Pengalaman LIVE Dengan MommyDaddy&I & Shopee Malaysia

11:26 PM

Pengalaman baru. Hahaha padahal ntah macam mana la ada kekuatan terima job ni. serious aarr mama jenis bukan ada confident level yang tinggi untuk bercakap depan camera yer. lain la kalau bercakap depan camera seorang diri sebab boleh take baper banyak kali pun takper. Ini hahh dengan host artis yang berpengalaman yer. kita ni aduyai malu-malu kucing pun ada. Hahaha


Jam 10.30 pagi mama bertolak ke office MommyDaddy&I di Shah Alam. Biasalah bertolak awal sebab rumah mama kan jauh. So far mama sampai awal sana dan sempat la makan dulu sebelum pergi office MommyDaddy&I tu. Dalam 12 suku macam tu baru mama pergi office dia. Ok  mula tu steady lagi tapi still ketaq gak la. Benda pertama kali nak LIVE dengan orang yang hebat memang kita akan rasa kerdil sangat. Tapi benda ni bagi pengalaman mama bercakap walau mama hang nervous namatey. Hahaha


Ok pukul 1 jer mama dah get ready depan smartphone hehehe.. oh ya mama ingat LIVE tu boleh baca komen-komen dari orang yang tengok LIVE tu tapi tak boleh yer. hahaha mama pun ingat macam LIVE dekat FB or IG ke. see mama memang tak tahu sebab jarang giler la LIVE macam ni. Tapi alhamdulillah dapat pulak host yang memang ramah tamah dengan team MommyDaddy&I yang sporting dan support mama masa LIVE tadi. 

Mama kalo mai darah gemuruh jer mulalah rasa macam blur nak cakap apa. yang paling kelakar mama akan keluaq loghat Kedah punya. kofkofkof... lantak la orang nak kata apa baik better jadi diri sendiri kan. kang cakap keyell duk choih cakap kedah jugak. Yang tak tahan host Ira tu pun duk cakap loghat kedah jugak. Sempoi la dia. heheheh

Mula sorang

Lepas tu Haziq plak masuk cakap pasal workshop untuk MommyDaddy&I.

Heheh sampai Haziq pun cakap mama gemuruh ehh.. of coz la hahah mama bukan jenis suka buat LIVE macam ni. Itu pasal kadang rasa nyesal pun ada kenapa terima tapi sebenarnya mama cabar diri sendiri untuk jadi lebih berani bercakap secara LIVE. mana la tahu lepas ni ketagih buat LIVE dekat FB or IG sendiri. Hahahah padahal sekarang ni mama suka cakap dekat IG story jadi lah kan..

Terima kasih mama ucapkan kepada pihak team MommyDaddy&I dan juga Shopee Malaysia sebab sudi bagi mama peluang buat LIVE dengan host yang hebat Ira Mohd Amin. Dan terima kasih Haziq & Tze Ying sebab support mama masa LIVE tadi. Minta maaf jika ada kekurangan dari pihak mama. Pheww lega tapi next week ada lagi satu shooting aduiyai.. pitam jap.


Yes mama tahu ramai yang berminat dengan bag hospital yang eksklusif dari MommyDaddy&I ni kan. Ok senang saja nak dapatkan bag hospital pink ni yer tapi bag ni hanya untuk ibu mengandung sahaja tau. So, bagi mommy to be di luar sana yang tengah pregnant bolehlah daftar menjadi membership MommyDaddy&I di www.mommydaddyni.com/privileges . Jika mommy yang bertuah pihak MommyDaddy&I akan hubungi mommy untuk dapatkan bag hospital ini. Bukan itu sahaja pelbagai aktiviti menarik seperti workshop, product review, voucher menarik menanti mommy. Apa tunggu lagi untuk mommy to be cepat-cepat daftar di link berikut.

Yeaa mama dah dapat bag hospital MommyDaddy&I ini. Mana tau boleh prepare bag untuk anak ke 4. ehh hahaha tak la mama lawak jer.

Untuk maklumat lanjut boleh layari : 


Love,
/>

You Might Also Like

1 Comments

Like us on Facebook