Review | MAMAWAY Baby Ring Sling

10:48 AM

Setiap kali ada new baby jer mama mesti nak cari gadget untuk wearing baby. Kali ni hampir 5 tahun baru nak ada baby baru so kena la cari dan beli semuanya baru. Huhuhu. Antara benda wajib kena ada adalah ring sling. Bagi mama ring sling sangat wajib kena ada setiap ibu sebab memudahkan kita as mak-mak nak guna pergi klinik or kegunaan dekat rumah. Maybe setengah ibu suka tolak stroller baby tapi bagi mama ring sling lagi mudah guna masa pergi ke klinik.


Macam mama ring sling ni senang nak pakai masa dari baby newborn lagi. So sangat mudahkan mama bergerak dan mama boleh hand free. Yer lah tambah pergi klinik dengan crowded orang lepas tu dengan nak tolak stroller rasa macam bersesak dengan orang sangat tak seronok. Jadinya pakai jer baby dalam ring sling ni dan baby melekat jer dekat dada mama. Tangan pun boleh la nak pegang buku baby ker, nak pegang bag or phone dengan mudah. Jadinya mama pilih Mamaway Baby Ring Sling untuk baby kali ni. 



Menariknya Mamaway Baby Ring Sling ni kainnya diperbuat dari kain cotton yang berkualiti tinggi. So kain cotton permium ini bersifat breathable dan absorbent yang lembut dan selamat pada kulit baby. Selain itu, Mamaway Baby Ring Sling ini boleh carry up to 50kg beban berat. Kira sesuai dari newborn hingaa toddler. Dari segi material double rings ini tak akan terpusing, terbengkok, meregang atau berubah bentuk jadi sangat selamat digunakan.


Antara kelebihan menggunakan Mamaway Baby Ring Sling ini seperti :
  • Less Crying and Sleep-Inducing
Baby akan kurang menangis dan lebih mudah tidur di dalam Mamaway Baby Ring Sling ni sebab baby rasa lebih selamat apabila dipeluk dan dikendong dekat dada mama dan baby akan dengar heartbeat. 
  • Skin-to-skin contact
Dapat bonding mama dengan baby masa kendong dan buatkan baby lebih tenang ketika pakai baby ring sling.
  • Nursing Cover
Boleh juga dijadikan nursing cover dimana kain ring sling yang panjang itu dijadikan sebagai pelindung ketika menyusu baby di public area dan boleh juga breastfeed sambil carry baby juga tau.
  • Travel Light
Senang nak dibawa kemana-mana coz Mamaway Baby Ring Sling boleh lipat dan boleh letak dalam handbag dengan mudah. 
  • One for all
Mamaway Baby Ring Sling ni sangat jimat coz one size sahaja untuk fits seluruh family. Yang best tak perlu ukur pun so sesiapa saja boleh pakai kalau kendong baby dengan mudah.


Selain kain ring sling yang panjang dijadikan nursing cover, boleh juga kain tersebut dijadikan support leher baby agar baby lebih selesa dan tidur lebih lama. Kadang tu bukan jer mama guna ring sling masa pergi klinik malah time mama masak atau buat kerja rumah pun mama pakai tau. 

Ramai yang tanya selamat ker untuk kendong baby ni? So far Mamaway Baby Ring Sling ni memang selamat kerana telah mendapat kelulusan dari International Hip Dysplasia Institude (IHDI) sebagai "hip-healthy" product. Ring sling direka khas berdasarkan teori Spread Squat Position (M&J) yang fokus dan memberi manfaat terbaik bagi perkembangan pinggul serta kaki semulajadi baby. Terdapat 2 jenis posisi yang ditekankan untuk kita as ibu pastikan keadaannya betul dan baik. Posisi tersebut adalah keadaan M dan J position. 


Disebabkan mama guna ring sling for newborn so mama share video tutorial cara pakai di atas ok. 


Menarikkan Mamaway Baby Ring Sling ni. So mama recommended ring sling dari Mamaway ni sebab keselesaan, memudahkan dan sangat selamat untuk digunakan kendong baby kita. Bukan sahaja boleh digunakan dari newborn malah sehingga toddler pun boleh pakai. Sangat jimat poket orang kata. Bagi ibu-ibu yang nak dapatkan Mamaway Baby Ring Sling ini boleh dapatkan di website Mamaway. Oh ya bagi pembelian Mamaway Baby Ring Sling di website jangan lupa masukkan promo code [MAMABLOG-JUE] semasa check out ok dan korang boleh dapatkan potongan RM15 atas pembelian RM150 ke atas.

Untuk maklumat lanjut boleh layari :

Untuk pembelian Baby Ring Sling : https://bit.ly/3kZhf4I

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook