Product Review

Biskut PinPin Dari Upin Ipin | Khas Untuk Kanak-kanak Dengan Mainan Percuma

3:40 PM

Siapa tak kenal watak Upin Ipin malah semua kanak-kanak seluruh Malaysia kenal dengan watak animasi ini. Kalau ada jer kartun Upin Ipin di televisyen jangan haraplah mama dapat tukar channel lain. Memang kena tunggu sampai kartun Upin Ipin habis barulah mama dapat peluang tengok cerita mama. Bayangkan anak kecil 2 tahun menangis dan dengar jer "Hai Saya Upin dan ini adik saya Ipin" pun boleh berhenti nangis dan terus menonton kartun ni. Tengoklah pengaruh kartun lagi hebat dari pujukan mama dia. Hahaha. 


Untuk pengetahuan semua, Upin Ipin telah mengeluarkan Biskut PinPin semenjak awal tahun 2018 lagi dengan 6 variasi pilihan menarik khas untuk kanak-kanak. Ehhh bukan jer untuk kanak-kanak ni hahh mama papa pun telan sebab sedap. Paling mama suka design kotak dia sangat comel dengan warna yang menarik dan semestinya watak Upin Ipin pada permukaan kotak tersebut. Siap bebudak ni sayang nak buang lah. 


6 pilihan variasi Biskut PinPin adalah :-
  • Corn Snack With Chocolate Filling
  • Corn Snack With Strawberry Filling
  • Wafer With Vanilla Filling
  • Water With Chocolate Filling
  • Butter Flavor Biscuits
  • Chocolate Biscuits



Bagusnya Biskut PinPin ini kepada kanak-kanak dapat mengelakkan dari pengambilan jajan yang tidak sihat. Kesemuanya biskut PinPin ini tidak manis dan bentuk yang sangat comel memudahkan kanak-kanak kecil makan. Jadi takder lah tercekik ker apa yer tak. Dan yang paling penting biskut PinPin ini Halal tau. Yang lagi menarik setiap kotak Biskut PinPin ini dapat hadiah mainan puzzle percuma didalamnya. Apa lagi bertambah teruja la anak-anak mama nak buka kotak Biskut PinPin ni. 


Di belakang kotak Biskut PinPin ini menyediakan aktiviti untuk kanak-kanak seperti sifir matematik, mencari perkataan sembunyi dan lain-lain lagi. Jadi sambil anak-anak menikmati biskut ini dia orang dapat membuat aktiviti menarik dan santai juga. 


Setiap pembelian Biskut PinPin ini akan dapat mainan puzzle percuma didalamnya. Sangat menarik puzzle ni kerana boleh menguji daya kreativiti anak-anak. Cuma untuk kanak-kanak bawah 3 tahun tidak digalakkan takut pula budak besar tu masukkan puzzle yang kecil ke dalam mulut. Tapi mama suka permainan puzzle ni memang berkualiti dan comel. Bagi pengumpul mainan puzzle begini bolehlah dapatkan Biskut PinPin ini tau. 


Bagi yang ingin membeli Biskut PinPin ini boleh dapatkan di beberapa pasaraya terpilih seperti Mydin, BHP Petrol, KK Mart, 7 Eleven dan sebagainya. Boleh juga dapatkan di website Upin Ipin Store www.upinipinstore.com

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook