Jalan-Jalan & Stay Hotel Di Bukit Bintang

11:40 PM

Mama memang kerap ke Kuala Lumpur, ala dari Beranang ke KL hanya ambil masa sejam jer. Tapi kalau dah keluar dan balik malam pun penat juga yer tak. Sajalah nak bawak anak-anak jalan-jalan ke KL bagi anak-anak lihat dunia KL pada waktu malam. Tambah-tambah di sekitar KL iaitu Bukit Bintang. Sebut sahaja Bukit Bintang ni adalah salah satu hotspot untuk orang di KL dan juga untuk orang yang berjalan-jalan. Especially pada malam sebab kat sini sentiasa ramai orang tak kira dari tua hingga muda. Menariknya banyak tempat shopping yang best-best.


So kalau korang ke sini mama nak share dengan korang ada satu hotel yang korang boleh try stay. Nama hotel itu ialah Sky Hotel Bukit Bintang dan boleh try book Sky Hotel Bukit Bintang rooms online coz boleh dapat rate yang best lagi berbaloi. Hotel ni betul-betul ada tengah Bukit Bintang dan bila korang turun je macam-macam tempat boleh pergi. Sky Hotel Bukit Bintang hanya beberapa minit dari pengangkutan awam dengan Monorail dan Terminal Bas. Memang sangat mudah la mama nak pergi ke shopping mall hanya naik public transport jer.


Manakala bilik-bilik di Sky Hotel ini sangat teratur dan menawarkan Wi-Fi percuma, TV LCD, kopi atau teh dan peti sejuk. Selain itu, suite-suite juga disediakan dengan ruang dan kemudahan tambahan seperti sofa dan bar mini. Para tetamu akan mendapati pusat perniagaan di rumah menjadi tempat yang sesuai untuk menjalankan perniagaan. Kemudahan terkenal termasuk pusat kecergasan, sudut internet serta peti deposit keselamatan. Kira semuanya ada lah memang sesuai untuk stay bagi keluarga mahupun untuk orang business.



Di sini ada satu Jalan Alor terletak berhampiran dengan hotel ini yang sangat popular di Kuala Lumpur bagi yang ingin makanan jalanan dan suasana tempatan. Ada lagi menarik iaitu BB Park merupakan tempat yang hebat untuk merasai keunikan minuman dan masakan antarabangsa serta tempatan. Dan paling terkenal iaitu Petaling Street, pusat membeli-belah tradisional di bandar KL cuma mengambil masa 14-minit berjalan kaki dan juga Pavilion Kuala Lumpur berjarak 8-minit berjalan kaki dari Sky Hotel Bukit Bintang.


Sky Hotel menyediakan semua kemudahan dan perkhidmatan untuk membuat mama merasa duduk di rumah sendiri. Kebanyakan bilik disini dilengkapi dengan katil 7-kaki untuk tidur yang nyenyak, TV LCD 32 inci dengan pelbagai hiburan, peti keselamatan yang cukup besar untuk memuatkan komputer riba dan kemudahan internet dengan sambungan Wi-Fi yang meluas ke lobi hotel dan bilik, hanya untuk menamakan beberapa. Puas hati la dengan kemudahan semua ni. Tambah mama seorang blogger memang memerlukan Wi-Fi yang cukup laju untuk memudahkan mama update dengan mudah.


Sebelum mama pergi sini mama booking hotel ni secara online. So, macam biasa hotel ni check in  dalam pukul 3 petang dan check out pukul 12 tengahari. So korang plan la masa nanti ya. Paling mama suka dengan hotel ni memang berdekatan dengan monorail, jadi memudahkan mama sekeluarga untuk keluar ke shopping mall dengan hanya menggunakan kemudahan awam sahaja. Tambah hotel ni memang berdekatan dengan pusat beli belah apa lagi memang tak boleh duduk sahaja di hotel mesti nak keluar shopping atau cuci mata jugak. Takder la bosan terperap dalam bilik dan apa kata sesekali feeling macam pelancong asing apa susah kan.

Tak nak keluar dari hotel pun boleh jer sebab di Sky Hotel ini spa. Boleh la nak merasa urut full massage ker urut kaki ker semua ada. Pergi jer relaxkan badan di spa sini. Oh ya kalau anak-anak kurang sihat ke nak pergi hospital pun senang sebab hotel ni berdekatan dengan Hospital Tung Shin. Nak pergi sendiri boleh atau nak minta tolong pihak hotel hantarkan pun takder masalah.


Bagi yang penggemar barangan IT boleh la datang ke syurga IT iaitu di Lowyat. Kat sini memang banyak barang-barang IT yang murah seperti laptop dan gadget bolehlah singgah di Lowyat Plaza. Bagi nak cari makan di restoran mewah pun ada, nak makan fast food pun ada dan paling banyak of coz la kedai mamak boleh lepak sampai pagi. So pilihan di tangan korang semua yer tak!


Bagi yang nak stay hotel boleh lah korang book top Bukit Bintang Hotels ni supaya korang selesa nak stay hotel di tengah Kuala Lumpur ni. Yer la apa-apa kita kena survey dan booking untuk kita tak salah pilih hotel betul tak. So guys remember segala info yang mama bagi ni ok manalah tahu info yang mama bagi ni memudahkan korang di kemudian hari.

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook