SAFI SHAYLA Supa Smooth & Fragrance | Syampoo Khas Untuk Wanita Berhijab

2:43 PM

Sebagai seorang wanita berhijab, mama sangat menitik berat bab pemilihan produk penjagaan rambut yang sesuai. Yer lah kalau salah pilih menyebabkan rambut jadi kepam, busuk dan gatal. Jadi mama pastikan produk penjagaan rambut yang Halal dan sesuai untuk wanita berhijab macam mama. SAFI tidak asing lagi satu jenama Halal yang terkemuka untuk wanita yang berhijab. Bukan itu sahaja Safi juga terdapat produk rangkaian penjagaan kulit, diri dan mandian bagi wanita dan juga lelaki muslim.


Safi Shayla pula merupakan satu jenama penjagaan rambut di bawah SAFI iaitu rangkaian syampu pertama yang direka khas dan dirumuskan untuk wanita yang berhijab. Safi Shayla ini telah dilancarkan pada Oktober 2013 dengan rangkaian yang dirumus dengan Habbatus Sauda serta dengan bahan semula jadi yang disahkan HALAL oleh JAKIM.


Kali ini SAFI SHAYLA melancarkan Supa Smooth & Fragrant yang diformulasikan dengan Hydra Seal Technology yang memberikan kelembutan untuk rambut lebih lembut, licin, ringan, tidak berminyak dan wangi yang lebih lama. Sangat sesuai untuk wanita yang berhijab tidak risau lagi rambut berbau hapak.


Safi Shayla Supa Smooth & Fragrant Shampoo ini diformulasi dengan Teknologi Hydra Seal Baru yang dilengkapi dengan gabungan 11 essential Oil (pati minyak) yang kaya dengan nutrien agar rambut lebih lembut dan licin dan wangi lebih lama sehingga 72 jam. Selain itu, syampu ini diperkayakan dengan Minyak Habbatus Sauda yang sangat kaya dengan nutrien bagi menyuburkan rambut.

Antara pati minyak yang terdapat dalam Safi Shayla Supa :
  • Pati Minyak Bunga Matahari
  • Pati Minyak Argan 
  • Pati Minyak Buah Zaitun
  • Pati Minyak Buah Avocado
  • Pati Minyak Kacang Soya
  • Pati Minyak Chamomile
  • Pati Minyak Lavender
  • Pati Minyak Jojoba
  • Pati Minyak Daun Rosemary
  • Pati Badam 
  • Pati Kacang Macadamia

Manakala Safi Shyala Supa Smooth & Fragrant Leave On Cream pula diformulasi dengan Teknologi Hydra Seal yang dengan serta-merta mengubah rambut kusut menjadi rambut lembut, licin dan semula jadi yang halus serta harum dengan haruman yang sangat wangi. Apa yang best dengan Leave On Cream ini boleh digunakan dengan cepat dan tidak perlu bilas dengan air. 


Menariknya Safi Shayla Supa kali ini berkolaborasi dengan Tudung Ruffle yang telah direka khas Safi Malaysia X Tudung Ruffle. Tudung Bawal Satin yang berwarna merah jambu yang sangat cantik ini hanya ada 100 helai sahaja di Malaysia. Dan mama dapat sehelai untuk dijadikan simpanan koleksi mama. 


Berita baik buat peminat Safi Shayla jangan lupa join Peraduan Whatsapp & Menang Vespa Safi Shayla Supa dan boleh memenangi hadiah utama iaitu sebuah Supa Pink Vespa bernilai RM17,000 dan hadiah wang tunai mingguan sehingga RM1,000 kepada pengguna bertuah yang menyertai peraduan ini di seluruh negara dari 1 Julai hingga 31 Julai 2021 dengan pembelian minimun RM15 bagi produk Safi Shayla Supa. Untuk maklumat lanjut, boleh layari Instagram Safi Malaysia.


Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook