Buat Rawatan 'HYDRAOXY GLOW C' Di Dr Medispa & Wellness Kajang
11:37 AM
Fikir balik bila ntah last buat facial muka ni. Memang tak ingat langsung coz takder masa nak pi. Tambah pulak dengan macam-macam masalah lagi lah langsung tak peduli dengan muka sendiri. Dah la lately tengah stress giler sampai berjerawat naik kaw-kaw dekat dahi. Allahu malu sangat sampai kena makeup all the time jer kalau nak keluar. Kalau mekap pun parut jerawat dekat dahi still tetap nampak so nak tak nak kena la buat facial dan kerap pakai cream untuk hilangkan parut jerawat tu.
Sabtu lepas mama ada la masa untuk buat rawatan facial dekat Dr Medispa & Wellness di Jalan Reko Kajang. Ini kali ke 2 mama datang ke spa ni untuk rawatan facial. Tapi untuk pengetahuan korang rawatan facial dekat sini bukan biasa-biasa tau tapi rawatan ni adalah aestetik centre yer. Korang tahu kenapa mama pilih aestetik centre ni sebab sebelum buat rawatan, doctor akan consult dulu dan check kulit kita dan juga menerangkan masalah kulit yang mama hadapi. Jadi kita tak perlu risau bab tu coz memang di sini ada doctor aestetik yang bertauliah yer.
Paling syok masuk spa macam ni of coz la tenang dan damai jer rasa. Dengan spa yang berhawa dingin tambah pula alunan muzik yang mengasyikkan terus rasa hati yang banyak masalah pun boleh lega tau. Heheheh. Oh ya dekat sini ada 3 bilik untuk buat rawatan muka. Masa mama apergi tu mama dapat bilik kat bawah ni. Dekat sini tak perlu risau coz memang semuanya wanita dan lelaki tidak boleh masuk yer. Korang nak me time memang sesuai la datang ke sini bawa ibu, kakak atau kawan tau.
So selepas teliti dengan kulit wajah mama, doctor suggestkan mama buat rawatan Hydraoxy Glow C. Coz muka mama ada parut jerawat dan kulit kelihatan kusam. Selain tu, kulit muka mama agak berminyak dan liang pori yang besar menyebabkan jerawat timbul di wajah. Tapi mama akui kalau kita stress memang muka mama jenis cepat naik jerawat.
Beautician menerangkan fuction rawatan Hydraoxy Glow C ini untuk :
- Menyedut keluar sel-sel kulit mati dalam kulit wajah
- Membersihkan whitehead dan blackhead
- Mengurangkan pore besar dan nampak pores lagi kecil
- Melembapkan kulit wajah
- Membaiki kulit dari penuaan
- Mencerahkan kulit
- Memudarkan parut jerawat dan jeragat
Bestnya buat facial di sini, beautician dekat sini sangat peramah dan explain satu persatu setiap langkah yang dia akan lakukan dekat wajah mama. Tambah mama jenis nak tahu produk apa yang mereka guna ketika beautician sapu dekat wajah mama. Walau buat dalam keadaan PKP tapi jangan risau beautician masih menggunakan sarung tangan dan penutup muka yer. Ehh kita kena la jaga SOP juga time covid ni tau.
Jom tengok serba sedikit langkah untuk rawatan Hydraoxy Glow C ini :
- Sebelum mula buat rawatan Hydraoxy Glow C ni, beautician akan bersihkan sisa makeup menggunakan Face Wash Milk.
- Kemudian cuci dengan Face Wash Cleanser.
- Tadaa tengok la kulit wajah mama dekat dahi tu. Teruk giler kan parut jerawat tu. Memang sakit yer kalau nak sujud time solat tu memang kena tahan sakit. Sekarang cuma tinggal bekas parut jer. Kira take time la nak hilangkan parut tu.
- Selepas itu, steam kulit wajah mama sekejap untuk beberapa minit bagi pori terbuka. Time tu mama rasa wap haba. Jangan risau takder panas pun biasa-biasa jer. Tapi memang relax jer sampai nak tertido. Disebabkan mama nak tangkap gambar mama tahan jer mata tu terlena. heheh
- Kemudian, beautician guna vacuum untuk buang whitehead dan blackhead. Masa ni kan habis disedut-sedut la kulit muka mama. Orang tanya sakit ker. takder sakit pun best jer. Best jer machine tu sedut-sedut kulit mama.
- Langkah seterusnya Hydra. Ok langkah ini di masukkan sekali dengan vitamin c. Jadi, vitamin c tu dimasukkan ke dalam machine dan disapu pada wajah mama. Masa ni memang tak dapat tengok machine tu macam mana yang pasti mama rasa air dari serum tu meleleh jer dekat muka mama. Korang pun tahu kan vitamin c sangat bagus untuk kulit wajah di mana ia membaik pulih wajah dari penuaan, memelihara kulit wajah, mencerahkan kulit dan memudarkan parut jerawat serta jeragat.
- Kemudian lepas hydra, beautician buat ultrasonic plak. Ni pun guna serum apa mama tak ingat. aloe vera gel ker apa ntah. Ampunnnn mama is lupa lah biasala dah tua kan. So masa ultrasonic ni serious la kulit macam rasa segar jer.
- Lepas settle ultrasonic, beautician tu massage muka mama. Yehaa hehehe mama suka part urut-urut muka tapi jangan sampai dekat leher yer coz mama geli ok dekat leher. terus tergelak-gelak mama dengan beautician tu. Lawak sangat mama ni.
- Selepas tu, beautician pasangkan Mask LED dekat muka mama. Oh ya ini depends pada masalah kulit wajah tau. So beautician akan set kan warna LED yang sesuai.
- Akhir sekali, beautician sapukan mask dekat parut jerawat mama dan gunakan Oxy Spray. Time ni rasa segar jer sangat.
Lepas habis treatment ni kulit muka mama rasa segar sangat, rasa bersih dan lembut kulit wajah. Yang nampak ketara rawatan Hydraoxy Glow C ni terus kulit muka mama nampak instant cerah tau. Tapi jangan la nak parut tu terus hilang yer. Kalau nak hilang kena la buat rawatan ni selalu. Tempoh rawatan Hydraoxy Glow C ini lebih kurang 1 jam 30 minit memang rasa me time sangat yer.
Harga untuk rawatan Hydraoxy Glow C ini RM220 tapi sempena promosi, untuk 2x sesi Hydraoxy Glow C ini hanya RM290 sahaja. Jimat RM150 tau. Banyak tu best betul harga promo ni.
Bagi yang nak tahu di Dr Medispa & Wellness ini bukan sahaja ada rawatan Hydraoxy Glow C malah ada juga rawatan aestetik yang lain seperti dermapen, Galvanic facial, Hydradermabrasion, dan rawatan lain-lain lagi. Kalau nak tahu tentang rawatan yang ada di sini boleh jer terus ke Facebook & Instagram Dr Medispa & Wellness ya.
Oh ya korang kena ingat tau, kulit adalah bahagian tubuh yang paling sensetif dan mudah dijangkiti bakteria oleh setiap individu. Oleh itu, korang kena pilih tempat dan nasihat dari yang pakar sekiranya membuat rawatan facial kerana adalah mustahak dan penting bagi mengelakkan isu kesihatan dan kebersihan yang tidak diingini. Selain itu, pilihlah tempat yang berpengalaman dan dipercayai seperti Dr Medispa & Wellness.
Nampak berkurang la parut jerawat dekat dahi tu. Yeaa kena repeat buat lagi la kalau nak hilangkan parut jerawat tu yer tak.
Terima kasih Dr Medispa & Wellness coz merawat kulit wajah mama dan bagi rawatan yang terbaik. InsyaAllah lepas ni boleh buat lagi rawatan Hydraoxy Glow C ni lagi. Mana la tahu insyaAllah parut jerawat dekat wajah mama berkurangan. Lepas jer buat facial ni terus rasa nak buat lagi nak bagi cantik tau. Untuk buat temujanji di Dr Medispa & Wellness boleh terus tekan link ini http://bit.ly/SayaNakTempahTemujanjiDrMedispaWellness atau hubungi no Dr Medispa & Wellness di talian 017-309 2861
1 Comments
nampak ketara la kesan pemulihan kulit awak, hebatnya!
ReplyDelete