Product Review

KAYLIZ Granola Oat | Sarapan Pagi Bagi Yang Ingin Diet & Kurus

9:00 AM

Sejujurnya mama bukanlah pengemar makan oat. Huhuhu ntah la memang tak boleh masuk tekak langsung. Sebenarnya oat ni sangat bagus untuk kesihatan dan bagus juga bagi yang ingin kuruskan badan. Hehehe macam mana nak kurus kalau hari-hari asyik makan nasi lemak jer kan. Tak elok ok memang tak elok untuk badan. Jadi bagi yang betul-betul nak diet dan kurus korang kena makan oat.


Dah lama mama tengok orang makan granola ni tapi sikit pun mama tak pernah cuba rasa tau. Mind set mama terus kata confirm rasa tak sedap la oat ni. Heheheh mama tak berani mencuba sebenarnya. Baru-baru ni mama diperkenalkan Granola dari Kayliz. Tengok dari luar ok warna purple sebab diperbuat daripada sweet potato. So mama cabar diri untuk mencuba apa rasa granola ni. Tekak mama boleh terima ker idok granola oat Kayliz ni.. Hehhehe..


Kayliz Granola Oat merupakan sejenis snack atau sarapan yang begitu popular. Sekarang ia telah menjadi trend bagi yang ingin mengamalkan diet yang sihat dan turunkan berat badan. Granola terdiri daripada rolled oat, biji-bijian, kacang-kacangan, aneka buah dan madu. Bahan-bahan Kayliz Granola Oat diperbuat daripada sweet potato, chia seed, oat dan madu

Antara kebaikkan Kayliz Granola Oat :-
  • Keupayaan untuk menurunkan kolestrol
  • Mengawal pencernaan
  • Membantu dalam usaha penurunan berat badan
  • Meningkatkan kesihatan jantung
  • Meningkatkan tenaga
  • Mencegah anemia 
  • Menggalakkan fungsi organ yang betul 
  • Menurunkan tekanan darah 
  • Meningkatkan aktiviti kognitif 
  • Meningkatkan kualiti kulit 
  • Membina tulang yang kuat 
  • Elak kencing manis 
  • Hormon merangsang pertumbuhan tisu baru 
  • Mencegah kanser

Cara makan Kayliz Granola Oat ini boleh diambil bersama yogurt, susu segar, buah-buahan dan boleh makan sahaja seperti snack. Sangat sesuai untuk gaya hidup yang sibuk seperti wanita bekerjaya, student, atlet dan juga bagi yang ingin kuruskan badan. Selain itu, Kayliz Granola Oat dimakan ketika sarapan pagi kerana mampu memberikan tenaga yang lebih untuk pencernaan. Granola ini juga kaya dengan serat serta mengenyangkan kerana ia rendah kalori.


[Review Mama]
Pertama kali mama makan Kayliz Granola Oat ni memang sedap dan tak der rasa pelik langsung dengan oat ni. Ini lagi best boleh makan setiap pagi kalau rasa sedap macam ni. Almaklum la mama bukan suka makan oat kan tapi Kayliz Granola ni sumpah sedap!!! Mama makan Kayliz Granola ni dengan susu segar. Ehh rasa dia lagi mengancam sebab rasa manis sweet potato yang ranggup. So korang jangan risau mama berani jamin Kayliz Granola ni sedap gilerlah dan sangat recommended bagi yang nak kurus macam mama ni. Yeaaaa....

Harga sepeket Kayliz Granola Oat ini hanya RM17.90 sahaja. Kalau korang nak beli boleh beli secara online di Facebook www.facebook.com/kaylizHQ atau telefon 019-625 5010.

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook