3rd pregnancy

BSP Kali Ke 2

8:27 AM

Ingatkan mama ada citer pasal Sangkut MGTT & Check BSP 4x? Ok lepas 2 minggu doc suruh mama monitor lagi buat BSP.. ppffftttt malasnya nak ulang alik pergi klinik.. padahal benda tu nak buat kejap giler.. yang penatnya nak drive putar2 stereng!! sumpah mama tak larat nak berjalan dengan keadaan perut semakin besar ni.. Nasib teringat adik ipar ada benda check cucuk ni.. hahah tak tahu nak panggil benda apa.. Last2 mama terus g pinjam yang dia.. dia pun last guna 2011 dan sekarang dah 2016.. 5 tahun peram katanya.. hahahah.. Cuma mama beli strip dengan jarum jer lah.. ehh mahal nak mampus strip ni 25 pcs RM46.. perghh pitam tapi terpaksalah beli jugak memang mama tak terdaya nak pergi ulang alik klinik tu.

Blood Glucose Meter Brand One Touch

Ada yang setengah tahu ada yang setengah tak tahu benda ni untuk apa.. Ok la mama terang ringkas la sebab mama pun bukannya tahu sangat pasal2 perubatan ni.. memang zero tapi tahu lah sikit2.. Memula mama minum air gula iaitu MGTT tu naik giler. Bacaan glukosa dalam darah lepas 2 jam minum MGTT adalah 9.3 mmol. giler tinggi kan stress giler time tu.. hahah baper banyak mama giler tak tahu!! Dan doc pun suruh mama repeat lagi 2 minggu. Sabo jerlah!!!

Apa itu BSP? BSP ialah Blood Sugar Profile. BSP test ini dijalankan ke atas ibu mengandung yang telah menjalani ujian MGTT (Modified Glucose Tolerance Test) dengan bacaan yang tinggi. So ibu hamil yang mempunyai bacaan gula dalam darah tinggi yang tak lulus ujian MGTT tu wajib kena buat BSP test. Nak tak nak BSP ritu pun 8.8 tinggi jugak.. mama kena repeat la buat.. kalo tinggi jugak kemungkinan besar kena admit warded sampai bersalin ataupun kena cucuk insulin. hahhhh nak dekat bersalin ni macam2 la pulak.. hishhh

Ok untuk buat BSP ni mama kena GDM iaitu diet pemakanan ketika mengandung. Doc dah pesan kena jaga pemakanan sebabnya pemakanan juga punca kita mendapat kencing manis. Nasi haruslah ambil dalam kuantiti sedikit, banyakkan sayur-sayuran hijau, buah-buahan dan elakkan minuman-minuman manis. Blablablabla.. bebel la dia cakap macam-macam.. hukhukhuk.. Kali ni mama memang jaga pemakanan dan mama tak sentuh minuman manis langsung. Good job mama!!

Prosedur bagi setiap klinik mungkin berbeza dari segi masa tapi di Klinik Beranang dah tetapkan jam 8 pagi, 11.30 pagi, 4.30 petang dan 9.30 malam. Dari malam sebelumnya mama dah tak makan berat & minum manis2 dah. Jom tengok bacaan hari ni.. Alhamdulillah mama lega.. 

Bacaan jam 8 pagi.. 5.1 mmol.. erkk sepatutnya kena bawah 5.. tapi ok lah..

Lepas check mama terus sarapan pagi. Menu sarapan pagi - 2 keping roti gandum & air gc tea kosong. huhhh tak kenyang pun!! mama duk minum air gc tea jer sampai peluh okey..

Bacaan jam 11.30 pagi.. turun 4.9 mmol ok lega 

Time tengahari mama masak untuk tengahari.. lapar hokey tapi takder la nak pengsan ker apa.. Menu tengahari tadi mama tak ambil nasi langsung cuma mama makan sayur peria goreng telur pecah. dengan air delima gulson. Alhamdulillah kenyang. 

Bacaan jam 4.30 petang. Still 4.9 mmol.. ok lega.. 

Untuk minum petang ni boleh la nak makan teh o kosong dengan roti ker.. tapi mama dah suap Qeram makan nasi, so mama pun tersuap la skit dalam mulut mama.. hahhaha.. tapi sayur tetap ambil yer.. berdebar-debar jugak nak tunggu result 9.30 malam ni.. hahahha tak tenteram duduk. 

Bacaan jam 9.30 malam kira last sehari berpantang makan & minum air manis.. 5.3 mmol.. fuhh lega tak tinggi.. yeap yeapp yepiii.. syok tak kata dah la.. hahahah

Kenapa check semua ni sebabnya bahaya pada kandungan jika terlebih gula ketika hamil ni. Jika terlebih gula dalam kandungan mengakibat baby dalam rahim akan membesar dengan cepat. Ok tak nak citer panjang2 mama takut.. heheheh.. 


Love,
/>

You Might Also Like

8 Comments

  1. sis kalau saya check sblom srpn BSP 5.8 mmol. tinggi ke? atau normal? first time buat. sbb saya strt puasa pkul 12 mlm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klau ibu mngadung mmng kna bwh 5.1 ye jue...sbb akk test mnggu lpas 5.3. .misi soh rept lagi next week..

      Delete
  2. Google pasal bsp ni jumpa entry kak jue. Hahaha emi kena buat bsp jugak. Nyesalnya tak jaga pemakanan.

    ReplyDelete
  3. Sis. Bsp yg kali kedua tu kena pergi klinik lagi atau kita monitor sendiri je guna mesin kita?

    ReplyDelete
  4. Sis. Bsp yg kali kedua tu kena pergi klinik lagi atau kita monitor sendiri je guna mesin kita?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi sis.. if u ada mesin tu u check sendiri. make sure betul la.. sebab nanti doc akan monitor.. penat yer nak ulang alik pi klinik tu sebenarnya. so ada mesin ni memudahkan kita monitor

      Delete
  5. Awakkk... Kita sama la.. any tips untuk gula dalam darah... first bby dlu smua ok.. now ank no 2 amek.. sangkut.. haha

    ReplyDelete

Like us on Facebook