DASHING Semburan Deodoran + Wangian Badan Pertama Untuk Lelaki Maskulin

4:48 PM

Setiap lelaki sangat mencabar dalam aktiviti harian mereka sehinggakan mereka kerap berpeluh dan berbau. Tambah lelaki yang bekerja di luar sepanjang hari perlulah menggunakan deodoran dan juga minyak wangi agar kekal segar dan menghindar bau badan. Mustahil untuk mencari minyak wangi  yang harum dan deodoran bagi bertujuan mengatasi masalah bau badan. Pastinya lebih bagus kalau mempunyai semuanya dalam satu botol. Ringkas, mudah dan cepat itulah lelaki yang inginkan.


DASHING sangat memahami untuk penjagaan set lelaki agar mereka mendapat keperluan yang tepat. Jadi DASHING telah melancarkan Semburan Badan DEO + PERFUME pertama dari DASHING untuk lelaki maskulin. Hanya dengan satu botol lelaki hanya tampil berbau hebat dan segar sepanjang hari. DASHING DEO + PERFUME BODY SPRAY menggabungkan deodoran dan minyak wangi serta dirumuskan dengan wangian DASHINg Eau De Toilette memberikan haruman maskulin tahan lama. Dengan agen anti-bau dan anti-bakteria memberikan perlindungan 24 jam terhadap bau badan.


Menariknya DASHING DEO + PERFUME baharu ini dengan formula 100% deodoran serta menjimatkan dan dapat bertahan lama kerana satu botol boleh disembur sehingga 880 semburan, oleh itu tahan sehingga 146 hari! Ini bermakna satu botol mampu bertahan sehingga 5 bulan. Kini kaum lelaki boleh menikmati DASHING DEO +PERFUME BODY SPRAY yang datang dalam pek bersaiz 120ml. Dengan reka bentuk ringkas dan menawan, pastinya mudah untuk di bawa kemana sahaja.


DASHING DEO + PERFUME BODY SPRAY kini hadir dalam variasai :
  • HATTRICK - Jaringan kemenangan lelaki DASHING. Wangian Hattrick sememangnya memberikan semangat untuk terus mara ke jaringan gol. Hattrick terhasil dari percikan gabungan haruman unik epal dan kesegaran sitrus, bersulamkan nota bunga dan calitan amber.
  • ULTIMATE KICK - Inilah wangian sebenar sang juara. Ultimate Kick menyerlahkan personaliti sofistikated dari dalam diri dan kehidupan seorang lelaki moden. Wangian Ultimate Kick menampilkan haruman musim panas dengan gabungan lemon, diperhebat dengan kesegaran buah pelaga dan diadun dengan nota asas dari vanilla dan musky.
  • SPEED - Buat lelaki yang sentiasa bersedia untuk menghadapi cabaran dengan bauan segar dan bersemangat. Aroma klasik fougere dengan wangian kontemporari nota buah-buahan dan diperhebat dengan lapisan nota musky.
  • HITMAN - Hitman direka khusus buat lelaki aktif dan sporty yang sentiasa bersedia ke mana sahaja. Di dahului dengan aroma kesegaran Citrus dan Ice Cucumber. Diikuti dengan nota Sichuan pepper dan Lavender berserta dengan Patchouli dan Gaiac Wood, menjadikan wangian daya tarikan yang semestinya meningkatkan keyakinan setiap lelaki aktif.

DASHING DEO + BODY SPRAY hadir dalam botol semburan pam bersaiz 120ml pada RMM12.20. Produk ini boleh didapati di seluruh negara termasuk pasaraya utama, pasaraya hyper serta platform belian atas talian. 

Untuk maklumat lanjut mengenai DASHING sila layari : 


Love,
/>

You Might Also Like

2 Comments

  1. Bagusnya dah ada deodoran perfume! Bau Dashing ni dah la wangi. Harga murah pulak tu

    ReplyDelete
  2. nt boleh sruh suami try ni..
    dia suke dashing

    ReplyDelete

Like us on Facebook