WD-40® bekerjasama  dengan  peneraju  pakar  basikal  Malaysia,  2Escape,  untuk  menawarkan siri  WD-40®  BIKE  -penyelesaian  yang  khusus  untuk  penyelenggaraan  dan  penjagaan  semua  jenis  basikal  di  pasaran.
“Kami  begitu  teruja  dengan  kerjasama  ini.  Ia  memberi  kami  peluang  menawarkan  solusi  kepada  pelanggan  dan  rakan-rakan  penunggang  dalam  kerja  penyelenggaraan basikal  mereka,”  kata  Harish  Vadher,  Ketua  Pegawai  Eksekutif  2Escape.
Selain daripada botol  biru  WD-40®Multi-Use  Product, juga  dikenali  sebagai  ‘Botol  dengan  Beribu  Kegunaan’,    di  bawah  adalah  siri  WD-40®  BIKE  yang  boleh  didapati  di  2Escape :
1) WD-40®BIKE  Chain  Cleaner  &  Degreaser :  Pembersih  rantai  basikal  yang  berbuih  ini  bertindak  balas  dengan  cepat  untuk  menghilangkan  kesan  minyak  dan  kotoran  degil  daripada  rantai  basikal  dan  sistem  kayuhan. 
2) WD-40®BIKE  All-Purpose  Bike  Wash : Pembersih  basikal  ini  sangat  berkesan  dan  selamat  digunakan.  Ia  membantu menghilangkan  kotoran  dan  minyak  yang  boleh  menyebabkan  kerosakan  komponen  dan  mengelakkan  permukaan  basikal  tercalar  semasa  kerja  pembersihan  dilakukan.  Ia  selamat  digunakan  untuk  semua  jenis  permukaan  basikal  termasuk  serat  karbon,  titanium,  krom,  keluli,  aluminium,  getah  dan  plastik!
3) WD-40®BIKE  Wet  Chain  Lube :  Dirumus  khas  untuk  keadaan  basah,  berlumpur  dan  sukar,  pelincir  rantai  basah  ini  memberi salutan  yang  tahan  lama  untuk  mengelakkan  air  dan  lumpur  serta  membantu  melindungi  rantai  basikal anda  dan memanjangkan  tempoh  penggunaannya.  Formula  ini  tidak  mengandungi  salutan  lilin  (wax),  dan  kotoran  tidak  akan  terkumpul  di  dalam  sistem  kayuhan. 
4) WD-40®BIKEAll-Conditions  Chain  Lube :  Gunakan  ini  untuk  pelinciran  berprestasi  tinggi  dalam semua  cuaca,  sama  ada  basah  atau  kering.  Cepat  dan  mudah  digunakan,  formula  ini  membantu  mengelakkan  kerosakan dan  memanjangkan  hayat  rantai  basikal  anda.  Tidak  mengandungi  lilin(wax)dan  kotoran  tidak  akan  terkumpul  di  dalam  sistem  kayuhan.
5) WD-40®BIKE  Dry  Chain  Lube : Polimer  dalam  formula  ini  membentuk  filem  kering  untuk  melindungi  rantai  anda  dan  mencegah kotoran  yang  melekat  dalam  keadaan  kering  atau  berdebu.  Ia  membantu  mencegah  kerosakan  akibat  daripada  geseran  dan  membantu  memanjangkan  hayat  rantaian.  Formula  ini  tidak  mengandungi  salutan  lilin  (wax)  dan  kotoran  tidak  akan  terkumpul  di  dalam  sistem  kayuhan.
Jika  anda  serius  dengan  penyelenggaraan  dan  penjagaan  basikal  anda,  carilah  pakar  basikal  yang  boleh  dipercayai  dan  produk  yang  sesuaidengan  penggunaan. Lokasi  di  9,  Lorong  51A/227C,  Petaling  Jaya,  Selangor,  2Escape  juga  boleh  dikunjungi  menerusi  laman  sesawangnya  https://2escape.bike.
 

























 
 
 
 
 
