Event Review

BEACONHOUSE Anjurkan Karnival Amal 'Little Hands, Big Hearts'

1:30 AM

Beaconhouse Sri Inai International School telah menganjurkan satu acara karnival amal yang menggabungkan dengan pelbagai aktiviti menarik dan pelbagai makanan yang enak khas untuk semua ibu bapa, keluarga dan rakan-rakan yang hadir pada Sabtu baru-baru ini. 


Seawal pagi mama dan keluarga telah dijemput untuk menghadiri karnival amal ini untuk memeriahkan acara tahunan Beaconhouse. Karnival amal "Little Hands, Big Hearts" sempena dengan hari keluarga Beaconhouse dan dianjurkan bersama oleh 8 buah sekolah Beaconhouse di seluruh Lembah Klang. Karnival setengah hari ini telah dalam perancangan pihak Beaconhouse demi mencari dana untuk didermakan kepada Pusat Perubatan Universiti Malaysia bagi merawat kanak-kanak yang mengalami kanser dan juga WWF Malaysia


Acara dimulakan dengan persembahan tarian yang comel dari Subang led Kiddo Kids. Kemudian upacara perasmian karnival amal "Little Hands, Big Hearts" oleh Mr Mikel Liow. Kata Senior Manager, Mr Mikel Low mengenai karnival amal ini mengajar para pelajar di sini mementingkan untuk bekerjasama dan menyumbang kepada masyarakat dan alam semulajadi. Beliau berbangga dengan usaha semua pelajar, guru dan ibu bapa menyumbang untuk acara karnival ini sehingga berjaya.



Terdapat pelbagai aktiviti yang diadakan di karnival amal termasuklah persembahan menarik dari pelajar, gerai permainan yang menyeronokkan dan interaktif, gerai makanan yang menyajikan hidangan tempatan dan antarabangsa. Dan lagi menarik adalah 3 kali cabutan bertuah dengan ganjaran seperti skuter dan basikal kanak-kanak kepada pemenang. Sebelum itu kami wajiblah membeli voucher untuk membeli makanan dan bermain pemainan yang disediakan. 







Dengan karnival amal seperti ini sangat digalakkan kerana ia satu amalan positif dan dapat sokongan dari keluarga Beaconhouse dan rakan-rakan. Ia pasti dengan karnival seperti ini juga menjadikan semua orang gembira serta terbaik kerana dapat menyumbang sesuatu serta membantu orang dalam kesusahan. Dengan aktiviti ini mendedahkan pembelajaran yang penting dari segi amal kebajikan.


Anak-anak mama pun sangat enjoy dengan aktiviti yang diadakan di karnival amal ini. Macam-macam aktiviti yang mereka join dan makan ais krim. Mama sempat la merasa makanan yang dijual di sini seperti Nasi Ayam, Rojak Buah, Kuey Teow Goreng, dan kuih-muih. Semuanya sedap-sedap belaka. 



Karnival amal "Little Hands, Big Hearts" adalah sebahagian daripada kalendar pembelajaran setiap tahun untuk menekankan pembelajaran dan pertumbuhan pelajar di luar kelas sejajar dengan pendekatan unik Beaconhouse untuk pembelejaran sepanjang hayat. Ia salah satu acara yang murni dapat memberi pelajar membantu golongan orang yang susah.



Beaconhouse Sri Inai International School terdiri daripada 8 pra-sekolah di sekitar Lembah Klang yang mengamalkan pendekatan pembelajaran berasaskan permainan yang memberi tumpuan kepada pembelajaran yang aktif, penyelidikan, penemuan dan pengalaman pertama. Pelajaran dari segi aktiviti dan pengalaman ini sangat membantu serta buat perbandingan pengetahuan yang akan diperolehi dan fakta pula akan disimpan. Selain itu, mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif bagi pelajar muda untuk berkembang maju. 

Dengan aktiviti seperti karnival amal ini sangat membantu kanak-kanak lebih menghargai dan bersyukur apa yang mereka ada. Jadi dengan mendidik mereka membantu dan menyumbang kepada orang yang susah sangat bagus untuk diterapkan dalam diri mereka semasa mereka masih muda. Acara karnival ini wajiblah diteruskan setiap tahun agar dapat membantu golongan orang memerlukan. Untuk maklumat lanjut boleh layari https://beaconhouse.edu.my

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook