Resipi Blueberries Swirl Mini Cheesecake

2:07 PM

Walau buahnya kecil tapi buahnya penuh dengan pelbagai khasiat yang orang semua tahu. Yer buah Blueberries rasa manis semulajadi, ada sedikit masam tapi gabungan manis masam tu yang buatkan buah ini lagi sedap. Selain itu, buah blueberries memberi banyak manfaat pada kesihatan seperti menghindari obesiti, meningkatkan kesihatan jantung, menurunkan kolestrol, mengurangi risiko Alzheimer, mengurangi risiko diabetis, menurunkan tekanan darah dan juga mencegah kanser.


Oh ya untuk pengetahuan semua, Oregon & Washington ini adalah 2 negeri di Amerka Syarikat yang banyak menghasilkan buah blueberry tau. Buah blueberry ini ditanam secara besar-besaran dan buah yang dihasilkan mempunyai kualiti yang terbaik dan mendapat sambutan yang tinggi di seluruh dunia. Buah ini juga bukan sahaja dijadikan makanan ringan malah boleh juga masukkan ke dalam pelbagai resipi seperti salad, makanan berpanggang, pencuci mulut dan smoothie.


Patutlah buah blueberries ini menjadi kegemaran ramai dan dikenali sebagai makanan super sihat kerana buah ini mempunyai pelbagai khasiat dalam diet seharian kita. Hasil kajian pun mengatakan bahawa buah blueberry mengandungi antioksidan yang tinggi. Menurut pakar pemakanan iaitu Georgen Thye berkongsi pelbagai fakta pemakanan blueberry dan kesihatan iaitu :


✔ Satu cawan (148g) bluberry memberi 25% daripada nilai vitamin C harian kita, 14.4 miligram vitamin C. - Membantu menyokong sistem tehanan badan.
✔ 1 cawan (148g) blueberry mengandungi 3.6g serat, bersamaan dengan 14% daripada keperluan serat harian kita. - Meningkan kadar lipid darah, mengatur glukosa darah dan membuat kita kenyang lebih lama serta membantu menurunkan berat badan.
✔ Kaya dengan antioksidan tertinggi dari semua buah dan sayur biasa. - Melindungi tubuh kita dari radikal bebas.
✔ Satu cawan (148g) blueberry menyumbang 36% daripada nilai Vitamin K harian kita, 28 mikromiligram vitamin K. - Meningkatkan penyerapan kalsium dan dapat mengurangkan kehilangan kalsium.

Ok jom tengok respi dan bahan-bahan Blueberries Swirl Mini Cheesecake. Kalau nak tengok resipi dari Mr. Georgen Thye pun boleh tapi ini cara mama sebab mama suka makan cheesecake mini macam ni mudah untuk masuk dalam mulut. Yang penting mama menggunakan buah blueberries Oregon & Washington.


RESIPI BLUEBERIES SWIRL MINI CHEESECAKE

Bahan-bahan : 

Jem 
• ¾ cup Blueberries Segar 
• ¼ cup Gula 
• 1 sudu besar jus lemon 
• 2 sudu kecil tepung jagung 
• 1 sudu besar air sejuk 

Crust 
• 6 keping biskut digestive 
• 2 sudu besar unsalted butter cair 
• 1 sudu besar gula 

Filling 
• 250gm cream cheese 
• ½ cup susu pekat 
• 1 biji telur
• 1 sudu kecil esen vanilla 
• 1 sudu kecil jus lemon

Cara-cara buat jem blueberries : 
1. Masukkan buah blueberries, gula dan jus lemon ke dalam pan. Masak dan kacau selama 5 minit atau sehingga buah menjadi lembut 
2. Kemudian satukan tepung jagung dengan air dan kacau sehingga sebati. Seterusnya masukkan ke dalam campuran blueberries tadi dan biarkan ia mendidih 
3. Setelah itu, kacau selama 2 minit atau sehingga campuran blueberries tadi menjadi sedikit pekat 
4. Siap dan ketepikan dalam suhu bilik. Kemudian kisar adunan campuran blueberries tadi sehingga hancur. 

Cara-cara buat crust : 
1. Hancurkan biskut digestive menggunakan blender kering sehingga biskut hancur. 
2. Kemudian masukkan butter yang cair dan gula ke dalam biskut dan gaul sehingga sebati 
3. Masukkan ke dalam bekas muffin dan tekan sehingga padat 
4. Setelah itu, bakar dalam air fryer dengan suhu 180’c selama 5 minit 

Cara-cara buat filling : 
1. Masukkan cream cheese dan susu pekat, putar sehingga sebati 
2. Kemudian masukkan esen vanilla dan telur dan putar lagi dan tidak perlu lama yer 
3. Akhir sekali masukkan jus lemon dan gaul kaup balik sahaja. 

Cara-cara buat Blueberries Swirl Mini Cheesecake : 
1. Masukkan filling cheese ke atas crust yang dimasukkan ke dalam bekas muffin. 
2. Kemudian tuang sedikit jem blueberries tadi ke atas cheese dan lorekkan ikut citarasa korang 
3. Bakar dalam air fryer dengan suhu 150’c dalam masa 20 minit 
4. Setelah siap simpan dalam peti sejuk sehingga 8 jam


Fuh walau banyak step tapi mama rasa ni lah mini cheesecake yang sedap dan senang nak buat. Kalau nak tengok macam mana mama buat Blueberries Swirl Mini Cheesecake boleh tengok video yang mama kongsikan di bawah ni. Anak-anak memang suka kalau mama buat mini cheesecake sebab seketul masuk mulut dorang. Hehehe.



Bagi yang nak mencuba pelbagai jenis resipi menggunakan Oregon & Washington Blueberries ini boleh tengok youtube yang mama kongsikan ni. Tengok gambar pun dah menyelerakan tu belum korang cuba buat lagi kan. 

Oregon & Washington Blueberries Layered Cheesecake

Oregon & Washington Blueberries Oatmeal Muffin

Oregon & Washington Blueberries Popsicle

Untuk maklumat lanjut mengenai Oregon & Washington Blueberries boleh layari :-

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Untuk baiki kerosakan iPhone, boleh ke https://chamo.my di Seri Kembangan. 

Untuk maklumat lanjut, berikut adalah details Chamo:  

Chamo
118-1, Jalan PUJ 3/2, Taman Puncak Jalil, 43300 Seri Kembangan, Selangor
Telefon : 017-282 8089

Love,
/>

You Might Also Like

1 Comments

Like us on Facebook