Press Release
Neutrogena® Tampil dengan Fesyen Buat Pertama Kali Meraikan Keceriaan Kulit yang Sihat
10:30 AM
Akhirnya, muncullah fesyen yang tidak lapuk dek musim!
Memperkenalkan koleksi fesyen Neutrogena® Happy Skin 24/7, merupakan satu siri yang
terdiri daripada 30 rekaan yang dipaparkan di Mercedes-Benz STYLO AsiaFashionFestival
(MBSTYLOAFF) 2017.
Dihasilkan oleh pereka fesyen tempatan Kittie Yiyi dan Hazzer Wan Lee, koleksi Happy Skin
24/7 melambangkan perasaan gembira dan keceriaan seseorang apabila memiliki kulit yang
sihat dan cantik.
Menurut Julia Teo, Pengarah Pemasaran Bersekutu bagi Kumpulan Syarikat Konsumer
Johnson & Johnson, yang memasarkan Neutrogena® di Malaysia, kulit yang sihat dan cantik
merupakan salah satu sumber kebahagiaan wanita. “Sebagai jenama No.1 yang disarankan
oleh pakar dermatologi, kami percaya bahawa kecantikan bermula dengan kulit yang sihat –
sesuatu yang dapat memberikan keyakinan positif dalam kehidupan harian mereka.
Bayangkan perasaan anda apabila melihat kulit yang sihat dan berseri apabila di depan
cermin, tidakkah anda berasa lebih gembira dan yakin untuk memulakan hari anda?
Sememangnya, kulit yang sihat mampu menggembirakan dan menceriakan seseorang dan
inilah sebabnya kempen terbaru kami menampilkan Happy Skin 24/7 dengan Neutrogena®,”
katanya.
Tambah Teo lagi “Menerusi penampilan pertama kami dalam bidang fesyen di Mercedes-
Benz STYLO AsiaFashionFestival 2017, kami berharap untuk memaparkan kegembiraan
memiliki kulit yang sihat dan cantik, hasil menggunakan produk penjagaan kulit
Neutrogena®, dan berkongsinya dengan para wanita Malaysia – dan cara yang terbaik untuk
kami lakukan sedemikian adalah dengan menghasilkan sebuah koleksi fesyen, yang
diinspirasikan konsep Happy Skin”!
Menerangkan sebab Neutrogena menggunakan fesyen sebagai cara untuk membawakan
kempen terbaru Neutrogena®, Teo berkata, “Tidak dapat dinafikan bahawa wanita dan
fesyen tidak dapat dipisahkan. Menerusi koleksi fesyen kami, kami ingin meyakinkan para
wanita bahawa mereka boleh menggunakan Neutrogena® untuk kesihatan kulit mereka”.
“Happy Skin adalah relevan bagi setiap musim – ianya sememangnya bukan trend sementara. Menerusi koleksi fesyen oleh para pereka kami, kami ingin menunjukkan bahawa anda boleh mendapatkan kulit yang sihat dengan Neutrogena®, kelihatan cantik dan kekal gembira setiap masa!
Kami bekerjasama dengan Kittie Yiyi dan Hazzer Wan Lee – dua pereka fesyen unik yang
sering mendapat ilham menerusi objek-objek menarik, lantas menghasilkan corak dan
warna yang menarik! Hasil kreativiti dan kerja keras mereka, kita dapat menyaksikan
bagaimana mereka mengekspresikan konsep keceriaan dan keremajaan Happy Skin 24/7
Neutrogena®,” sambung Teo.
Keunikan personaliti Kittie Yiyi dapat dilihat dalam setiap rekaannya, yang kebanyakannya
riang, ranggi, namun bergaya. Cogan kata yang diamalkan oleh graduan Raffles Design
Institute KL ini adalah: “Apa sahaja pun fesyen pilihan anda, pastikan ianya membuatkan
anda gembira!”
Koleksi Kittie diinspirasikan daripada konsep gadis pantai yang sedang bercuti. Datang dari
kawasan pantai yang jauh, gadis itu meneroka kawasan bandar dengan baju yang selesa dan
bergaya. Keriangannya mampu membuat sesiapa sahaja tersenyum – dan ini jelas dari cara
dia berpakaian. Memaparkan bayangan yang kembang, ropol, garis-garis bercorak riang
serta corak hati, koleksi ini menonjolkan rasa yakin seorang gadis pantai dalam dirinya
sendiri dengan ciri dan potongan lut sinar.
Hazzer Wan Lee, pengarah kreatif HWL by Hazzer Wan Lee Fashion Atelier Kuala Lumpur,
mempunyai sarjana dalam Fashion and Apparel Design dari Herriot-Watt University,
Scotland.
Koleksi fesyen Hazzer diilhamkan daripada percikan air – merupakan ciri utama rangkaian
produk pembersih Deep Clean Neutrogena® dan langkah pertama untuk mengecapi Happy
Skin 24/7! Garisan yang mengalir serta lapisan yang beralun digabungkan bagi
menyerlahkan tenaga dan keindahan air dalam tona biru, hijau, oren dan merah jambu.
Teknik hebat dalam memasukkan dan melapiskan pelbagai material yang berbeza seperti
denim, organdi, kulit PU, sutera kapas dan fabrik yang telah diwarnakan memberikan kesan
3D unik yang mempunyai pergerakan seakan-akan air.
Saksikan kemunculan fesyen pertama Happy Skin 24/7 Neutrogena® di Mercedes-Benz
STYLO AsiaFashionFestival 2017 dalam talian! Maklumat lanjut di laman Facebook Neutrogena® www.facebook.com/myneutrogena dan
Instagram Neutrogena® www.instagram.com/neutrogenamy
Love,