Pemilihan Supplement Yang Diyakini Halal Dari Duopharma Biotech

1:00 AM

Setiap kali membeli supplement dan ubat-ubatan di pasaran adakah korang perhatikan logo halal pada setiap kotak tersebut? Mesti ada terfikir setiap supplement yang dijual di farmasi mesti ada tanda halal bukan. Adakah kita menitik berat soal pengambilan supplement yang kita makan adakah ia halal dari hukum syarak? Jadi sebagai seorang Muslim haruslah memilih supplement yang halal agar mementingkan kesejahteraan dan kesihatan tubuh badan kita.


Sekarang topik isu halal dan haram dalam perubatan telah menjadi perbincangan hangat sehingga hari ini. Tidak kira isu ini telah mendapat perhatian seluruh Malaysia mengenainya. Nescaya produk ubat-ubatan sekarang di farmasi telah mendapat farmaseutikal halal kerana para pengguna telah dimaklumkan mengenai konsep sebenar Halal dalam aspek kehidupan.

Dalam pada masa yang sama, semua pengguna Islam dan bukan Islam telah semakin bijak untuk mencari ubat-ubatan dan supplemen yang halal dan berkualiti tinggi. Pernah kita dikejutkan dengan berita mengenai gelatin tidak halal daripada lembu yang digunakan dalam membuat kapsul produk pada November 2009 iaitu hampir 30% daripada 100 produk kesihatan yang telah diuji di makmal Pusat Pengajian Sains Farmasi Universiti Sains Malaysia. Menakutkan bukan?


Oleh itu, kita wajiblah mengambil makanan yang bukan sahaja halal tetapi juga baik ataupun dalam istilahnya disebut Halalan Thoyyiban agar tidak membahayakan tubuh badan kita. Sama juga dalam memilih ubat-ubatan dan supplement kesihatan, pengguna mestilah memilih produk yang bersertifikat halal. Jadinya cara paling mudah untuk pengguna Islam wajiblah memastikan bahawa segala jenis ubatan dan supplement mestilah membeli dari jenama yang dipercayai.



Produk farmaseutikal berdaftar ini telah dinilai dari aspek keselamatan, keberkesanan dan standard kualiti yang tinggi manakala produk traditional juga turut berdaftar serta dinilai dari aspek keselamatan dan kualitinya bagi tujuan untuk melindungi kesihatan kita. Dahulunya dikenali sebagai CCM Duopharma tapi kini Duopharma Biotech Berhad adalah pembekal ubat-ubatan dan supplement yang telah melalui proses halal yang ketat dan pensijilan yang mematuhi Kementerian Kesihatan, Jakim dan Persijilan Halal Malaysia.


Bagi mama setiap pemilihan supplement dan ubat-ubatan mestilah dari Duopharma Biotech kerana produknya manfaat kepada kesihatan yang penting semulajadi, suci murni dan selamat untuk digunakan. Jadinya produk bersertifikat halal ini memberi manfaat kepada orang Islam sahaja malah pengguna bukan Islam pun turut mendapat kesedaran mengenai produk famaseutikal halal ini. 

Dengan adanya Duopharma Biotech ini dapat membantu meningkatkan kesedaran kepada pengguna mengenai farmaseutikal halal kepada pengguna di luar sana. Selain itu, pengguna mendapat pendidikan bermanfaat dengan supplement dan ubat-ubatan halal yang sangat penting untuk mereka membuat pilihan tepat. Yakni Duopharma Biotech sedang berusaha meningkatkan kesedaran mengenai produk farmaseutikal halal bagi meningkatkan kualiti hidup pengguna dalam jangka masa yang panjang.


Oleh itu, sebagai umat Islam harus peka dan memberi kesedaran mengenai hal ini bagi penyembuhan sesuatu penyakit. Kefahaman dan penghayatan tentang halal dan haram dalam aspek ubat-ubatan ini sangat penting. Jadi pilih dan belilah produk yang halal dan berkualiti dari Duopharma Biotech. Untuk maklumat lanjut boleh layari http://halal4pharma.com

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook