Kedai Ayamas Menggamit Memori Makan Ayam Panggang Yang Sedap

10:00 AM

Sebut sahaja Ayam Panggang Roaster terus teringat kedai Ayamas. Ntah la memang dari dulu lagi kalau nak makan ayam panggang mesti pergi kedai Ayamas sebab ayam panggang dekat sini lain dari yang lain. Itu pasal la Ayamas ni dah hampir 30 tahun usianya. Fuh bukan calang-calang tau kedai Ayamas ni di mata masyarakat Malaysia. Menggamit memori betul Ayamas dengan hidup mama ni tau.


Last week mama teringin benar nak makan ayam panggang di kedai Ayamas. So mama cari-cari paling dekat dengan mama adalah di Warta Bangi. Oh ya sekarang Warta Bangi dah tukar nama baru iaitu KIP Mall Bangi. Untuk pengetahuan semua, kedai Ayamas ni bukan sahaja jual 3 pilihan ayam panggang yang menjadi kegemaran seluruh rakyat Malaysia iaitu Golden Roater,Pepper Roaster dan Percik Roaster. Malah kedai Ayamas kini menawarkan pelbagai variasi menu yang sesuai dengan permintaan semasa.

Di KIP Mall Bangi kedai Ayamas sini adalah Kedai Ayamas Roaster Express kalau nak menjamu selera dekat dalam kedai atau korang nak take away pun boleh. Oh ya di kedai Ayamas juga turut menawarkan perkhidmatan GrabFood dan juga foodpanda di kawasan sekitar Bangi. Bagi yang tiada masa untuk datang boleh order sahaja confirm abang-abang Grab dan foodpanda hantar Ayam panggang Ayamas ke depan rumah korang nanti.




Bagi yang tak berapa tahu sebenarnya Kedai Ayamas ni adalah kedai berkonsep moden yang menjual produk-produk ayam dan ia merupakan kedai pertama yang memperkenalkan konsep penjualan ayam segar HALAL dan TOYIBBA serta produk-produk sejuk beku yang lain seperti sosej, burger dan nugget. Dengan tagline "More Than Just Chicken", kedai Ayamas juga menawarkan produk makanan "Ready-To-Eat" seperti Nasi Briyani Bukhara Ayam, Nasi Ayam Bulgogi, Nasi Kari Hijau Ayam Thai serta pelbagai produk-produk lain lagi.

Kedai Ayamas menekankan 3 aspek utama iaitu 3H iaitu "Healthy, Hygenic dan Halal". Kini kedai Ayamas mempunyai 61 rangkaian Kedai Ayamas di seluruh Malaysia. Konsep kedai Ayamas terdiri daripada 3 jenis iaitu :-
  • Kedai - menjual makanan yang dimasak, ayam mentah, pelbagai makanan sejuk beku dan menyediakan ruang untuk makan yang terhad. Fokus pada bawa pulang.
  • Kios - menjual makanan yang dimasak dan menu adalah terhad. Lebih focus pada bawa pulang.
  • Restoran - menjual makanan yang dimasak dan pilihan menu yang lebih banyak. Tetapi tidak menjual ayam mentah dan makanan sejuk beku. Menyediakan ruang yang luas untuk makan di restoran.

Menu utama di Kedai Ayamas ni sudah tentu la Ayam Panggang yang menjadi tarikan utama dan mempunyai tiga jenis rasa pilihan ayam panggang iaitu "Golden, Pepper dan Percik". Yang paling mama suka adalah ayam panggang Percik dengan Golden. Fuhh sedap yer makan pula dengan “100% Fresh Chili Sauce” dari ayamas ni, memang terbaik. Sampai sekarang teringat tau hahaha.

Bagi Ayam panggang Golden tu rasanya asli dengan rasa manis madu. Untuk ayam panggang Pepper pula diperap dengan lada hitam terbaik dan segar untuk memberikan rasa pedas-pedas yang menyegat manakala ayam panggang percik pula dipanggang dengan sos percik traditional yang kaya dengan perapan santan, serai, halia dan menjadi kegemaran masa kerana rasa aromatiknya yang unik.

Ayam Panggang Percik

Ayam Panggang Roaster

Antara hidangan lain yang terdapat di kedai Ayamas seperti Nasi Ayam, aneka pasta seperti spaghetti bolognaise, carbonara dan aglio olio. Nak bagitau Nasi Ayam dengan Spaghetti Carbonara tu sedap sungguh. Tak tau nak bagitau sedap macam mana tapi memang sedap. Spaghetti Carbonara tu creamy dia semua cukup dan makan dengan ayam panggang Ayamas tu satu kombinasi yang meletup dalam mulut. haaahhh gituu.

Nasi Ayam Ayamas

Spaghetti Carbonara Ayamas

Ehh bukan menu untuk orang dewasa jer ada ni menu untuk kanak-kanak (kids meal) pun ada seperti Ayam Goreng, Mini Fun in Bun dan snackers seperti Sardin Roll, Curry Puff, Chicken Pie dan Muffin. Ni kiranya menu wajib untuk anak-anak coz dorang kan suka makan yang simple-simple macam ni. Terbaik la kedai Ayamas sebab sediakan menu sebegini yang sangat memudahkan kerja mak-mak.

Ayam Goreng Ayamas

Mini Fun in Bun

Snacker bukan kanak-kanak jer suka mak-mak pun suka

Bagi yang nak makan set jimat di kedai Ayamas juga menawarkan pada “15th and 30th offer” dengan harga Ayam Panggang diskaun, promosi "Thursday Special" dan promosi sepanjang hari seperti "Set Jimat" yang menawarkan harga set Nasi Ayam dan air mineral dengan harga RM10.90. Woww berbaloi-baloi murah tu. 


Sempena kedai Ayamas yang telah berada di pasaran lebih 30 tahun, mesti ada pelbagai kenangan korang bersama Kedai Ayamas kan. Ok jom semua mama nak bagitahu kepada korang yang suka bergambar apa kata jom cipta kenangan bersama Kedai Ayamas dengan kongsikan gambar korang menikmati hidangan Ayamas dan sertakan hashtag #bringbackmemories #makansamasama . 2 pemenang yang bertuah akan dipilih setiap minggu untuk menerima voucher tunai bernilai RM50. Kempen ini akan berjalan selama 10 minggu bermula dari 19 October 2020 sehingga 30 December 2020. 


Kemahin happy mama dapat makan Ayam Panggang Ayamas ni lepas ni nak repeat makan dengan anak-anak tersayang pula. Sure dorang suka sebab anak-anak mama memang suka makan ayam panggang. Fuhh so apa tunggu lagi korang tak terliur ker tengok mama makan Ayam Panggang Ayamas ni kalau korang nak cari sila terjah Kedai Ayamas yang berhampiran tau dan jangan lupa join contest dan berpeluang memenangi voucher bernilai RM50. 

Untuk maklumat lanjut boleh layari :


Love, 
/>

You Might Also Like

8 Comments

  1. kalo ke ayamas ..mmg beli yg percik..fav sgt

    ReplyDelete
  2. terliur iena tengok aihhhh.. bila la dapat pergi ayamas ni :D

    ReplyDelete
  3. Hari tu dah nak gi makan sini dah tapi asben xnak makan ayam pulak masa tu..
    lepas ni nak kena try juga ni....

    ReplyDelete

Like us on Facebook