Event

Pameran Pengantin MEFA 2018 | Pelbagai Pakej Perkahwinan Yang Lengkap

9:21 PM

Pameran Pengantin MEFA 2018 | Pelbagai Pakej Perkahwinan Yang Lengkap - Masuk jer hujung tahun ramai orang yang akan melangsungkan berkahwin. Tapi bukan mudah tau kalau nak melangsungkan perkahwinan tanpa perancangan yang sesuai. Nak tak nak memang kena planning awal sebelum memulakan majlis yang cukup indah. Mesti ada yang tengah cari pakej kahwin kan? Bagi yang merancang untuk melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi dan masih lagi belum buat persiapan majlis atau masih tercari-cari pakej perkahwinan yang sesuai untuk majlis boleh la hadir ke Pameran Pengantin MEFA 2018.


Pameran Pengantin MEFA akan diadakan di Shah Alam Convention Centre (SACC) pada bulan December 2018 nanti dimana disini korang boleh cari semua pakej perkahwinan lengkap untuk majlis perkahwinan yang indah. Pameran Pengantin MEFA 2018 yang dinanti-nantikan serta paling best di Malaysia akan menemui semua orang terutamanya bakal-bakal pengantin dari seluruh lembah Klang. Kali ini, pameran oleh Malaysia Wedding Festival (MEFA) akan diadakan di Shah Alam Convention Centre (SACC) akan menawarkan pelbagai promosi, pelbagai pakej perkahwinan lengkap, pelbagai jenis vendor perkahwinan khas untuk bakal pengantin.


Bakal-bakal pengantin mesti sedang mencari produk seperti katering, pelamin, busana pengantin, pakej lengkap perkahwinan, dewan perkahwinan, kad kahwin, fotografi, videografi, door gift, hantaran dan macam-macam lagi. Dengan pakej yang serba lengkap ini bakal-bakal pengantin tak perlu risau dan habiskan masa untuk buat semua kerja. Serah sahaja kepada planner perkahwinan untuk menguruskan majlis perkahwinan korang nanti. Jangan risau dengan Pameran Pengantin MEFA 2018 ini korang hanya perlu cari pakej yang menarik dan buat bayaran sahaja kerana Pameran Pengantin MEFA ini adalah pilihan paling tepat.


So korang jangan lepaskan peluang menarik di Pameran Pengantin MEFA 2018 yang akan berlangsung pada 7 Disember (Jumaat) sehingga 9 Disember 2018 (Ahad) di SACC, Shah Alam. Menariknya Pameran Pengantin MEFA kali ini, pelbagai promosi selama 3 hari sahaja daripada vendor perkahwinan yang berpengalaman dan berkualiti. Takut juga kan kalau dah bayar semua untuk harga pakej tiba pada majlis berlangsung pihak planner tu hilang. Fuhh seramkan tapi korang jangan risau semuanya vendor pada Pameran Pengantin MEFA ini bertauliah dan berpengalaman dalam majlis perkahwinan. 

Selain itu, vendor-vendor perkahwinan ini menawarkan pakej-pakej yang memberi kelebihan kepada bakal-bakal pengantin seperti diskaun sehingga 50%, percuma kambing golek, percuma penghantaran dan paling menarik siap dapat percuma pakej bulan madu. Woww save bajet korang dah tak perlu cari lepas kahwin kan. Memang rugi kalau tak cuba rebut peluang ni. Antara promosi di pameran paling disukai oleh semua bakal-bakal pengantin adalah cabutan bertuah sebab penganjur akan memberikan cabutan bertuah seperti baucer, barangan gajet, pakej bulan madu, wang tunai, Tshirt limited edition dan banyak lagi.


Apa lagi mesti tak rugilah kalau tak datang awal dan buat tempahan awal, silap-silap nanti habis semua orang rebut. Yang paling best, jika korang sukakan pertunjukan fesyen dan makeup, korang boleh saksikan semuanya secara LIVE di pentas MEFA selama 3 hari. Korang juga dapat saksikan LIVE Makeup daripada MUA ternama di Malaysia yang akan dilakukan secara LIVE di pendtas MEFA pada hari Jumaat dan Sabtu. Manakala pertunjukan fesyen akan diadakan pada hari terakhir iaitu hari Ahad. 


Jangan ketinggalan semua bakal-bakal pengantin yang sedang mencari pakej-pakej perkahwinan menarik bolehlah terjah ke pameran dan dapatkan tawaran yang menarik di sini. SAVE THE DATE jangan lupa Pameran Pengantin MEFA 2018 pada 7 Disember 2018 sehingga 9 Disember 2018 di SACC Shah Alam. Bagi memudahkan semua orang yang nak datang, boleh layari laman sosial Pameran Pengantin MEFA untuk perkembangan lanjut.

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan mengenai booth boleh layari :-

Website : www.mefa.my
Facebook : www.facebook.com/mefaevent
Instagram : www.instagram.com/mefapengantin
Telefon : 012-387 1775 [Encik Azhari]
Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook