Sebelum ni kalau orang ajak makan sushi memang mama tak makan. Ajak la banyak kali tak makan yer. Punyalah tekak ni tak boleh masuk sushi langsung. Tapi dah nama kau ni blogger dan kau haruslah kena wajib mencuba dan rasa makanan tu. Sampai kena paksa dengan kawan-kawan blogger lain suruh makan dan rasa juga lah sushi di Eat Sushi ni. Weekend baru-baru ni mama dapat jemputan untuk food review dengan blogger-blogger letop di Eat Sushi di Sunway Giza, Kota Damansara.
Walau kita dalam tempoh PKP ni mama still la jaga SOP setiap kali pergi Mall yer. Of coz la wajib pakai mask, bawak hand sanitizer & check suhu dekat premis yang kita pergi tu. Make sure kita kena jaga yer takut kan sebab covid tu kita tak nampak. Nak makan kat luar boleh tapi kena hati-hati yer korang semua!
Untuk pengetahuan semua, EAT Sushi ni merupakan sebuah restoran yang bermulanya di Australia sejak tahun 2009 dan mempunyai 6 buah restoran termasuklah restoran sushi PERTAMA di Malaysia iaitu di Sunway Giza yang terletak di Kota Damansara. Walau Eat Sushi ni dari Australia tapi korang jangan risau yer rasa Jepun tu masih authentic lagi ada yer.
Di Eat Sushi ni terdapat 2 ruang di bawah dan juga di bahagian atas. Jadi kalau korang nak buat private party makan sushi boleh la buat reservation dekat sini. Memang best la ruang dia nak gathering bersama keluarga, kawan-kawan dan sanak saudara gitu. Cuma di Eat Sushi ni korang kena pergi dekat ruangan plate sushi bergerak dan pilih la sushi atas piring yang mana korang nak makan. So sushi tu korang boleh bawa ke meja.
Menariknya di Eat Sushi ni menyediakan pelbagai jenis sushi yang segar dan berkualiti tinggi untuk semua pelanggan dari pelbagai jenis iaitu dari mentah, goreng dan juga bakar. Yang penting ia masih menampilkan ciri-ciri "authentic" Jepun bagi setiap hidangan sushi di sini. Mula tu mama risau juga sebab mama ni bukan big fan makan sushi mentah tapi kita boleh jer pilih dari yang goreng atau bakar pun sedap tau. Takper next time mama nak cuba juga yang mentah tu harap-harap mama boleh makan lah.
Antara "Signature" Sushi yang wajib korang cuba dekat Eat Sushi ni adalah :-
- Unagi Rainbow Maki
- Grill Salmon Rainbow Maki
- Tempura Sushi Maki
- Avocado Rainbow Maki
- Grill Hotate Rainbow
- Egg Rainbow Maki
Tudia nama sushi kemahin sampai berbelit hahh nak sebut-sebut nama. Yang pasti wehh sedap rupanya yer makan sushi ni. tu lah sebelum ni mama tengok hujung mata jer kan sekarang rasa nak repeat pi makan lagi sushi tu dekat sana. Yang lagi menarik harga sushi dekat sini murah jer mengikut harga plate dari RM2.80 sehingga RM4.80 sepiring. Murah tak uolls so apa lagi pilih jer nak makan sushi yang mana memang kenyang kaw kaw punya!!
Harga sushi mengikut warna plate ni.
Ewah mama kemahin pegang chopstick kepit sushi tu kan.
MamaJue Review :
Dah makan of coz la mama nak review kan. Pertama kali mama makan sushi sedap macam ni terus ok memang recommended giler sebab mama pernah cuba makan sushi yang lain mama memang tak leh masuk tekak tapi sushi di Eat Sushi ni giler sedap weh. Terus berpiring-piring mama makan yer. Allahu siap cakap lepas ni kena datang repeat makan dekat sini lagi. Harga korang pun nampak kan mur mur gitu memang makan tak ingat dunia lah. Hehehe. Yang penting sedap yer sushi tu takder rasa bau yang pelik-pelik tau. Mama bagi 4.8 bintang agituuu.
Seriosly kalau datang makan ramai-ramai dengan family dan kawan-kawan memang havoc yer uolls.. Sambil makan sambil sembang dan gelak ketawa memang awesome sangat. Iyer mama cakap sedap dan tak tipu sebab mama dah jatuh cinta dengan sushi hahaha. tu lahhh sebelum ni tak mau rasa lagi kan. Kalau korang nak makan sila terjah alamat di bawah ini ya.
EAT SUSHI JAPENESE CUISINE
A-13-G Sunway Giza
Jalan PJU 5/14 Kota Damansara
47810 Petaling Jaya
Selangor
RSVP Line : 03-7496 7318
Untuk maklumat lanjut boleh layari :-
Facebook : www.facebook.com/EatSushiMalaysia
Instagram : www.instagram.com/eatsushi.malaysia
Love,