- Pada 4 December 2011, aku rasa macam tak sedap badan jer.. bukan sakit ker apa.. tapi baby kurang bergerak.. so aku ambik keputusan nak g check kat Hospital Serdang... sebelum pergi hospital aku sempat masak macaroni goreng untuk sarapan pagi.. tetiba jer tekak nak makan kan.. so lepas tengahari tu terus pergi hospital.. Check2 doc suruh masuk ward.. huhuhuhu terpaksa la tinggal Iqbal Haiqal.. sian anak mama..
- 5 December hari pertama di ward aku dah mula bosan.. jalan sana sini dalam ward tu.. nak keluar tak boleh.. nasib ada kawan sekolah aku yang jadi staff nurse kat ward tersebut.. boleh la duk nyembang kejap2 kan... so doc suruh aku monitor pergerakan baby dalam perut.. memang kurang gerak.. kalo malam laju jer gerakan baby.. so doc cakap kena cukupkan 37 minggu dulu baru boleh induce.. aku pun bincang dengan en papa dan dia kata buat la yang mana doc cakap terbaik.. tapi doc cakap induce boleh limit 3 kali jer.. kalo still tak buka jalan kena czer.. huwaa takut.. dengar jer nak kena bedah serius aku seryau weh... heharap bukak la laluan untuk bersalin nanti..
- 6 December pagi doc cakap kena tunggu tengahari untuk diinducekan.. huhuhuhu gementar wehh.. tak pernah2.. lepas lunch doc suruh masuk bilik rawatan untuk induce.. memula tu doc check laluan & doc cakap dah 2cm.. so doc masukkan ubat induce tu macam panadol gitu ke dalam rahim aku.. time tu kul 2 petang... lepas masukkan doc suruh aku berehat 1 jam tak leh jejalan mana.. sampai ke toilet tak bleh.. lepas sejam aku dah gelisah.. sakit pinggang + sakit perut dalam 10 minit gitu.. nurse wat ctg untuk monitor contraction tersebut.. memang dah ada tanda2.. huhuhu sakit la jugak tapi boleh lagi makan petang tu, mandi air panas.. dalam lepas magrib g check laluan lagi dah 3 cm... tapi sakit dah 5 minit 5 minit.. huhuhu siap duk berselimut la duk tahan sakit... start kul 11 malam aku dah tak tahan.. terus aku jumpa kawan aku nurse tu... cakap tak tahan dah.. sakit sangat2.. check2 laluan dah nak 5 cm... apa lagi aku call en papa suruh datang labour room.. huhuhu risau takut tak sempat jumpa en papa...
- 7 December, jam 12 pagi doc nak pecahkan ketuban.. erkkk takut.. tapi mulut aku duk cot cet cot cet lagi dgn doc tu.. masa dia pecahkan memang tak sakit pun.. tapi nampak benda panjang kaler putih tu mengerunkan.. hahahaha... masa dia pecahkan tu siap duk muji kata air ketuban aku jernih putih.. apa kes... aku ni dah cuak nak bersalin.. takut tak leh nak push sebab baby estimated 3kg something.. huhuhu besar dari anak pertama ok.. kul 1 lebih tu aku dah mula sakit tahap gaban gabenor dan bla bla bla.. dah la tempat picit nak panggil misi rosak tau.. so aku jerit2 dari labour room.. hahahah.. sekali panggil dia cakap belum lagi.. tapi aku dah rasa macam nak yak2 sembelit gitu.. siap teran2.. huhuhuhu sakit wehhh... ada gak 3,4 kali aku cuba tapi mcm tak berjaya.. sekali aku dah tak tahan.. aku panggil sekali lagi yg aku ingat time tu dah kul 1.45 pagi.. aircond dalam labour room dah tak rasa ok... panas yarabbi.. berpeluh2 tu jangan kata la... serabai nak mampus.. misi check2 laluan dah 10cm.. so misi suruh teran.. huwaaa tak larat ok.. penat2.. 3,4 kali push alhamdulillah baby dah keluar... terus aku tnya en papa laki ka perempuan.. en papa kata lelaki.. takper la.. aku terima dengan syukur Alhamdulillah... kali ni takder la gunting2 bagai macam anak pertama.. :) masa nak jahit skit tu aku lagi la pot pet pot pet menjerit sakit hahahha.. penakut woo aku ni.. takut2 aku ni kira dah berjaya lalui 2 kali bersalin ok.. lepas ni stop la kejap bagi anak2 membesar depan mata.. hehhehe..
- Jam menunjukkan pukul 3 pagi aku ditolak ke ward semula dengan baby boy aku.. kejap jer kan... en papa pun tunggu kat ward... Esok malamnya aku boleh discharge dari ward... Alhamdulillah.... Syukur padaMu Ya Allah...
Tetiba semalam tekak nak makan ni sangat untuk sarapan pagi hari ni.. petang marin pegi tesco cari bahan-bahan.. pehtu bangun pagi tadi masak.. fuhh penat jugak la... tapi berbaloi.. en papa makan 3 kali tambah.. :)
Lepas makan ni siap2 nak pergi hospital la.. risau sebab my baby dah kurang gerak la.. asyik mengeras jer semalam.. en papa mcm rilek jer.. dia tak rasa.. heran tui... tapi memang nak g check jugak...
Macaroni Goreng.... :)
*Doakan saya yer... ;)
Lega rasanya dah dapat beli set bersalin Amme Complete 60 days Sendayu Tinggi... Lepas ni pantang kaw-kaw yer Puan Jueliza.. huhuhu mahai oo benda ni... tapi harapnya berbaloi la pelaburan kali ni... ;)
Amme Complete 60 Days... RM 347... Harga asal RM 386. Dulu anak 1st makan set salindah.. kali ni aku invest la skit untuk diri sendiri.. Alhamdulillah....
Golden Herb Soap.. Sabun ni dah nak masuk 3 kotak aku guna.. seriusly aku puas hati.. sebabnya jerawat dah takder.. cuma parut-parut jer tinggal... RM13 jer.. Harga asal RM15..
Two way cake ni dapat hadiah putaran tu.. huhuhu ambik jer la kan..
Ni mak buyung gedix dapat make over mekap percuma.. ngeee apa lagi kan tadah jer muka.. hahahah.. sabor jer.. ;p
Yepiinya hari ni... udahnya gaji clear lambat kan.. pehtu pergi KL pun lambat la... tapi sempat jumpa pengasas Sendayu Tinggi... best-best.. siap dapat make over mekap lagi.. ngeee :)
Saya dengan Puan Rozita... cantik wooo... badan mantap.. jeles tau badan puan kurus...
Ini pulak dengan anak pengasas... Puan Yatie.. orang dia sangat cantik & kurus tau.. huhuhu harap2 after makan set Ammy 60 days leh la kurus macam dia.. aduhh Jueliza kamu kena kuat!! nanti boleh testimoni kat Sendayu Tinggi.. hehehhe
* Mode happy tapi kaki sakit jalan banyak pehtu perut pun makin sakit jer ni.. huwaaaa
Kontraksi Braxton Hicks...
- Apakah itu kontraksi Braxton Hicks?
Satu masa pada pertengahan kehamilan anda (atau lebih awal), anda akan merasakan otot uterus (rahim) anda mengecut. Jika anda meletakkan tangan pada perut semasa ini berlaku, anda boleh merasa betapa kerasnya uterus anda pada saat itu.
Setiap pengecutan hanyalah untuk setengah minit sahaja, dan barangkali anda tidak berasa tak selesa. Anda mungkin mengalami sensasi ini satu atau dua kali dalam satu jam, pada masa-masa tertentu dalam sehari. Bukan semua kita akan merasakan kontraksi-kontraksi ini, yang mengambil nama seorang doktor bangsa Inggeris yang mula mendeskripsikannya dalam tahun 1872.
- Apakah tujuan kontraksi Braxton Hicks?
Kontraksi Braxton Hicks mungkin petanda yang uterus anda sedang melatih serat-serat ototnya. Mungkin kontraksi-kontraksi itu adalah cara uterus anda menjaga keadaan baik dan bersedia untuk bekerja keras bila tiba masa bersalin.
Ada pakar-pakar yang berpendapat bahawa kontraksi-kontraksi mempengaruhi serviks anda. Pada peringkat awal kelahiran, serviks anda mula memendek dan menjadi lebih lembut sebagai persediaan untuk mengembang bagi menyenangkan perjalanan bayi. Jadi mungkin kontraksi Braxton Hicks adalah cara serviks dilatih bagi peringkat ini.
Yang lain pula percaya bahawa kontraksi Braxton Hicks tidak membawa perubahan kepada serviks dan juga percaya bahawa perubahan hanya berlaku semasa pra-kelahiran, apabila kontraksi yang berkoordinasi bermula atau semasa proses kelahiran itu sendiri.
- Bagaimana untuk saya mengetahui perbezaan antara Braxton Hicks dan kontraksi kelahiran sebenar?
Kebanyakan wanita yang hamil buat pertama kali akan bertanya soalan ini kepada doktor atau rakan-rakan, dan jawapannya selalu kabur dan tidak memuaskan: "Anda akan tahu akan kelahiran sebenar apabila ianya berlaku."
Memang ada perbezaan antara kontraksi Braxton Hicks dan kontraksi kelahiran sebenar.
Kontraksi Braxton Hicks:
biasanya tidak melebihi satu atau dua kali dalam masa sejam, beberapa kali sehari;
lazimnya berhenti bila anda bertukar aktiviti, jadi pergilah berjalan kalau anda berduduk, dan sebaliknya;
- tidak teratur, dan jika teratur pun hanya untuk sekejap sahaja;
- tidak tahan lama, biasanya kurang dari satu minit;
- terus tidak boleh diduga dan tidak beritma;
- tidak bertambah intensiti.
Dibanding dengan kontraksi Braxton Hicks, kontraksi yang sebenar:
- tahan lama;
- lebih teratur;
- lebih kerap;
- lebih menyakitkan;
- lebih panjang dan lebih berkala, lebih kerap dan lebih sakit.
Anda mungkin juga mengalami sakit kelahiran palsu. Ini berlaku bila kontraksi Braxton Hicks lebih beritma, iaitu mungkin setiap 10 hingga 20 minit pada peringkat terakhir kehamilan.
Mungkin sukar bagi anda membeza sakit kelahiran palsu dengan yang benar, terutamanya jika kerengangan uterus sungguh tidak selesa. Tetapi, sakit kelahiran palsu tidak akan membawakan sebarang perubahan pada serviks anda. Doktor anda boleh membuat pemeriksaan vagina untuk menentukan.
- Apa akan jadi jika kontraksi Braxton Hicks menjadi lebih sakit?
Apabila kehamilan anda berlalu, kontraksi ini mungkin menjadi lebih sakit dan kadangkala amat tidak selesa. Walau bagaimanapun, jika anda merasakan kontraksi anda menjadi reda dengan cara apapun, kemungkinan besar ianya Braxton Hicks.
Setengah profesional kesihatan mengesyorkan supaya anda menganggap Braxton Hicks sebagai "kontraksi latihan" bukan saja bagi uterus anda, juga bagi anda sendiri supaya boleh berlatih menggunakan latihan pernafasan yang anda akan memperolehi di kelas antenatal anda.
Anda mungkin sedar yang kontraksi datang dengan lebih kerap jika anda melakukan aktiviti fizikal walaupun ringan, seperti membawa barang beli-belah dari kereta. Jika anda merasa kurang selesa, kadangkala ianya membantu jika anda berbaring, atau sebaliknya, bangun dan pergi berjalan-jalan - perubahan aktivitilah yang akan meredakan sebarang kesakitan yang dirasakan. Kadangkala mandi air panas juga membantu.
- Bilakah saya harus memanggil doktor?
Jika anda hamil kurang dari 37 minggu panggillah doktor anda jika kontraksi diikuti oleh:
- lelehan yang melekit dan berdarah;
- sakit pinggang atau kekejangan.
Ini semua adalah tanda-tanda yang menunjukkan kelahiran pramatang.
Selepas 37 minggu, panggil doktor anda jika:
- pergerakan bayi anda sudah mengurang;
- anda fikirkan anda sudah pecah ketuban;
- jika anda mengalami sebarang pendarahan.
Rujuk simptom-simptom kehamilan anda tidak harus abaikan.
Jika kontraksi menjadi lebih panjang dan kuat, lebih berkala dan kerap, ini menunjukkan proses kelahiran mungkin sudah bermula. Doktor anda mungkin sudah bercakap dengan anda tentang apa harus dilakukan apabila anda merasakan yang kelahiran sudah bermula, tetapi jika anda merasakan sebarang keraguan, hubungilah dia.
Bahan-bahan :-
- 4 tongkol jagung - dikikis ambik isinya *eden guna yang jagung yang dalam peket tu jer.
- 3 sudu besar sagu putih - cuci dan ketepikan
- 4 sudu gula melaka yang hancur *eden guna gula pasir jer.
- 1 mangkuk santan pekat
- 2 cawan air
- secubit garam
- 1 helai daun pandan - disimpul
Cara-caranya :-
- Didihkan air bersama gula melaka dan daun pandan hingga gula hancur dengan api yang sederhana.
- Masukkan isi jagung, santan dan secubit garam.
- Jerang sehingga mendidih dan jagung masak.
- Masukkan sagu dan kacau sebentar dan tutup api.
- Sedia untuk dihidang.
Nyum nyum.. walaupun pucat lesi tapi rasanya bubur jagung juga.. heheheh jadilah kan.. ;)