Pengalaman Mengandung & Bersalin Anak No 4

2:31 PM

Assalamualaikum semua follower. ehh ada ker yang follow MamaJue ni kan..

Dah lama mama tak coret dekat blog ni. Selama setahun macam-macam dugaan yang terjadi kat diri ni. Allah.. Kadang tu rasa tak mampu aku nak lalui tapi setiap apa yang berlaku ni semua Allah dah atur. Kita sebagai hambaNya hanya ikut saja. Tapi tu lah bukan kita minta semua ni terjadi. 


Mungkin ramai yang tahu yang mama dah bercerai dulu. Dan kemudian bertemu jodoh untuk kali ke 2. Yer benda ni bukan kita minta dan kalau boleh tak nak benda ni terjadi. Betul la orang kata ketentuan, jodoh, ajal, maut semuanya kerja Allah. Inilah salah satu dugaan buat mama. Yer mama sendiri pun tak sangka tapi benda dah terjadi so mama terpaksa hadapi dengan dugaan ini.

Berbalik kepada tajuk entri tu yer. Selepas bercerai tu tok, wan & mama sangat risau. Yer lah mama dah sorang-sorang dan anak-anak dekat ex husband. Setahun yang lepas tu seseorang dah bukakan pintu hati ni untuk berkahwin semula. Maybe jodoh kan. Kita cuba nak elak pun kalau Allah dah kata tu jodoh hang, kita cuba lari pun tak boleh. Alhamdulillah Allah atur kami dengan baik dan Allah permudahkan urusan nikah kami dengan sempurna walau time tu tengah PKP. 

Akad nikah on my birthday

Selepas kawin mama dah tak menetap di Bangi lagi dan mama berpindah ke Ampang. Yeah kali ni dekat dengan kakak sulung dan jauh skit dari anak-anak. Tapi aku kena fikir positif anak-anak ada dengan papa depa dan bukan orang lain. Macam sebelum ni memang agak stress tapi aku tau ini takdir Allah yang bagi dekat aku. Aku sebagai hambaNya aku kena lalui.

Scan 5D sponsor by Mysonoworld. 

Alhamdulillah selepas sebulan kawin aku mengandung. Tapi dugaan orang kawin maybe setiap orang tak sama. Ada yang bahagia ada yang berduka. Aku totally agak down kot dan aku malas nak cerita bab tu. So selama 9 bulan aku mengandung memang banyak dugaan dari segi mental dan kesihatan. Kali ni aku sampai depression dan kemudian doctor diagnose aku "Major Depression Disorder" sampaikan aku kena makan ubat Sertraline untuk bagi aku tenang. Fuhhh mencabar juga la mengandung kali ni sampai aku ada diabetis time pregnant. Dah satu pasal kena makan ubat metformin dan juga cucuk insulin. Ya ampun dugaan apakah kali ni. 

Ubat Sertraline yang aku ngelat nak makan

Insulin. jarum tu halus je tapi sakit jugak

Kalau dah ada diabetis on pregnant ni mula lah risau takut baby besar. Pregnant kali ni agak down dari emosi sampaikan aku tak lalu makan. Berat badan pun tak naik huhuhu. Aku cuba untuk happykan diri cuba untuk tak fikir masalah tapi aku hanya manusia dan orang hanya tahu cakap sabar sabar dan sabar. Hakikatnya aku yang lalui semua ni. Bab masalah tapayah cakap lah macam-macam dugaan sampai masuk hospital la. Bab nak bunuh diri tu hmmm tu malas nak cakap la.

Walau aku sarat mengandung aku still ambik job blogger dan juga attend event. Ntah la kekuatan mana aku dapat dan aku still kemurungan sampai rasa takder mood nak settlekan semua task. Tapi demi kewangan aku kena bangkit dan kena buat juga. Sapa nak bagi aku duit kan. Diri sendiri kena kuat. Dalam 9 bulan aku prepare barang-barang baby semua sorang-sorang. Mesti tertanya-tanya kenapa kan. Aku tak nak cerita bab ni. Biarlah ada sesetengah orang sahaja yang tau apa masalahnya. 

Bukti pi event walau dah sarat tp mana perut tak nampak hahaha

Ingat lagi last aku kena check up 14 December 2021, coz 24 December tu aku dah kena serah diri ke HKL sebab aku kena bersalin dalam 38 weeks. Hehehe sebab aku kan ada GDM on insulin so tak leh buat apa lah memang kena paksa beranak. Tapi masa aku pi check up tu nurse yang check aku dah rasa aku ada contraction dalam 5 minit macam tu tapi memang aku tak sakit pun. Aku steady drive ke sana kemari lagi. Ehhh memang selama ni aku pi check pun alone jer. Pi mana-mana pun alone jer. Masa tu urine aku sangkut sebabnya air kencing kotor. Dah sepasal kena cucuk masuk air pulak dan time tu doc check laluan dah 2cm yer. Tak pepasal petang tu aku dah kena neno neno neno naik ambulance pergi ke Hospital Ampang. Aduiiii tak pepasal aku kena tinggal kereta dekat klinik. Yang sakit hati aku baru plan dengan Sally nak pi makan nasi kandar la minum air starbucks la dan semuanya cancel!!

Pestime naik neno neno ni weh

apa benda alah ni lupa nama dia yang aku tau aku panggil gedebuk gedebak hahaha

Sampai kat Hospital tu macam-macam la prosedur kena buat RTK nak check covid negative baru masuk emergency. Ishhh padahal aku tak sakit pun tapi doc & nurse Klinik Ampang dah risau. Aku pun ikut jer la yang mana baik tapi aku tetap tak nak beranak lagi. Sebab banyak lagi task keje aku belum siap. So lepas check gedebuk gedebak kat perut tu apa benda ntah nama dia aku pun dah lupa contraction tak kuat pun lagi. So aku rayu kat doc nak balik dulu dan kalau rasa sakit baru aku pi hospital balik. Hehehe. Alasan sebab aku tak nak beranak sama dekat hospital Ampang tu.

Muka happy leh balik hahaha ketegaq betui la mama ni

16 December pagi tu aku teman husband pi Jabatan Perhilitan Cheras. Coz dia nak apply lesen burung dia. Lepas tu tengahari aku dah plan nak keluar dengan kakak aku pi Ikea la.. nak pi decathlon la. nak pi tengok wayang spiderman la. Hehehe gigih yer. Actually masa ni aku dah start rasa contraction tapi aku still relax sebab nak jalan aku cuba buat tak layan sakit tu. Tapi tibeh dah turun darah pulak. Adehhh.. kakak aku suruh pi hospital terus. kang pi Ikea tak pepasal terberanak kat Ikea. hahahha jebon la. 

Sampai Emergency O&G

Baper banyak la cucuk menatang ni sakit tau tak!

Kisah masuk ke HKL tu check laluan dah 4cm guys dan aku takder sakit pun. Huhuhu so kena masuk warded la kesahnya. Hmm dah nak beranak kat hospital time covid ni punya la payah yer. Macam biasa kena RTK lagi adehh baper kali kena rodok hidung ni oihh. Stress betul. So nurse masukkan ubat antibiotik amenda ntah tapi aku rasa tu bukan antibiotik la tapi ubat nak bagi aku bersalin kot. Masa ni ada la rasa sakit-sakit tapi aku leh chill leh relax leh buat peace lagi hahaha. 

Nampak leh buah peace lagi leh post ke social media lagi kahkahkah

Dari tengahari sampai ke malam aku dekat emergency still tak dapat naik ke ward lagi. Selepas result RTK dapat baru la dapat naik ward tu pun dekat pukul 10 malam. Sampai kat ward aku terus mandi sebab dah belengaih tak mandi dengan muka mekap bagai. Hahaha so malam tu bukan boleh tido tapi aku siap bersembang-sembang dengan katil orang sebelah. Tapi time tu aku start rasa contraction kejap sakit kejap hilang tapi tak kuat. Still aku boleh msg kakak aku lagi. Dia dah cuak risau aku nak beranak. hahaha. 

Dah tukar baju rasmi. nampak muka cun2 nak pi jalan sekali masuk hospital apooo

Dalam pukul 1 lebih nurse datang check dia rasa contraction dah kuat sebab 5 minit aku rasa tapi tak sakit kuat pun. Yang aku tau aku rasa nak berak tapi tak boleh. Aduii nak berak pun nurse tak bagi. Hahaha. Aku boleh gelak-gelak dengan nurse lagi ngeee cuma nurse risau satgi aku terberanak dalam ward hahaha haruuuu. So doc check laluan dah 5cm terus nurse booking Labour Room. Hukkk eehh dah nak beranak ker aduh aku plak cuak sebab sakit beranak tu memang sakit ya ampun!!. Dalam kul 2.30 pagi kena tolak pi masuk LR jugek. yang part sedihnya kali ni aku bersalin sorang-sorang tanpa suami teman. Allah sedihnya kan sebab dah tak sempat suami masuk coz dia kena buat RTK dekat luar. 

Sampai kat LR dalam kul 3 pagi macam tu, aku dah macam-macam baca doa yer. Masa ni aku serah diri kat doctor & nurse biar la dorang buat yang terbaik kat aku. Sakit jangan cakap time tu sakit 5 minit pehtu hilang sakit pehtu sakit balik fuhhhh. Siap aku usap2 perut bagitau baby kita beranak cepat2 yer mama sorang2 je ni kesian kat mama yer. Yang part doc nak check laluan tapi time tu la mengeraih aduii sampai aku cakap jap jap doctor baby tengah mengeraih. Hahaha. lepas hilang mengeraih tu baru aku cakap ok dah boleh check. Hehehe. 

Ya ampun muka lepas bersalin dah serupa mak lampir hahaha

Dalam masa 1 jam tu check punya check baru 6cm. Erkk lambat progress pulak yer sakit tu ok under control dan tak la sakit macam beranak sebelum-sebelum ni. Fuhh jangan cakap la rupa muka aku dengan pkai mask lagi. perghhh peluh bercerau, aircond dah tak rasa! Jam time tu dalam pukul 4 pagi doc check bagitau servik aku masih tebal dan doc nak pecahkan ketuban. Lepas 4.05 minit doc pecah ketuban tu ya ampun abis basah baju dekat atas katil LR tu. Masa ni nurse nak tukar baju dan pelapik atas katil tu. tapiiiiiii time tu aku dah sakit nak meneran dah. Nurse cakap belum lagi sebab time tu baru 6cm. So nurse cakap cuba awak nak meneran kalau rasa nak meneran. Sekali doc dan nurse dah kelam kabut kata dah nampak kepala. Hahhh dengan set apa depa pun tak prepare lagi oihh. Hahaha giler time ni memang kelam kabut ya. Teran punya teran 4.15 pagi aku bersalin baby perempuan. Dalam masa 10 minit jer weh tapi memang cepat giler dari 6cm tibeh ke 10cm hahaha hampa bayangkan macam mana.

Alhamdulillah keluar seketul baby girl berat 2.5kg dalam 4.15 pagi

Memang Allah permudahkan sangat-sangat aku bersalin kali ni. Mudah, cepat dan tak sakit sangat. Terima kasih Allah. dalam kul 5 lebih aku naik ward tapi baby pulak ke NICU sebab aku kan ada GDM on insulin. yang pasti baby aku tak besar yang dijangka yer. Berat baby dalam 2.5kg je weh. Alhamdulillah sangat. So 1 malam aku stay kat ward kemudian aku discharge. Nak sambung cerita dalam pantang ker? Tapayah lah biar la jadi sejarah dalam hidup aku dan ia satu kenangan pahit yang aku cuba untuk lupakan. kalau la ada ubat untuk hilang ingatan aku dah lama aku telan yer. Aku cuma minta korang doakan aku kuat tu jer. 

Finally mama dapat jumpa baby. aloooo omey

Love,
/>

You Might Also Like

5 Comments

  1. Sedih baca kisah ko Jue.. apa-apa pun ko kena kuat demi anak-anak.. walau dah biasa dengan semua masaalah, tapi esok akan datang, kita tau apa lagi Allah nak uji kan, so kuatkan kekuatan ko selagi boleh.. moga Allah beri kebahagiaan buat Mama Jue..

    ReplyDelete
  2. Seronok baca pengalaman akak bersalin. Moga dipermudahkan urusan dan dilimpahkan rezeki selalu ye kak

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, tahniah...stay strong, stay safe..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah disebalik ujian yang kena hadap tu, Allah mudahkan Jue masa bersalin.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah k.jue selamat bersalin.. take care k.jue.. semoga segala urusan k.jue dipermudahkan.. semoga segala kesulitan k.jue berakhir dengan secepatnya ameeenn

    ReplyDelete

Like us on Facebook