AEON Mall X Bananabro | Pecah Rekod Penyertaan Paling Ramai Untuk Sesi Makan Nasi Daun Pisang

10:40 PM

AEON Mall sinonim pasaraya yang sangat terkenal di Malaysia dengan mempunyai banyak cawangan yang menjadikan tarikan kepada pengunjung untuk membeli barang disini. Baru-baru ini AEON Mall telah berkolaborasi bersama Bananabro yang telah berjaya mencatatkan rekod di dalam Malaysia Book of Records apabila majlis Jom Makan yang diadakan di AEON Mall Rawang berjaya merekodkan penyertaan seramai 1396 orang, sekaligus mencipta rekod Penyertaan Paling Ramai untuk sesi Makan Nasi Daun Pisang.



Majlis cukup santai ini turut diserikan dengan persembahan tarian bersempena sambutan Deepavali yang bakal tiba. Satu persembahan budaya yang cukup menarik dan menghiburkan. Dengan hanya makanan sahaja boleh dapat merapatkan silaturahim sesama kaum tidak kira di mana sahaja. 


Ini merupakan pertama kali AEON berkolaborasi bersama restoran makanan daun pisang yang semakin popular iaitu Bananabro untuk acara yang cukup istimewa. Tidak kira bangsa melayu, india dan cina sama-sama makan nasi daun pisang ramai-ramai di pusat membeli belah AEON. Nah! Sememangnya makanan boleh merapatkan silaturrahim dalam satu majlis ukhwah yang cukup istimewa.



Lagi sekali, sekalung tahniah buat AEON Mall kerana berjaya menjalankan aktiviti yang merapatkan ukhuwah rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Semoga akan ada banyak lagi aktiviti seperti ini dirangka pada masa hadapan.


Love,

/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook