Ini masakan hari Sabtu.. this week aku tak g mana pun.. duk umah dediam sebab belum gaji daa.. kalo duk umah asyik nak membina perut jer.. asal masak jer makan.. asal makan jer aku kena masak.. hahaha.. kang tak makan lak laki & anak aku tu kan.. untuk Qebal nanti aku up entry kat dia.. So kalo bab nak masak sure tanya en laki nak makan apa.. dia kata ayam.. isshh jemu la ayam ayam ayam.. >__< tapi aku kena cari idea untuk tidak rasa jemu dengan ayam.. so aku bikin chicken buttermilk ni.. kalo g hotel hat ni la aku suka meratah.. sedap... Jom kita tengok bahan2 & cara2nya...
Resepi Chicken ButterMilk
Bahan Perap Ayam
2 keping dada ayam (potong isi saiz kecil2)
1 sk garam
1 sb serbuk kari
1-2 sb tepung jagung
1 biji telur
Bahan Kuah Buttermilk
1 sb minyak masak
2 sb mentega
1 ulas bawang putih (cincang halus)
1 ulas bawang besar (saiz sederhana - cincang halus)
2 biji cili padi (jika mahu pedas lebihkan)
2 tangkai daun kari
1 1/2 cawan susu cair
1 sb gula
1 sk garam
Cara-caranya :
Sedikan bahan perap, gaul sebati. Perap ayam dengan bahan perapan lebih kurang 30 minit. Kemudian goreng ayam dalam minyak panas hingga garing, angkat & ketepikan
Panaskan kuali, cairkan mentega. Tumis bawang, cili padi & daun kari hingga naik bau.
Tuangkan susu cair, gula & garam. Kacau sentiasa hingg kuah agak pekat (jangan sampai berketul).
Matikan api. Masukkan ayam & gaul hingga sebati @ boleh juga dicurahkan di atas ayam.
Chicken Buttermilk
Selamat Mencuba
0 Comments