Survey Taska & Tadika Terbaik Untuk Qeisya Di Anak Pintar Centre

5:01 PM

Tahun depan anak mama Qeisya dah masuk 5 tahun. So inilah masanya mama sedang buat survey mencari tadika yang terbaik dan harga berbaloi untuk dia. Semestinya sebagai seorang ibu mahukan pendidikan dan juga tempat yang selamat bagi Qeisya belajar selama 2 tahun nanti. Baru-baru ini mama diperkenalkan dengan Anak Pintar Centre. Pasti ada yang belum pernah dengarkan tadika ini. Ok jom mama cerita lebih lanjut mengenai Anak Pintar Centre. 



Taska Anak Pintar merupakan sebuah institusi kecil yang ditubuhkan pada bulan Jun 2003. Pada peringkat awal operasi, terdapat pelajar seramai 40 orang dan mempunyai 6 orang kakitangan yang terlibat. Hasil sokongan dan usaha murni untuk memajukan perniagaan ini syarikat kini telah beroperasi selama hampir 15 tahun 2017/18 dan mempunyai 500 orang murid dan kakitangan seramai 47 orang. Terdapat 10 cawangan yang strategik, sekitar negeri Melaka, Nilai dan juga Kajang Selangor. Taska dan Pusat Jagaan juga mendapat sokongan yang cukup baik daripada ibubapa sejajar dengan misi Taska dan Pusat Jagaan ini yang ingin memberikan perkhidmatan yang terbaik, membentuk kanak-kanak yang holistic dan seimbang, mempunyai akhlak dan sahsiah yang mulia, berintelektual tinggi, mahir berkomunikasi dalam bahasa Melayu dan English, bijak bergaul, sihat jasmani dan suci rohani.

Antara objektif Anak Pintar Centre ini diwujudkan adalah menyediakan kemudahan dan perkhidmatan pengasuhan kanak-kanak dalam suasana yang selamat, ceria dan selesa.
  • Menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu 
  • Menyediakan makanan seimbang dan berkhasiat bagi membantu pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak serta mengamalkan gaya hidup sihat. 
  • Menerapkan nilai-nilai murni supaya kanak-kanak dapat menghayati dan mengamalkannya sejak kecil
  • Menggalakkan kecerdasan dan kemahiran fizikal serta amalan kesihatan, kebersihan dan keselamatan yang baik melalui aktiviti fizikal.

Menariknya taska di tempat kerja sektor awam ini diterjemahkan kepada Taska Anak Pintar adalah sebuah taska yang di yakini berdasarkan sepanjang 15 tahun dan beroperasi hampir 90% di semua agensi kerajaan. Anak Pintar Centre ini diberi kepercayaan bagi melaksanakan serta menyediakan perkhidmatan kepada kakitangan agendi khususnya dengan harga berpatutan dan pada masa yang sama menyediakan ruang yang kondusif untuk kanak-kanak. Malah ia juga dapat menyakinkan ibu bapa menghantar anak mereka ke sini dan diperakui oleh JKM.

Pelbagai program yang disediakan di Anak Pintar Centre ini mempunyai silibus serta berdasarkan KSPK - Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (Tadika). Manakala program KBAT untuk sekolah rendah dan juga sekolah menengah. Bagi kualiti pendidikan yang disampaikan kepada anak-anak di sini terjamin kerana guru disini telah mendapat kelulusan dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak. Jadi mereka sudah terlatih dan program untuk anak-anak teroka dengan gaya pembelajaran yang menarik, mudah dan berkesan.



Kadar yuran yang sangat flexible dan berpatutan sekitar RM450.00 seorang mama rasa harga yang dikenakan cukup berbaloi dengan kemudahan yang disediakan di Anak Pintar Centre. Umur yang sesuai untuk dihantar ke taska dan tadika ini bermula dari umur 3 bulan sehingga 6 tahun. Antaranya seperti ruangan yang bersih, ceria dan lengkap dengan keselamatan CCTV agar anak-anak kita disini selamat dibawah penjagaan mereka.


Dengan pembelajaran yang menarik di Anak Pintar Centre ini mereka diberi pembelajaran dari kecerdasan hati yang memberi kesan terus kepada kebijaksanaan yang lain seperti intelektual, sosioemosi, kerohanian, fizikal dan daya juang. Jadi diantaranya mereka dapat belajar pelbagai aktiviti dan menjadi anak pintar seperti Chef Cilik, Karnival Usahawan, Islamik, Hafazan, Haji Cilik, Renang, Memanah, Menunggang Kuda Kerjaya Impian, Keselamatan, Lawatan Pendidikan, Kesihatan, Persekitaran Hijau, Kitar Semula, program bersama agensi-agensi kerajaan dan banyak lagi. Kesemua aktiviti yang ada ini sangat terbaik untuk kanak-kanak menerokainya.

Di Anak Pintar Centre ini juga terdapat transit kanak-kanak yang mengasingkan bangunan antara lelaki dan perempuan dalam 1 kawasan yang sama. Jadi ia sangat fleksible dan mudah menguruskan anak-anak yang transit di sini. Manakala yuran transit kanak-kanak pula adalah RM250 seorang dengan pakej transport ke sekolah agamanya pula. Mama rasa ibu bapa tidak perlu risau tentang ini dan ianya sangat berbaloi dan memudahkan ibu bapa.


Anak Pintar Centre ini beroperasi sekitar bangunan Kerajaan yang berhampiran dengan tempat kerja kakitangan. Antara Anak Pintar Centre yang berada di bangunan hospital seperti :-
  1. Hospital Permai Kempas, Johor
  2. Hospital Besar Segamat
  3. Hospital Besar Melaka
  4. Hospital Tuanku Ampuan Najihah Kuala Pilah
  5. Hospital Tuanku Jaafar, Seremban
Selain daripada hospital turut terdapat di bangunan kerajaan yang lain iaitu :-
  • USIM Nilai
  • UNITEN Kajang
  • Kompleks Kementerian Dalam Negeri Damansara
  • Institut Koperasi Malaysia Petaling Jaya
  • Taman Sinar Harapan Kuala Kubu Bharu
  • Menara LHDN Melaka
  • Kompleks PKNM Melaka
  • Masjid Al-Azim Melaka
  • UITM Lendu Melaka
  • Pejabat Tanah Dan Galian Melaka

Antara komen-komen ibu bapa di facebook Anak Pintar Centre semuanya recommended dengan Anak Pintar Centre ini. Manakala maklum balas pelanggan iaitu Dr Hasni Bt Zainuddin merupakan seorang Ahli Perubatan di Hospital Melaka menyatakan beliau cukup berpuas hati dengan Anak Pintar Centre kerana harga taska dan tadika paling murah dari tempat yang lain. Dengan kemudahan ruang bayi, CCTV yang banyak dapat memantau anak-anak agar mereka selamat. Selain itu, taska berdekatan dengan tempat kerja dan beliau tidak perlu risau keselamatan anaknya.


Dengan pemilihan taska dan tadika yang terbaik, murah dan berdekatan dengan tempat kerja sangat memudahkan ibu bapa untuk bekerja dengan tenang. Jadi ibu bapa tidak perlu risau tentang keselamatan anak-anak yang mengikuti pembelajaran disini malah mereka dijamin selamat apabila transit di Anak Pintar Centre. Dari survey mama mengenai Anak Pintar Centre ini adalah harga berpatutan dan yang paling penting ianya berdaftar dengan JKM. Bagi ibu bapa diluar sana yang sedang mencari taska dan tadika boleh la cuba Anak Pintar Centre yang berhampiran tempat kerja.

Untuk maklumat lanjut boleh layari :-


Love,
/>

You Might Also Like

1 Comments

  1. laa Jue kejapnya rasa Qiesya dah nak school,macam baru lagi rasa tengok Jue pregnant:)

    ReplyDelete

Like us on Facebook