THOMAS & FRIENDS™ Catat MALAYSIA BOOK OF RECORDS & Koleksi Terbaru TRACKMASTER™

12:31 AM

Thomas & Friends™ antara watak animasi yang menjadi pujaan kanak-kanak seluruh dunia dan kali ini telah mencipta sejarah dalam Malaysia Book of Records dengan Diorama Terbesar Thomas & Friends™. Pameran yang menakjubkan seluas 50 meter persegi ini dibina sempena pelancaran koleksi terbaru Thomas & Friends™ TrackMaster™ yang telah diadakan pada 25 Mei hingga 10 Jun 2019 yang lalu bertempat di Ground Floor Centre Court, Old Wing 1 Utama. 


Pihak Thomas & Friends™ berjaya membina diorama terbesar menggunakan set-set Thomas & Friends™ TrackMaster™ hingga berjaya diabadikan dalam Malaysia Book of Records. Dengan kejayaan ini dapatlah membantu merangsang imaginasi kanak-kanak dalam dunia yang lebih besar di sekeliling mereka melalui permainan keretapi yang hebat dan mengagumkan. Dengan harapan kesemua jurutera cilik di seluruh negara akan mempelajari kepentingan ikatan persahabatan dan kerja berkumpulan bersama Thomas melalui pengembaraan zaman kanak-kanak yang mengujakan.


Thomas & Friends™ telah meraikan ulang tahun ke 74 sejak mula menghiburkan kanak-akanak sedunia dari Pulau Sodor. Bersama Thomas & Friends™ TrackMaster™, pasukan keretapi wap seperti (Thomas, Percy, James, Gordon, Nia, Rebecca dan Emily) akan meneruskan momentum Thomas Global Adventures dengan memastikan keterangkuman dan komunikasi lebih meluas kepada audien di seluruh dunia.


Paling mengujakan adalah anak-anak mama Iqbal dan Iqram yang merupakan peminat kartun watak Thomas & Friends™. Dengan lagu yang menarik dan juga jalan cerita yang kelakar telah menambat hati anak-anak melayan kartun ini setiap hari. Bukan itu sahaja malah anak-anak mempunyai koleksi Thomas & Friends™ yang mereka simpan. Dan lagi menarik lagi mama buat kejutan untuk anak-anak set terbaru Thomas & Friends™ TrackMaster™ Boat & Sea Set.


Thomas & Friends™ TrackMaster™ bertujuan menggalakkan kreativiti dan merangsang minat kanak-kanak untuk mencipta dunia Thomas mereka sendiri dengan enjin baharu, trek baharu dan inovasi pelan baharu sebagai tambahan kepada set sedia ada sepanjang tahun. Koleksi terbaru Thomas kali ini sangat lain kerana menggabungkan dua elemen landasan dan juga boat sea. 


Kemahin tekun 2 beradik ni ikut manual instruction macam mana nak pasangkan landasan Thomas & Friends™ TrackMaster™. Punya tak sabar nak main sampai salah pasang landasan untuk trek laluan air tu. Hahaha. Mama biarkan tengok dia orang pasang dan buat semula jika salah. Dari sini kita nampak mereka menjadi lebih bersabar dalam sesuatu mereka cuba lakukan. Biar lambat asal berjaya yer tak. 



Sikit demi sedikit dan akhirnya anak-anak mama berjaya pasang koleksi terbaru Thomas & Friends™ TrackMaster™. Excited la masing-masing nak main dengan Thomas. Memang unik koleksi terbaru kali ini didatangi dengan Thomas (motorized) di dalam motorboat apabila Thomas lalui selepas dari trek landasan ke trek dalam air. Yang paling teruja Thomas memecut di atas trek laluan laut tersebut dan kemudian sambung semula ke trek landasan biasa. 

Jom tengok Iqbal & Iqram buat video unboxing dan bermain koleksi terbaru Thomas & Friends™ TrackMaster™ Boat & Sea Set


Haruslah posing sikit kan..

Bagi peminat-peminat di Malaysia yang ingin mendapatkan set-set Thomas & Friends™ TrackMaster™ ini boleh ke kedai-kedai permainan utama atau membeli dalam online. Boleh juga layari laman Facebook Thomas & Friends™ untuk mempelajari lebih banyak tentang Thomas di www.facebook.com/sea.thomasandfriends

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook