Dah lama craving nak buat kek keju cheesdale ni.. dulu kalo g Giant mesti beli.. sedap.. dah banyak kali print resepi & parking kat FB.. tapi tak terbuat2 pun.. tengok bahan2 macam kacang jer.. so aku cuba buat jugak lah semalam.. sapa yang pengemar cheese memang akan makan tak hengat punya sebab sedap giler... Jom tengok bahan2 kek keju ni...
Bahan-bahan :-
* 5 keping cheesdale keping
* 200 ml susu cair
* 4 biji telur ~ asingkan putih & kuning - kalo telur size A guna 2 biji cukup
* 75 gm tepung naik sendiri
* 75 gm butter
* 50 gm + 50 gm gula castor
* 1/2 sudu teh cream of tartar
Koyakan cheese kecil-kecil dan campurkan bersama susu. Masak dengan api yang perlahan & kacau selalu. Bila semuanya dah mencair sebati masukkan butter & kacau sebentar. Tutup api & sejukkan.
Pukul putih telur dan masukkan 50 gm gula castor sedikit demi sedikit dan diikuti dengan serbuk cream of tartar sehingga kembang dan meringue (bertanduk).
Dalam bekas lain pukul kuning telur dan baki 50 gm gula castor hingga kembang dan masukkan adunan cheese yang disejukkan tadi. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul perlahan-lahan sehingga sebati.
Kemudian masukkan adunan putih telur secara sedikit demi sedikit dan kaup balikkan adunan dengan lembut sampai sebati
So dah sebati kita boleh masukkan ke dalam loyang
Lapikkan loyang dan sapu dengan sedikit butter & tabur dengan sedikit tepung untuk memudahkan kek keluar dari loyang.
Kek dibakar guna teknik steam bath - sediakan loyang besar dan isikan dengan air panas. Kemudian baru letak loyang yang berisi adunan kek tadi di dalam loyang air panas (boleh tengok gambar diatas)
Panaskan oven 170'c selama 15 minit. kemudian bakar selama 45 minit. Setting api atas bawah yer. Selepas 20 minit pertama turunkan suhu ke 150'c dan bakar sehingga kek masak. Jika permukaan atas kek keperangan tapi kek belum masak jangan risau. gunakan aluminium foil dan tutupkan loyang tersebut untuk mengelakkan kek rentung.
Kek keju cheesdale.. boleh lah keluarkan dan terbalikkan atas redai.
Psstt daku tak sempat plak snap last ni sebab pakat semua baham makan.. dari mama, papa & adik.. abang dia tak berapa layan kek cheese ni.. kalo kek coklat dia laju.. tinggal suku jer lagi kek ni tinggal... kalo sejuk lagi sedap kek keju cheesdale ni.. nanti daku buat lain yer...
Selamat Mencuba...
MamaJue & PapaMimi Story