Article

Daftar & Lindungi "TRADEMARK" Perniagaan Anda Dengan MyIPO

9:00 AM

"Trademark" atau "Cap Dagangan" merupakan salah satu komponen penting dalam harta intelek Malaysia. Oleh itu, ia sangatlah penting kerana ia berkait rapat dengan perusahaan dan juga perniagaan untuk melindungi Trademark mereka. Dalam tempoh 10 tahun yang lepas, usahawan di Malaysia telah menunjukkan peningkatan yang sangat baik dengan pentingnya mendaftar jenama perniagaan mereka di MyIPO.


Trademark merupakan tanda yang digunakan pada barangan atau perkhidmatan yang terdiri daripada perkataan, logo, gambar, nama, huruf, nombor atau kombinasi daripada unsur-unsur tersebut. Selain itu, slogan juga merupakan trademark dalam sesebuah perniagaan. Dengan ini trademark dapat digunakan untuk mengenal dan membezakan sesuatu produk atau perkidmatan dalam kategori yang sama.

Antara fungsi-fungsi bagi Trademark seperti : 
  • Fungsi Asal - Trademark menunjukkan sumber identiti yang bertanggungjawab mengeluar atau menjual sesuatu produk atau perkidmatan. 
  • Fungsi Pemilihan - Trademark juga memudahkan pengguna untuk membuat pilihan semasa membeli dengan lebih mudah terutama terhadap produk atau perkhidmatan yang berada dalam kategori yang sama. 
  • Fungsi Kualiti - Pelanggan akan memilih jenama yang mereka inginkan kerana dengan jenama yang popular mempengaruhi keyakinan untuk membeli barang yang berkualiti. 
  • Fungsi Pemasaran - Peranan trademark penting dalam pemasaran kerana ia menjadi alat pengiklanan dengan mempengaruhi pengguna dalam membuat keputusan untuk membeli sesuatu barangan. 
  • Fungsi Ekonomi - Trademark juga membawa fungsi ekonomi yang bagus kerana dengan memiliki reputasi yang tinggi mampu meningkatkan nilai trademark sekaligus memberi keuntungan kepada trademark. Jenama tersebut boleh dilesenkan atau di ‘franchise’ kan

Setiap trademark perniagaan sangat penting untuk dilidungi kerana mereka wajib menjaga harta intelek dengan selamat. Oleh itu, kepentingan trademark dapat keistimewaan dalam urusan perniagaan seperti :- 
  • Hak Eksklusif
Pemilik trademark yang berdaftar akan mendaftar hak eksklusif untuk menggunakan trademark berkenaan dalam urusan perdagangan. Pemilik trademark juga berhak mengambil tindakan undang-undang ke atas sesiapa yang mungkin menggunakannya tanpa kebenaran.
  • Bukti sah undang-undang 
Sijil pendaftaran yang dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftar menjadi bukti sebagai pemilik yang sah ke atas sesuatu trademark. Bukti ini diterima di mahkamah dan juga pihak penguatkuasaan dapat membuktikan keaslian hak milik trademark dalam pengeksportan barangan ke luar negeri.


Sebagai contoh trademark paling mudah adalah jenama ubat gigi COLGATE & DARLIE. Bagi kita ia kelihatan sama sahaja bukan tapi dengan trademark yang menarik akan membuatkan pengguna memilih jenama yang terbaik. Jadi dengan trademark dapat mengukuhkan lagi sesuatu produk dengan jenama yang diyakini pengguna.

Bagi yang mendaftar trademark dengan MyIPO boleh memperbaharuinya setiap tahun. Ini kerana tempoh sah laku trademark boleh bertahan selama sepuluh tahun dengan hanya bayaran sebanyak RM1,020 bersamaan RM102 untuk setahun. Dengan ini hanya RM8.25 sebulan dan sehari hanya 28 sen sahaja. Jadi daftarlah trademark perniagaan dengan MyIPO kerana ia dapat melindungi trademark dengan selamat.

Untuk maklumat lanjut boleh layari :- 

Website : www.myipo.gov.my
 Instagram : www.instagram.com/myipo 

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook