Mahu menderma kepada badan kebajikan atau
menyumbang kembali kepada komuniti, tetapi merasakan sumbangan anda terlalu kecil
untuk memberi perubahan? Kini Ayam Brand™, jenama kegemaran rakyat Malaysia selama
126 tahun yang terkenal dengan rangkaian luas makanan dalam tin berkualiti menjadikan
usaha itu lebih mudah buat anda dengan pelancaran laman web: Ayam Brand e-Charity
https://www.ayambrand.com.my/e-charity.html. Ya, dengan Ayam Brand™ semua orang
boleh menyumbang kepada badan kebajikan.
Laman web Ayam Brand™ e-Charity dipercayai antara yang pertama seumpamanya
dilancarkan di Malaysia dan diuruskan oleh pengeluar makanan. Ia bertujuan
membolehkan lebih ramai orang membantu komuniti yang memerlukan menerusi
kemudahan membuat pesanan secara dalam talian.
Ayam Brand menawarkan potongan harga runcit sebanyak 15% ke atas produknya dan menyediakan penghantaran percuma untuk menggalakkan orang ramai membantu 8 Badan Bukan Kerajaan (NGO) terpilih di Kuala Lumpur dan Selangor. Semua NGO tersebut berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Jenama ini merancang mengembangkan program tersebut untuk melibatkan NGO di lebih banyak negeri. Laman web itu sudahpun tersedia dan orang ramai boleh memilih sebanyak mana produk Ayam Brand™ yang ingin mereka sumbangkan kepada organisasi berkenaan. Sumbangan minimum ialah satu karton.
Ayam Brand menawarkan potongan harga runcit sebanyak 15% ke atas produknya dan menyediakan penghantaran percuma untuk menggalakkan orang ramai membantu 8 Badan Bukan Kerajaan (NGO) terpilih di Kuala Lumpur dan Selangor. Semua NGO tersebut berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Jenama ini merancang mengembangkan program tersebut untuk melibatkan NGO di lebih banyak negeri. Laman web itu sudahpun tersedia dan orang ramai boleh memilih sebanyak mana produk Ayam Brand™ yang ingin mereka sumbangkan kepada organisasi berkenaan. Sumbangan minimum ialah satu karton.
Ayam Brand e-Charity dilancarkan pada acara akhir Festival Makanan Kanak-kanak Sihat
yang diadakan di Sunway Putra Mall pada hari ini. Ia merupakan sebahagian daripada CSR
Ayam Brand™ yang sudah dijalankan selama 11 tahun berturut-turut. Secara kumulatifnya
jenama ini telah menyumbang sebanyak 1,404,000 hidangan sihat bagi tujuan kebajikan
yang memberi manfaat kepada hampir 20,000 orang dari 482 organisasi kebajikan dengan
358,920 hidangan telah diagihkan pada tahun ini.
Festival Makanan Kanak-kanak Sihat Ayam Brand™ bermatlamat memperkasakan
kanak-kanak supaya memilih makanan menerusi aktiviti yang interaktif. Ia juga membantu
mereka mengenal pasti kumpulan makanan, memahami saiz makanan serta membuat
keputusan tepat kerana makanan boleh membentuk tubuh secara positif.
Ayam Brand™ menyumbang produk-produk keluarannya kepada rumah-rumah kebajikan
yang mengambil bahagian. Ia adalah sebahagian daripada acara tahunan ini.
Antara sesi bengkel yang dijalankan ialah ‘Yay or Nay’ di mana kanak-kanak belajar untuk
mengenal pasti serta membezakan di antara pilihan makanan yang sihat dan tidak sihat,
selain teka silang kata tentang manfaat Omega 3 dan DHA di bengkel ‘Crossword’. Di
bengkel ‘Healthy Plate’ pula, kanak-kanak menentukan kuantiti kumpulan makanan
berbeza untuk menghasilkan satu diet yang seimbang, manakala di bengkel ‘DIY’, kanak-
kanak akan menghidang Nasi Lemak Tuna mereka berdasarkan apa yang telah pelajari.
Semasa event tersebut, Ayam Brand™ memperkenalkan Nasi Lemak yang lebih sihat,
mudah dan cepat untuk disediakan yang menggunakan santan jenama ini. Di samping
Light Tuna Cili sebagai sambal yang boleh diambil terus daripada tin bersama telur rebus
dan timun segar untuk menjadi satu hidangan yang enak dan berkhasiat.
Yayasan Sunbeams Home, Pusat Jagaan Kanak-kanak Harapan, Rumah Impian PJ,
Rumah Ozanam, Rumah Sayangan, Home of Peace, Rumah Bakti Nur Syaheera dan
Rumah Kasih Harmoni dari Kuala Lumpur dan Selangor menerima bekalan makanan
harian produk Ayam Brand selama dua bulan merangkumi ikan sardin, mackerel, tuna dan
santan kelapa untuk semua kanak-kanak di bawah jagaan mereka.
Menurut wakil dari Yayasan Sunbeams Home, Pastor Victor, sumbangan produk Ayam
Brand™ yang tidak mempunyai bahan pengawet atau MSG tambahan itu sangat dihargai
kerana makanan tersebut sihat, pantas dan mudah disertakan ke dalam diet harian
mereka.
“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Ayam Brand™ kerana menjemput Yayasan
Sunbeams Home untuk menyertai acara ini, selain menyumbang produk mereka yang mudah, berkhasiat dan enak. Kanak-kanak sangat seronok pada hari ini dan mereka
belajar pelbagai tip nutrisi daripada bengkel-bengkel aktiviti.
“Kami akan menjalankan beberapa bengkel sama di Yayasan Sunbeams Home tidak lama
lagi. Sebabnya, daripada apa yang dapat kami lihat pada hari ini, ia dapat membantu
kanak-kanak mengamalkan tabiat makanan sihat sepanjang hidup mereka,” kata Pastor
Victor.
Maklumat lanjut mengenai Ayam Brand™, sila layari laman web www.ayambrand.com.my
atau https://www.facebook.com/AyamBrand.Recipes.
Love,
0 Comments