Event

Kajang Perdana Avenue - Venue Perkahwinan Serba Lengkap

11:29 AM

Zaman sekarang kalau sebut kenduri kendara memang kita dah terfikir khemah, menu juadah, meja kerusi, pelamin dan semua kan. Takper tak perlu susah-susah sekarang ni banyak kemudahan yang ada di bawah satu bumbung bagi memudahkan tuan rumah pengantin menguruskan segala hal kerja kahwin. Mama nak bagitau khas buat para penduduk Kajang, Semenyih, Bangi dan Beranang anda tidak perlu khuatir tentang lokasi, catering, meja, kerusi, pelamin, PA sistem sebabnya semua serba lengkap ada di Felda D'Saji Kajang Perdana Avenue.

Kajang Perdana Avenue betul-betul tepi jalan sangat memudahkan tetamu yang hadir

Pada 21 Januari 2016, mama antara yang bertuah hadir untuk Majlis Perasmian Kajang Perdana Avenue yang dirasmikan oleh YB Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad. Untuk pengetahuan semua Kajang Perdana Avenue adalah anak syarikat Felda D'saji yang merupakan syarikat perniagaan berteraskan katering, restoran dan hospitaliti.

Kajang Perdana Avenue merupakan tempat perkahwinan ke 11 yang diuruskan secara eksklusif oleh Felda D'Saji. Selain pakej perkahwinan, dewan Kajang Perdana Avenue juga boleh dimanfaatkan untuk pakej pelancaran produk, seminar, tapak ekspo dan lain-lain.


Dewan serbaguna ini mempunyai kapasiti sebanyak 700 orang pada satu masa. Ia terdiri dari sebuah dewan berhawa dingin yang boleh memuatkan 200 orang, manakala dua ruang terbuka juga memuatkan seramai 500 orang. Selain itu, disini jugak dilengkapi dengan bilik persalinan, bilik menunggu VIP serta tandas dan bilik solat untuk kegunaan tetamu.

Harga pakej katering bermula dari RM9.90

Ruang dewan yang berhawa dingin

Ruang luar yang luas

Katering Felda D'Saji menawarkan pelbagai aneka juadah makanan terdiri daripada bakso, satey, rendang ayam daging, apam balik, roti jala, cendol dan pelbagai makanan yang lazat. Hidangan yang lazat membuatkan para tetamu akan teringat sajian yang dihidangkan. So korang yang mana nak buat majlis tak perlu susah mencari 2, 3 katering kerana pihak Felda D'Saji menyediakan semua pakej makanan tersebut. Percayalah mama pun masih teringat semua makanan yang mama makan. Sedap sangat tau!!

Juadah yang disediakan.

Roti jala dengan kuah kari. Nyum nyum

Apam balik ni tarikan yang menarik kepada semua tetamu

Tak lupa juga cendol songkok tinggi

Pelbagai aneka kek dan buah pun ada..

Antara blogger yang memeriahkan majlis. Terima kasih kepada Projek Travel kerana menjemput MamaJue.

Untuk pertanyaan dan tempahan boleh hubungi detail dibawah :

KAJANG PERDANA AVENUE
Lot PT 15788, 
Jalan Kajang Perdana 2/2,
Taman Kajang Perdana,
43000 Kajang, Selangor

Telefon :
03-8881 1311
013-386 0453 (Nor Syaiful Nazlan)
019-295 6232 (Nurul Nadia)

Webpage : Felda D'Saji
Facebook : Felda D'Saji
Instagram : D'SajiKajangAvenue

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook