Event Review
Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Rumah Baitul Rahmah Di Vivatel Kuala Lumpur
12:29 PM
Alhamdulillah pada Selasa baru-baru ni, mama dapat jemputan dari Vivatel Kuala Lumpur untuk menghadiri satu "Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Rumah Baitul Rahmah". Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, dalam semangat prihatin dan memberi pihak Vivatel meraikan 30 anak-anak dari Rumah Baitul Rahmah, Rawang Selangor.
Majlis Berbuka Puasa diadakan di Retro Cafe yang terletak berhampiran lobi hotel Vivatel. Turut dihadiri oleh dari kumpulan KHA SENG untuk meraikan kegembiraan bersama anak-anak tersebut.
Pada jam 6.30 petang, anak-anak dari Rumah Baitul Rahmah tiba bersama penjaga mereka dengan pengangkutan yang disediakan oleh pihak Vivatel. Anak-anak tersebut dialu-alukan dan diiringi oleh pihak pengurusan hotel untuk duduk di meja yang dikhaskan di Retro Cafe. Kesemua tetamu yang hadir dari Rumah Baitul Rahmah ini merupakan tetamu kehormat bagi Vivatel Hotel.
Anak-anak perempuan dari Rumah Baitul Rahmah
Anak-anak lelaki dari Rumah Baitul Rahmah
Acara dimulakan dengan bacaan "Doa Selamat" dan diikuti dengan ucapan oleh Pengurus Besar Hotel, Encik Nasir Ismail dan juga penjaga Rumah Baitul Rahmah iaitu Puan Dayang Sapiah. Pengurus Besar Hotel berkata ini adalah merupakan salah satu cara pihak Vivatel untuk menunjukkan bahawa pihak Vivatel mengambil berat dan tidak melupakan individu yang kurang bernasib baik, terutamanya musim perayaan Hari Raya yang tidak lama lagi.
Penjaga Rumah Baitul Rahmah, Puan Dayang Sapiah
Kemudian selesai ucapan, semua dijemput untuk menikmati juadah berbuka puasa yang telah dihidangkan oleh Retro Cafe. Juadah yang dihidangkan sangat sedap dan kesemua tetamu yang hadir menikmati hidangan sehingga kenyang. Alhamdulillah mama pun sampai tak tahu nak makan apa sebab kesemuanya sedap-sedap belaka. Mama sendiri tengok wajah anak-anak tersebut ceria dan gembira sambil menikmati hidangan yang lazat membuatkan hati mama tumpang gembira dengan mereka.
Hidangan yang disajikan..
Macam-macam ada.
Selepas berbuka dan selesai solat magrib, anak-anak dari Rumah Baitul Rahmah mempersembahkan alunan nasyid yang sungguh merdu khas buat kesemua para tetamu yang hadir.
Pada akhir majlis bagi mengenangkan anak-anak tersebut, pihak Vivatel memberikan goodies bag serta "duit raya" kepada anak-anak Rumah Baitul Rahmah. Oleh itu, pihak Vivatel berharap acara tahunan seperti ini dapat dilakukan pada setiap tahun agar meraikan majlis bersama anak-anak yang kurang bernasib baik serta dapat berkongsi kejayaan syarikat bersama mereka.
Rumah Baitul Rahmah didaftarkan di bawah Pertubuhan Baitul Rahmah, bertempat di No. 9, Jalan Desa 7/1 Bandar Country Homes, Rawang. Telah ditubuhkan pada Februari 2010. Rumah ini menempatkan kanak-kanak dari umur 3 tahun hingga 12 tahun yang merupakan anak yatim dan juga daripada keluarga yang miskin, ibu tunggal dan OKU. Bagi pihak yang berminat untuk membantu dan memberi sumbangan kepada Rumah Baitul Rahmah sempena Hari Raya yang bakal menjelang tiba bolehlah hubungi dengan Puan Dayang Sapiah di talian 019-674 5706 / Puan Habibah Abdullah 017-308 5667. Rumah ini juga menerima sumbangan seperti dalam pendidikan, kewangan atau peralatan seperti pakaian seragam, buku, alat tulis dan bag sekolah.
Semua sumbangan boleh disalurkan terus kepada :-
PERTUBUHAN BAITUL RAHMAH
No 9 Jalan Desa 7/1,
Bandar Country Homes,
48000 Rawang,
Selangor Darul Ehsan.
Nombor account :
Maybank : Rahmah Resources (5629 9100 7549)
Maybank : Habidah Abdullah (1620 1298 5520)
Pengetua : Puan Habibah Abdullah (017-308 5667)
Penjaga : Puan Dayang Sapiah Abg Azahar (019-674 5706)
Love,