Himalaya Bonnisan : Dapat Tingkatkan Selera Makan Anak-anak

5:45 PM

Kalau korang perasan anak-anak kita yang jenis berat badan tak naik, makan memilih tu adalah salah satu faktor selera makan anak-anak kita tak seimbang. Yer lah kalau nasi, lauk dan sayur tak nak makan tapi suka sangat makan fast food pun tak elok juga. So kita sebagai ibu kita kena cuba cari alternatif supplement nak bagi anak-anak naikkan selera makan mereka. At least Qeisya makan sehari 2 kali pun dah cukup mengembirakan hati mama. 


Sebelum beli mama banyak baca review mengenai suplemen untuk tambah selera makan anak-anak. Banyak jenama juga tapi mama memilih Himalaya Bonnisan. Ramai pula yang bagi review menarik dan yang penting produk ni selamat. Himalaya Bonnisan adalah supplement berbentuk cecair yang selamat dengan mempunyai kelulusan dari KKM dan 100% Halal. Antara bahan-bahan yang terkandung dalam Bonnisan ini bebas daripada alkohol, klorofom, opium, sedative dan sodium bicabonate. So memang selamat la untuk kanak-kanak dan Bonnisan ni adalah dari bahan semulajadi iaitu dari ekstrak tumbuh-tumbuhan.


Antara kebaikkan dan kelebihan Himalaya Bonnisan ini seperti :
  1. Memastikan pencernaan yang betul, penyerapan dan asimilasi makanan
  2. Mengurangkan kolik, kembung perut dan senak
  3. Membantu pernambahan berat badan
  4. Memastikan pertumbuhan gigi sihat
  5. Meningkatkan pertumbuhan yang sihat dan menjamin kesejahteraan kesihatan

Sebelum bagi dekat anak mama Qeisya, mama rasa la dulu supplemen ni. Rasa dia macam mint skit ala mcm gripe water jenama luar tu. Kira boleh la minum tanpa rasa tutup hidung agitu. 

Cara pengambilan Himalaya Bonnisan :
  • Untuk kanak-kanak berumur 1 tahun : 2 sudu teh
  • Untuk kanak-kanak berumur 2 tahun : 2 hingga 3 sudu teh (3 hingga 4 kali sehari)
Goncang dahulu sebelum digunakan. Boleh diambil selepas makan dan tak perlu simpan Bonnisan ini dalam peti ais selepas dibuka.


Selepas seminggu Qeisya minum Himalaya Bonnisan ni memang nampak perubahan dia. Sikit-sikit dia nak makan. Yang teruja tu dia makan habis sepinggan nasi tu mama cukup kagum. Kalau tak susah sungguh nak habis. Kadang tu jenuh pujuk kejar dia nak suap bagi habis. Nampak keberkesanan Himalaya Bonnisan ni memang pantas tapi make sure kena la konsisten minum setiap hari. InsyaAllah bertambah selera anak-anak kita nanti. Cubalah mana tau serasi kan.

Oh ya satu lagi kelebihan Himalaya Bonnisan ni bukan sahaja untuk kanak-kanak jer tau. Hahh untuk golongan dewasa macam warga emas yang kurang selera makan pun boleh amalakan Bonnisan ni. Memang sangat membantu untuk tingkatkan selera makan bagi warga emas yang susah nak makan tu. 


Bagi yang mak-mak ada masalah anak susah nak makan tu, apa kata boleh cuba Himalaya Bonnisan. Mana la tau serasikan. Hehehe kita kena ikhtiar tau nak bagi anak makan. Mungkin setiap kesannya berbeza bagi setiap kanak-kanak. Kalau yang serasi tu alhamdulillah. Harga pun tak mahal 

Nak dapatkan Himalaya Bonnisan ni boleh dapatkan di butik Himalaya seluruh Malaysia. Kalau nak beli secara online boleh layari laman sosial Himalaya Malaysia :

Instagram : @himalayamalaysia

Love,
/>

You Might Also Like

2 Comments

  1. anak sulung dengan last yang kena makan bonnisan ni. payah nak suruh makan. anak lain, tak suruh pun nak makan

    ReplyDelete
  2. Tengok anak-anak semangat nak makan, barulah lega hati mak-mak kan...

    ReplyDelete

Like us on Facebook