Promosi U.S Fries Bonanza Di Applikasi GrabFood

3:45 PM

Promosi U.S Fries Bonanza Di Applikasi GrabFood | Walau negara kita mengalami lockdown PKP 3.0, kita harus bersikap positif dalam apa jua keadaan. Agak susah nak keluar pergi kerja, jumpa kawan, nak beli makanan. Yer memang agak terhad pergerakkan kita untuk ke sana ke mari. Jangan risau sekarang ni walau kita masih di rumah kita boleh jer dapat makanan yang kita mahukan hanya dengan membeli di perkhidmatan GrabFood. 


Mesti ada yang mengidam nak makan benda yang simple tapi mengenyangkan bukan. Nak buat macam leceh jer. Ala apa susah kita order jer di applikasi GrabFood. Oh ya untuk pengetahuan semua, sempena promosi U.S Fries Bonanza dari 1 Jun 2021 hingga 30 Jun 2021 terdapat 13 buah restoran di Lembah Klang menawarkan pelbagai jenis Fries dari USA Potatoes. Woww tak teruja ker nak makan fries yang sedap tu.

Semua sedia tahu, bahawa kentang merupakan sejenis sayur akar yang kaya dengan pelbagai khasiat seperti vitamin, mineral, antioksida dan serat. Bagi yang mengalami masalah kandungan gula dalam darah atau mengurangkan risiko sakit jantung dan menurunkan berat badan boleh amalkan kentang untuk menjaga kesihatan yang sihat.

Antara kelebihan dan kebaikkan kentang goreng USA dari kentang goreng biasa sangat berbeza dari segi :-
  • Kentang USA ditanam dalam persekitaran suhu yang ideal dan tanah yg digunakan kaya dengan zat.
  • Kemudahan pemprosesan yang canggih dalam penanaman kentang USA menjadi kentang yang terbaik.
  • Penanaman kentang  di USA mengikuti piawaian tinggi selaras spesifikasi USDA dan Food & Drug Administration

Tekak mama memang lately teringin nak makan macam-macam tapi nak masak memang mood ke laut lah skit hahaha. so apa susahkan kita order je dengan GrabFood. Mesti ramai yang dah familiar dengan aplikasi GrabFood kan. So senang jer nak order.

Aplikasi GrabFood
  • Buka aplikasi Grab dan pilih menu di GrabFood
  • Klik pada paparan iklan U.S Fries Bonanza Banner (atau korang boleh taip USPotato di ruang carian)
  • Pilih senarai restoran pilihan korang dan pesan menu kentang goreng USA
  • Isi informasi yang perlu sebelum membuat pembayaran
  • Apabila bayaran telah selesai, makanan akan dihantar terus ke depan pintu rumah korang.

Dari 13 restoran yang menawarkan U.S Fries Bonanza tersebut mama memilih 2 restoran yang mama teringin nak makan fries dari myBurgerLab dan KGB. Oh ya di myBuergerLab ni sebenarnya menjual pelbagai jenis burger tapi memandangkan mama teringin nak makan fries yang mereka masak menggunakan Kentang USA so mama pilih la kedua restoran ini. 

Untuk myBurgerLab mama order Awesome Fries. Walau nampak fries ni simple tapi campuran perapan dengan fresh Rosemary dan Thyme ini betul-betul meresap ke dalam fries menjadikan fries ni sedap dan lain. Ditambah dengan sos pencicah Salted Egg Yolk yang masin dan pedas menjadikan satu gabungan fries dan sos memang mengena sangat. 


Awesome U.S Fries dari myBurgerLab

Bagi peminat drama bersiri Korea mesti dah sinonim Kimci dalam diri korang kan. Hahaha termasuklah mama sendiri memang hantu drama Korea. So far mama pernah makan Kimci yang dijual di pasaran. But not sure lah rasa Kimci tu sama macam Kimci di Korea. Punyalah tekak tu teringin kan. But at the same time tekak nak makan Kimci dengan fries. Tak ker pelik kan. Eh tak pelik la coz ada tau Kimci U.S Fries di Killer Gourmet Burgers atau KGB. 




Kimci U.S Fries 

Unik kan gabungan western & Korea boleh jadi satu menu yang special di KGB ini. Tengok la Kimci Fries ni memang mavelous diap ada daging dengan limpahan cheese dan juga kimci. Rasa kimci yang masam digabung dengan cheese yang cair dan pedas menjadikan fries ini sangat unik dan lain dari yang lain. Sesiapa nak cuba Kimci U.S Fries ni boleh la order di KGB.

Selain korang order di applikasi GrabFood korang juga boleh pesan dan self pick up sendiri di restoran yang terlibat dalam U.S Fries Bonanza ini. Antara 13 restoran tersebut adalah :-
  1. MyBurgerLab | Awesome U.S Fries
  2. Chili's | Homestyle U.S Fries
  3. Mikey's Original New York Pizza | Staten Islan 2.0 U.S Fries / Brooklyn U.S Fries
  4. NY Burger Co | Cheesy Beef Bacon U.S Fries / Cheesy U.S Fries
  5. Strangers at 47 | Shoestring  U.S Fries with Parmesan Cheese / Loaded Cheesy U.S Fries
  6. Botanica+Co | Truffle U.S Fries / broken Chili U.S Fries / Tom Yum U.S Fries / Okinomiyaki U.S Fries
  7. Burger On 16 | Cowboys U.S Fries (Beef) / Cowboys U.S Fries (Chicken/Vegetarian) / Okonomiyaki U.S Fries
  8. Carl's Jr | Beef Chilli Cheese U.S Fries / Crisstrax U.S Fries
  9. K Fry | Bulgogi U.S Tater Tots / Dak Kimchi U.S Fries 
  10. KGB | Texas Jalapeno Cheese U.S Fries / Kimchi U.S Fries
  11. Three Little Pigs & The Big Bad Wolf | Buffalo U.S Fries / Cajun U.S Fries 
  12. The Owls Cafe at Happy Mansion | Waffle U.S Fries / Mentaiko Waffle 
  13. Jinjja Chicken | Tteokbokki U.S Fries / Sesame Seaweed U.S Fries

Mama pun dah dapat rasa 2 jenis kentang US yang berbeza di 2 restoran. Boleh la lepas ni nak cuba kentang US di restoran yang lain pula. So apa tunggu lagi, jom order sekarang di aplikasi GrabFood untuk menikmakti keenakan dan kebaikkan kentang goreng US sempena U.S Fries Bonanza 2021 sekarang. Promosi U.S Fries Bonanza ini sah sehingga 30 Jun 2021 di aplikasi GrabFood atau order dan self pickup di 13 restoran yang mengambil bahagian. Untuk maklumat lanjut mengenai U.S Potatoes boleh layari  https://potatoesusa.com/


Love, 
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook