Fenomena cheesekut ni dah penuh blog dan penuh di fb... tapi aku takder peluang lagi nak cuba buat. kemarin aku suruh en papa carikan biskut cream crackers dengan cream cheese.. kalo dah suruh lelaki g cari memang sakit hati kan.. banyak kali la dia call nak confirmkan barang.. semua pasaraya dia pergi kata tak jumpa.. aku musykil.. time aku pi ada jer... (*_____*) geram kan... sekali balik dia bawak balik yang salah.. petang tu jugak aku ajak dia g beli.. so memang kena aku cari sendiri jugak baru dapat jumpa... hangin jer...
Bahan-bahan :
- 1 Paket Biskut Cream Crackers Deluxe * kalo yang lain katanya tak sedap.. gigih cari yang macam ni jugak.. pulun ok..
- 250 gram Cream Cheese Philadelphia * yang jenis lain boleh jugak.. tapi orang kata brand ni jer sedap..
- Fresh Milk.. * Ala susu full cream jer ada kat umah.. bedasah jer..
- 1/2 cawan Susu Pekat Manis
Cara-caranya :
- Pukul cream cheese dengan mixer sehingga kembang. Kalo korang takder korang guna blender yer..
- Masukkan 1/2 cawan susu pekat manis.. tapi aku agak2 manis ikut tekak aku lah. Pukul lagi.
- Tambahkan sikit fresh milk or susu full cream. korang time ni kena agak2 nak pekat macam mana.. kang pekat skit plak korang dapat. so ikut suka suka hatilah.. hehehhe
- Pastu ambik biskut dan celup ke dalam susu. celup sekejap jer.. pehtu susunkan ke dalam bekas yang korang letak aluminium foil ker, plastik ker.. suka suka hati korang lah...sebabnya nanti potong senang takder la melekat kat bekas..
- Selepas itu lapiskan biskut dengan bancuhan cheese tadi.. Lepas tu korang buat step 4 & 5 sampai abis adunan tu.
- Simpan dalam petiais sampai lah keras.. pehtu korang bleh potong dan ngap.
Cheesekut yang telah dipotong.. erkkk tak cukup cheese kat atas tu.. next time leh buat lagi.. sedap wokeh.. rasa nikmat apabila makan cheesekut tu time sejuk..
* kemalasan nak upload gambar satu persatu.. so aku dah combine semua gambar kat sini.. heheheh
MamaJue & PapaMimi Story