KoffeeKabin | Cafe Kopitiam Tempat Makan Best Di Senawang - Agak lama mama dah tak pergi ke Senawang, Negeri Sembilan. Semenjak maksu dah tak duduk sana lagi la mama jarang pergi ke sana. Asal nak makan kat luar mesti pergi ke Bangi dan Kajang. Asyik situ jer tempat port kita orang makan. Jemu jugak sebenarnya. Pada Ahad lepas, mama boleh gantung kuali yeaaa.. Jadi mama ajak en papa makan tengahari di cafe kopitiam KoffeeKabin di Senawang. Kalau dari rumah mama hanya 30 minit jer itu pun ikut lalu Lekas Highway memang cepat sampai. Jom tengok apa yang menarik di KoffeeKabin | Cafe Kopitiam Tempat Makan Best Di Senawang.
KoffeeKabin cafe ini tertelak di Pusat Bandar Senawang dan sangat mudah korang jumpa cafe Senawang ni memang betul belakang Bank Islam. Dari luaran cafe dah macam kopitiam yang hipster gitu. Dengan peredaran zaman kopitiam sekarang dah tak macam dulu kan. Dari ruang dalaman mama suka dengan meja bulat marble lagi nampak suasana kopitiam terserlah. Kalau korang nak cari tempat makan best Senawang boleh datang KoffeeKabin ni tau.
Di KoffeeKabin menyediakan menu sarapan pagi, tengahari, western, goreng-goreng dan menu istimewa Nismilan. Ada lagi kalau dah namanya cafe kopitiam ni memang tak boleh berpisah dengan minuman kopi yang super sedap di sini. Manakala menu istimewa Nismilan di KoffeeKabin ini menjadi pilihan pengunjung dengan nama menu unik seperti Nasi Goreng Gomoncheh, Mee Goreng Bongek, Kueyteow Goreng Bongek yang digoreng seperti "mamak style" dengan sos istimewa bersama tauhu ayam dan sayuran. Dengan tagline tampak "bongek" tetapi sedap!
Antara menu-menu menarik di KoffeeKabin. Orang kata macam-macam ada.
Ok sebelum tengok menu menarik korang kalau datang sini kena cuba special drink di KoffeeKabin ni. Kesemua air special drink ini dibancuh dengan air buah laici dan juga nata de coco. Dengan nama air sememangnya unik dan setiap air mempunyai sifat-sifat seperti matang, sempoi, romantis, berani, misteri, cool dan juga riang. Untuk harga air special drink ini hanya RM6.50.
Antara pilihan air Deep Purple Jolobu, Serting Sour & Sirap Bandung Cincau
Yang menariknya di KoffeeKabin juga turut menyediakan Junior set khas buat anak-anak comel. Pilihan Iqram Bebola Ketam dan Sotong + Sosej + French Fries PERCUMA minuman pilihan soya/ribena. Harga junior set ini adalah RM5.90 sahaja. Iqram ni bukannya makan sangat dia banyak main jer lebih dari makan. Hehehe biasa lah bebudak kan semua tempat dia nak main.
Junior set : Bebola Ketam dan Sotong + Sosej + French Fries PERCUMA Air Ribena RM5.90
Suka dia makan.. Kejap dia makan set dia.. kejap dia kacau makan makanan abang dia.
Untuk anak bujang mama sorang lagi yang tak makan nasi tu, dia akan mesti pilih lamb setiap kali ke mana-mana restaurant. So pilihan Iqbal adalah Grilled Lamb dan blackpepper sauce. Nampak kan grill lamb di KoffeeKabin ni ala-ala medium rare gitu. Harga Grilled Lamb ini hanya RM15.50 sahaja. Lamb pun portion besar tau. Puas hati makan.
Menarik kan lamb di KoffeeKabin ni.
Makan tak tengok orang dah ni.. Sedap sangat dia kata.
Antara menu special di sini adalah Laksa, Mee Kari dan juga Nasi Lemak Ayam Berempah. Kira menu ni memang menjadi pilihan pengunjung yang datang ke sini. Mama tak sempat nak merasa semua menu ni maybe next time boleh cuba lagi. Harga pun not bad takder mahal mana kira boleh korang nak makan tengahari atau petang.
Dah namanya mama datang nak makan tengahari so mestilah mama nak kena cari nasi. Ohoihh mana boleh tak makan nasi.. lapar lapar jadi pilihan mama pada hari tu menu Nismilan Special. Menu pilihan mama Nasi Goreng Linggi Podeh Level.. Kemahin nama nasi goreng ni yer. Istimewanya nasi goreng sambal undang petai istimewa dihidang bersama salad, telur mata dan keropok. Harganya cuma RM8.80 sepinggan. Nasi Goreng Linggi ni podeh dia bagi mama tak berapa pedas kalo lagi pedas lagi sedap. Udang pulak ada dalam 4, 5 ekor kira berbaloi la dengan sepinggan nasi goreng ni.
Manakala menu pilihan en papa pun nak makan nasi juga. So mama pilih Nasi Goreng + Grilled Chicken + Telur Mata hanya RM14.90 sahaja. Nasi goreng ini dihidang dalam pan sizzling dengan kuah blackpepper chicken grill yang berasap. Wowww nampak jer asap kepul-kepul terus rasa tak sabar nak makan time tu. Make sure korang kena makan berhati-hati kang melecur lidah pulak nanti. Mama suka chicken grilled kuah blackpepper dia memang sedap. Makan pulak panas-panas memang uummpphh lah.
Sebelum balik sempat mama order coffee di sini. Dah nama kedai kopitiam kan kalau tak mencuba air kopi kat sini memang tak sah. Pilihan mama Caramel Latte RM8.80. Serius aaarrr caramel latte dia sedap kot.. tak pahit, manis, creamy semua cukup. Dah rasa macam minum kopi ala2 setabak gituuuu.. Harga pun murah kira berbaloi lah minum. Yang nak tergelak en papa pun order lagi satu caramel latte tu katanya sedap.. hahaha.. Korang datang sini kena cuba tau.. Dengar kata minuman Espresso 2 shots boleh buat mata korang tak tidur malam? Yer ker tidak korang kena datang cuba minum kopi premium yang sedap di KoffeeKabin tau!
Ni lah Caramel Latte ni.. memang thorbaik lahhh..
Hahh korang tengok semua menu ni mesti telan air liur kan. Yer semua sedap-sedap sampai menggah la mama dan en papa makan. Bagi yang datang ke KoffeeKabin korang jangan risau di tingkat 1 terdapat surau khas untuk pengunjung menunaikan solat. Selain itu, bagi yang ingin mengadakan business seminar boleh terus booking dengan manager KoffeeKabin untuk sewa bilik meeting di sini. Bagi yang nak mencuba coffee yang sedap serta makanan lazat dengan suasana kopitiam boleh datang ke kedai makan Senawang di KoffeeKabin.
Untuk maklumat lanjut boleh layari :-
KOFFEEKABIN
435, Jalan Pusat Bandar Senawang 18
70450 Senawang
Negeri Sembilan
Website : www.koffeekabin.com
Facebook : www.facebook.com/koffeekabin
Instagram : www.instagram.com/koffeekabin
Waktu Operasi :
Setiap Hari dari 10.30 pagi - 10.30 malam
Jumaat : Tutup