuka? Kerana harga buffet yang sangat berpatutan dengan lebih 200 jenis makanan daripada hidangan traditional Melayu, masakan ibu di kampung, hinggalah kepada hidangan Barat untuk cita rasa lebih moden. 

Dengan bertemakan "Iftar Sesama" bolehlah bawa seisi keluarga untuk berbuka puasa di sini. Bukan sahaja buffet berbuka puasa malah banyak kebaikan lain yang tersirat di sebalik tema ini iaitu seiring dengan maksud "sesama" itu sendiri iaitu "bersama". Bagi mereka yang berbuka di sini mereka juga dapat berkongsi pahala kerana Restoran BGR akan menyumbangkan 1% daripada keuntungannya sepanjang Ramadhan al Mubarak ini kepada Islamic Relief Malaysia (IRM). Dengan sumbangan ini dapatlah membantu bagi golongan kurang yang bernasib baik. 


Masa hari preview di BGR ni kanak-kanak la paling teruja sebab ada soopa doopa yang membuatkan kanak-kanak memang akan lupa untuk makan. Hahaha iyerlah asyiknya melompat ajer sampai tak ingat dunia. Time dia orang lapar barulah pergi makan lepas tu sambung la melompat balik. Bagus tarikan macam ni mak pak boleh makan dengan tenang. Tapi make sure kena perhati juga anak-anak mau terjatuh ker apa ker siapa yang susah yer tak. 



Setiap tahun, menu paling eksklusif sepanjang Ramadhan adalah dari aroma Kambing Bakar yang dipanggang perlahan di atas api dan Sup Kambing Mamak yang menggamit selera pengunjung, selain Satay Ayam dan Daging serta Kueh Teow Goreng dan Mee Mamak yang dimasak di depan mata semua pengunjung. 




Tidak ketinggalan Nasi Ayam dengan teknik penyediaan yang sempurna. Ayam dipanggang secukupnya bersama sos BBQ ala Oriental, memberikan rasa empuk dan berjus, manakala nasinya gebu, berkilau dan penuh rasa untuk dinikmati bersama sos kicap soya yang pekat dan sos cili buatan sendiri. Seriously korang wajib cuba Nasi Ayam ni memang sedap dan lain dari yang lain. Pasti sekali rasa korang akan suka dengan rasa tekstur nasi yang unik dan penuh rasa.



Nasi Kerabu bersama ulam-ulam organik yang dipetik sendiri oleh chef-chef dan apatah lagi jika dimakan bersama serunding kelapa ikan, kuah sambal tumis, keropok ikan, ayam goreng berempah dan gabungan ulam-ulaman serta bunga kantan, kubis bulat, ulam raja, daun selom, kacang panjang selain budu berserta hirisan limau nipis dan cili sebagai penyedap rasa. Malah bunga Telang yang menghasilkan warna biru pada nasi Kerabu ni adalah datangnya dari kebun BGR sendiri.

Di bahagian masakan India pula, tersedia Ayam Varural, Kari Ikan Tenggiri, Daging Kambing Masak Hitam  Mamak untuk digandingkan bersama nasi kukus. 


Memang sesuai konsep "Kebun Dalam Bandar" sememangnya sesuatu yang bermakna dan menjadi kebanggaan Restoran BGR dengan mengenegahkan bahan mentah yang ditanam sendiri khususnya bagi masakan Melayu dan traditional. Bagi menambah keterujaan, pada tahun ini di bahagian ulam-ulaman dan kerabu, pengunjung restoran akan turut diberi peluang memetik sebahagian daripada ulam-ulaman tersebut terus dari pokoknya. Di seksyen ini juga jangan terlepas mencuba Laksa Singapore dan Ipoh Hon Fun yang menyelerakan. 



Dari dapur Barat pula, pengunjung pasti dikejutkan dengan keenakan Sous Vide Eggs dengan Cendawan Espuma yang dimasak segar, selain sajian pasta kegemaran keluarga Spaghetti dan Penne dengan sos bolognese ayam atau carbonara. 



Sementara itu, apa makanya berbuka puasa tanpa manisan dan pencuci mulu yang enak belaka. Deretan pencuci mulut disediakan di pentas buffet Iftar Sesama ini. Antaranya Churros Sepanyol dengan Sos Coklat Pekat, Tiramisu Itali, serta seleksi kuih-muih Melayu termasuk Kuih Lapis (merah putih), Talam Koko, Talam Cendol, Kasui Pandan, Apam Mekar, Koci, Seri Muka Pandan, Kuih Bakar Hijau, Pulut Kuning Rendang Daging, Pulut Kuning Serunding Kelapa, Pulut Inti, Putri Ayu dan Lopez Pulut.


Selain itu, terdapat juga Bandung Lychee Cheese Cake, Pina Colada Cheese Cake, Blueberry Creme Brulee Cake, Red Velvet Swiss Roll, Orange Jaffa Swiss Roll, Purple Velvet bersama Cream Cheese Swiss Roll, Green Tea Cheese Cake, Caramel Blueberry Filling Cake, Chocolate Cake bersama Choco Cream, Chocolate Cake bersama Peanut Cream, Sweet Potato bersama Tam, Caramel Mousse, G3 Mousse, Cendol Mousse, Ong Lai Mousse, Purple Velvet Yogurt dan Oreo Cheese Cake. 

Sebagai penghilang dahaga pilihannya adalah Kordial Mangga, Kordial Anggur, Air Tebu, Soya Ros, Teh Bunga, Teh Tarik, Kopi dan Teh serta buah-buahan.



Di buffet BGR juga menyediakan khas untuk pengemar buah Durian dan bolehlah makan sampai kenyang di sini. Selain itu, terdapat persembahan nyanyian yang mendendangkan lagu untuk halwa telinga pengunjung ketika berbuka puasa. Dan tidak dilupakan Surau di BGR kini lebih luas bagi menampung lebih ramai jemaah dan lebih selesa manakala kemudahan tandas dengan kemudahan umpama tandas 5 bintang. Turut disediakan lebih 800 lot parkir percuma untuk pengunjung agar tidak berlaku kesesakan. 





Pasti berbaloi untuk berbuka puasa bersama keluarga tersayang dengan harga yang cukup berpatutan dan boleh menikmati lebih 200 hidangan mewah dan enak serta berkualiti dari dapur Melayu, Barat dan Timur di BGR. Untuk tempahan dalam talian di laman web BGR atau talian telefon.

HARGA BUFFET RAMADHAN BGR RESTAURANT

Dewasa : RM59.00 nett
Kanak2 : RM29.00 nett


Untuk maklumat lanjut dan tempahan boleh layari :-

BANGI GOLF RESORT RESTAURANT
No 1 Persiaran Bandar
Bandar Baru Bangi
43650 Selangor

Telefon : 03-8925 3728 | 1-700-81-8557

Email : enquiry@bgrrest.com
Website : www.bgrrest.com

Love,
/>

You Might Also Like

1 Comments

  1. wahhhhh best betul semua menu... masa tgk semua menu tu akak ingatkan mesti buffet ni harga dalam seratus atau paling kurang rm80+ tp rupanya... murah betul harga buffet nih n mmg berbaloi2 betul

    ReplyDelete

Like us on Facebook