Datuk K Cemburu Dengan Datuk Wira Dr Azizan Osman

2:54 AM


Datuk K merakamkan penghargaan buat Datuk Wira Dr Azizan Osman baru-baru ini. Pada majlis makan malam tersebut, Datuk K telah meluahkan beberapa perasaan kepada Datuk Wira Dr Azizan Osman. 


Selain berterima kasih atas sebab didikan yang diberikan kepada anaknya, iaitu Asyraf. Datuk K juga menyedari akan kekuatan Datuk Wira Dr Azizan Osman dan melihat kejayaan RichWorks sangat menakjubkan. Ini adalah kerana sikap yang ditunjukkan oleh Datuk Wira Dr Azizan Osman sendiri.


Tonton Video Datuk K Menzahirkan Penghargaan Buat Datuk Wira Dr Azizan Osman di sini


Masukkan konten posting di bawah ke dalam artikel guna kaedah embed code  


https://t.me/AzizanOsmanOfficial/14864



Cemburu Dengan Datuk Wira


Dalam ucapan Datuk K, beliau berterus terang mengatakan bahawa beliau amat cemburu dan kagum dengan kebolehan yang dimiliki Azizan Osman dalam melahirkan ramai usahawan jutawan. 


Cemburu yang dimaksudkan adalah beliau kagum akan kebolehan Datuk Wira, jika beliau sendiri pun tidak mampu lakukan seperti Datuk Wira. Perkara yang membuatkan ramai kagum dan cemburu dengan Datuk Wira adalah Datuk Wira dapat melahirkan usahawan jutawan. 

Anak tiri Datuk Siti NurHaliza ini telah mencapai kejayaan demi kejayaan atas usaha mereka dan dibimbing oleh mentor mereka. Perjalanan yang masih jauh ini tetap perlu diteruskan. Usahawan tidak boleh mengalah!



“Saya pun cemburu dan kagum dengan Azizan, kerana ada kebolehan membina ramai jutawan yang mana saya tak boleh buat.”


“Bayangkan jutawan yang Azizan bimbing ini, boleh mengingati Tuhan, beribadah, bersedekah daripada hasil kejayaan mereka, saya percaya sebahagian pahala akan dapat kepada beliau kembali kerana hasil bimbingan, didikan dan tunjuk ajarnya. “


“Azizan memimpin tangan mereka semua, tunjuk mereka mana longkang, mana tempat nak kena langkah, mana tempat nak kena lompat, awak semua (rakan usahawan jutawan) sangat beruntung. Saya tak dapat ini semua ketika seusia anda dan masa memulakan perniagaan,” 


Nak Berjaya Cepat Atau Lambat? Cepat Buat Apa Yang Orang Berjaya Lakukan


Tidak semua sempurna. Pada zaman dahulu memang tidak ada mentor perniagaan. Datuk K amat menyokong segala yang diusahakan dan cemburunya beliau kepada Datuk Wira ini amat besar.


Kita dapat lihat bagaimana cara Datuk Wira Dr Azizan Osman membimbing para usahawan. Siapa sangka mereka sering beri yang terbaik dan bersungguh-sungguh. 


Jika ada kata-kata negatif dari luar berkaitan program bimbingan Richworks, abaikan dan tutup saja telinga. RichWorks International Sdn Bhd telah melahirkan ramai usahawan jutawan yang berjaya. 



Masukkan konten posting di bawah ke dalam artikel guna kaedah embed code  


https://www.instagram.com/tv/CaTHGtKBqiu/?utm_medium=copy_link


Asyraf Beri Respon - Bimbingan Datuk Wira Dr Azizan Osman



"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada bapa yang membesarkan saya sebegini, sentiasa beri bimbingan, tak berikan saya kesenangan dan sentiasa percaya meskipun banyak kegagalan dalam hidup. Saya ambil kegagalan itu sebagai pengajaran dan terima kasih kepada Mentor yang dapat mengeluarkan potensi yang ada dalam diri ini.” Ujar Asyraf


Dari sudut diri Asyraf sendiri, Asyraf sangat gembira mempunyai mentor Datuk Wira Dr Azizan Osman. Beliau adalah mentor terbaik dan yang paling berjaya. Dengan pelajari setiap aspek kehidupan termasuk tentang hubungan sesama manusia dan tuhan, Azizan memberi nilai yang sangat tinggi buat mereka.


Sama seperti rakan kumpulan kelas RichWorks yang lain. Dengan nilai yang diajarkan RichWorks, mereka turut mencontohi untuk menjadi lebih baik lagi. Sebagai contoh, pelajar usahawan berjaya akan sentiasa bersedia dan suka berkongsi ilmu.


"Mereka meskipun sudah mencapai kejayaan pada satu tahap yang baik dengan jualan jutaan ringgit masih rendah diri, tidak lokek berkongsi ilmu dan perkara betul dilakukan," ujarnya. 


Setiap Kejayaan Buat Asyraf Lebih Tekad



Seperti Datuk K yang mencemburui Datuk Wira Dr Azizan Osman, Asyraf sangat ingin dibimbing dan berjaya. Sebelum ini, beliau melakukan perniagaan dan mendapat bimbingan dalam masa 3 tahun sahaja sudah berjaya capai jutaan jualan. Datuk Wira yakin Asyraf akan lebih berjaya lebih lagi. 


Tidak lagi harapan yang diletakkan bapanya kepadanya. Datuk K pula sangat gembira dengan pencapaian Asyraf dan akhirnya Datuk K mengetahui akan sebab seseorang itu akan berusaha bersungguh-sungguh. Kerana Big Why mereka.


"Membuat beliau bangga dengan saya merupakan 'big why' selama ini. 


"Alhamdulillah, semuanya berubah bila bertemu dengan Mentor saya yang betul-betul ubah bisnes Mutyara, malah hidup dan memberikan saya banyak perspektif lebih baik," katanya dalam hantaran itu yang telah ditonton hampir 15,000 orang dalam tempoh beberapa jam saja. 


Dulu Asyraf adalah seorang budak nakal dan selalu mengecewakan bapanya serta tidak pernah rasa dirinya berjaya. Kini, Asyraf sangat berkaliber dan dikenali ramai. 


Pesan Datuk K Untuk Usahawan 


Akhir sekali, sekiranya ada rakan usahawan yang baru sahaja berada di tahap bisnes bermula, jangan ego. Tidak salah berkongsi ilmu, jadi seorang usahawan yang suka beri manfaat dan bantu orang lain. 


Bagi rakan yang sudah mempunyai bisnes dan ingin meledakkan sales anda, banyak platform boleh dijadikan pilihan medium utama. Sekiranya tidak tahu apa perlu dibuat dalam bisnes, jangan diam. Cepat-cepat perlu tanya circle usahawan anda.


“Jangan lupa masyarakat lain, di luar sana ada juga orang yang tak berjaya seperti kita, jangan terlalu berbangga dan ego, tapi 'be humble, more humble and more humble', ajar mereka untuk capai kejayaan,” ujar Datuk K.


Semoga perkongsian ini memberi sinar baru untuk anda semua.



/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook