Blogger Review
"Be My Reason Shower Run" 2016 | Larian Sempena Kempen Kesedaran Kanser Payudara
10:31 AM
Sempena bulan October yang bakal tiba nanti, pasti kita perasan pelbagai aktiviti kempen kesedaran payudara. Tetapi, adakah kita benar-benar memberi perhatian kepada kempen ini? Apakah yang korang lakukan sekiranya individu yang disayangi atau sesiapa sahaja sedang berjuang melawan kanser payudara? Atau apakah yang anda lakukan terhadap diri sendiri untuk meningkatkan peluang untuk hidup sekiranya berlaku perkara yang tidak dijangka ini?
Shokubutsu dan Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NCSM) pada tahun lalu telah membuat siri jelajah untuk melakukan demonstrasi pemeriksaan sendiri payudara dan ia ternyata memberi hasil yang membimbangkan. Begitu ramai di antara mereka yang tidak pasti bagaimana mahu melakukan pemeriksaan sendiri payudara di rumah yang selesa. Yang lebih mengejutkan apabila pemeriksaan rambang dilakukan di siri jelajah tersebut, enam wanita didapati mempunyai ketulan kecil yang mencurigakan pada payudara merka dan ini menunjukkan tanda-tanda kanser payudara.
Oleh itu, situasi yang kurang menyenangkan ini telah mendorong Shokubutsu iaitu jenama terkemuka sabun mandian di Malaysia, untuk meneruskan Kempen Pink Ribbon yang menggalakkan wanita melakukan perubahan terhadap diri mereka serta orang yang mereka sayangi dengan memeriksa sendiri payudara semasa mandi secara kerap. Kempen pada tahun ini akan menjadi lebih besar dan berani telah disokong sepenuhnya oleh Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NCSM) untuk menyebarkan mesej mengenai pemeriksaan sendiri payudara semasa mandi. Dengan ini Shokubutsu akan menganjurkan Be My Reason Shower Run iaitu larian bertemakan mandi yang pertama di Malaysia.
Untuk pengetahuan semua, Be My Reason Shower Run merupakan larian sempena bulan kesedaran kanser payudara dan mempromosikan kesedaran dan menyebarkan mesej tentang sokongan dan kerjasama orang sekeliling. Oleh itu, para peserta Be My Reason Shower Run digalakkan untuk berlari bersama pasangan masing-masing sebagai simbol mengapa mereka perlu melakukan pemeriksaan sendiri payudara.
Jom sertai larian Be My Reason Shower Run pada 9 October 2016
Apa yang menariknya Be My Reason Shower Run pada tahun ini adalah para peserta larian akan lari bersama pelakon terkemuka Malaysia, Beto Kusyairy. Beto akan turut menyertai larian ini bersama isterinya, Tisha Shahar sebagai tanda sokongannya kepada Tisha yang mempunyai pengalaman apabila ketulan dikesan pada payudara beliau tidak lama dahulu. Mereka akan bersama-sama membantu meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia tentang kanser payudara dan pemeriksaan sendiri payudara semasa mandi.
Pasangan ini merupakan pasangan terbaik dan layak dijadikan contoh kepada rakyat Malaysia bagaimana wanita boleh diberi galakan oleh pasangan, keluarga dan rakan-rakan untuk melakukan pemeriksaan sendiri payudara. Apabila Tisha mengesan ketulan pada payudaranya, beliau telah bersiap sedia untuk mengalami peralihan hidup termasuklah terapi dan kemungkinan juga pembedahan. Katanya, suaminya Beto Kusyairi merupakan sumber kekuatan yang sering memberi sokongan disaat dia menghadapi tempoh yang mencemaskan itu. Meskipun ketulan itu tidak berbahaya tetapi ia merupakan pengalaman yang mendorong mereka untuk meyakinkan orang ramai tentang kepentingan melakukan sendiri payudara.
"Shokubutsu secara aktif telah mempromosikan pemeriksaan sendiri payudara semasa mandi kerana ia penting untuk pengesanan awal. Pemeriksaan sendiri payudara adalah mudah dan ringkas untuk dilakukan dan tidak memerlukan masa yang panjang. Oleh itu, kami menggalakkan para wanita untuk melakukannya semasa mandi kerana ia merupakan aktiviti harian dan waktu yang senang untuk melakukan sendiri payudara.
Kami telah diberi peluang untuk mengadakab kempen ini pada tahun yang kedua dan kami ingin meningkatkan kesedaran dengan cara yang lebih meluas. Be My Reason Shower Run dianjurkan dengan harapan ia mampu menggalakan semangat dengan memberikan komitmen bertindak sepenuhnya untuk diri sendiri dan juga demi orang yang disayangi. Dengan ini berharap agar larian ini akan menjadi satu landasan untuk rakyat Malaysia menunjukkan sokongan mereka terhadap orang yang mereka sayangi yang telah menghidap kanser payudara dan kami amat menggalakkan para peserta untuk menyertai larian ini bersama pasangan, ahli keluarga dan rakan-rakan!
Kami juga turut berbesar hati kerana Beto Kusyairi dan isterinya, Tisha Shahar turut sudi menyertai kempen ini dan bersama-sama mereka, kami berharap lebih ramai wanita dan juga lelaki sedar tentang kepentingan pengesanan awal dengan melakukan pemeriksaan sendiri payudara dengan lebih kerap semasa mandi.
Jackie Low, Pengurus Pemasaran, Jabatan Produk Penjagaan Peribadi, Southern Lion Sdn Bhd, Syarikat bagi jenama Shokubutsu.
Larian Sempena Kempen Kesedaran Kanser Payudara "Be My Reason Shower Run"
Butiran Be My Reason Shower Run :-
Tarikh : 9 Oktober 2016 | Ahad
Masa : 7.00 pagi - 10.00 pagi
Tempat : The Arc, Bandar Rimbayu, Kota Kemuning, Shah Alam
Yuran : RM 50 / seorang, RM 90 / 2 orang satu kumpulan
Pendaftaran : Melalui online di http://pacerssport.my/shokubutsubemyreason
Senarai kategori larian Shokubutsu ‘Be My Reason’ Shower Run 2016
Code
|
Participating Type
|
Category
|
Starting Time
|
Entry fees**
|
Distance
|
A
B
|
On-Line
|
Men Open (Individual)
Women Open (Individual)
|
7.30 am
|
RM 50* per pax + RM 3 on-line registration fee
http://pacerssport.my/index.
|
5KM
|
C
|
On-Line
|
Men or Women Open (Pair or Couple)
|
7.30 am
|
RM 90* per pair/couple + RM 3 on-line registration fee
http://pacerssport.my/index.
|
5KM
|
D
|
Corporate Registration
|
Men or Women Open
(Group of 10 & above)
|
7.30 am
|
RM 45* per pax with NO on-line registration fee
Use form attached and send to by Sep 10, 2016
|
5KM
|
* RM10 dari setiap pernyetaan (per pax) akan disumbangkan ke National Cancer Society Malaysia
** Keterangan lanjut boleh klik pada link yang disertakan di atas.
Pengambilan Race Kit :
- Tarikh : 7 & 8 Oktober 2016 | Jumaat & Sabtu
- Masa : 11.00 pagi - 5 petang
- Tempat : The Arc @ Bandar Rimbayu (Bersebelahan Kota Kemuning, Shah Alam)
Selain daripada tujuan utama larian untuk kesedaran terhadap pemeriksaan sendiri payudara ketika mandi, para peserta turut akan dapat mempelajari dengan lebih lanjut tentang penyakit yang menimpa satu daripada 19 orang wanita ini. Rakan kerjasama Kempen Pink Ribbon Shokubutsu, NCSM akan turut membuka sebuah booth pameran khas buat mereka yang mahu mengetahui dengan lebih lanjut tentang kanser payudara dan bagaimana untuk melakukan sendiri payudara semasa mandi dengan cara yang betul. Bekas pesakit kanser payudara akan turut mengambil bahagian di dalam Be My Reason Shower Run dan para perserta yang lain berpeluang untuk mendengar pengalaman mereka melawan kanser payudara dengan bantuan dan sokongan orang tersayang.
Setiap peserta Be My Reason Shower Run akan menerima sehelai t-shirt, sebuah pingat, sijil dan goodies bag dengan barangan Southern Lion termasuk baucer diskaun Mammogram/Ultrasound Payudara dan juga minuman yang ditaja oleh Umbro-Isotonic Drinks.
Untuk maklumat lanjut, boleh layari Facebook Shokubutsu Malaysia
Korang nak join larian Be My Reason Shower Run? Khas buat pembaca & follower Blog MamaJue. Mama akan memilih 3 pemenang bertuah untuk larian tersebut secara PERCUMA!!
Untuk memenangi Race Kit secara PERCUMA dan korang akan menyertai larian yang diadakan pada 9 Oktober 2016. Korang cuma ikut arahan seperti dibawah ni yer....
- Follow Blog MamaJue | www.mamajue.com
- Follow Instagram MamaJue | www.instagram.com/juelizajamani
- Mudah sahaja, korang hanya perlu muat naik gambar di instagram dengan gaya aktiviti senaman bersama dengan suami, ahli keluarga atau rakan-rakan anda.
- Sila masukkan slogan "Saya ingin menyertai larian Be My Reason Shower Run anjuran Shokubutsu kerana ......... (tidak melebihi 20 patah perkataan)
- Jangan lupa hashtag #BeMyReasonShowerRun2016 & #MamaJueBlogger
- Akhir sekali, tag gambar tersebut di Instagram MamaJue www.instagram.com/juelizajamani dan Instagram Shokubutsu Malaysia www.instagram.com/shokubutsumalaysia
Apa tunggu lagi, jom sertai larian Be My Reason Shower Run untuk bersama-sama menjayakan kempen kesedaran payudara. Mana tahu korang adalah pemenang dan boleh berlari dengan pelakon pujaan ramai Beto Kusyairi. Jom korang!!!