JOHNSON'S, pilihan No 1 para ibu di Malaysia merupakan produk terbaik untuk bayi dengan rangkaian penjagaan yang paling lembut. Kali ini Johnson's menghasilkan semula dengan formulasi Ultra Gentle yang mengandungi 0% paraben, ftalat, sulfat dan pewarna serta dihasilkan tanpa sebarang kerengsaan terhadap kulit bayi dan kanak-kanak yang sedang membesar.
Pada Jumaat minggu lepas, mama telah menghadiri satu majlis pelancaran produk Johnson's Baharu iaitu CottonTouch di Grand Hyatt Hotel Kuala Lumpur. Untuk pengetahuan semua, jenama Johnson's ini telah 126 tahun di pasaran dan dipercayai oleh para ibu dan disyorkan oleh para doktor. Johnson's menghasilkan produk yang selamat, lembut dan halus, dan mengekalkan kesihatan kulit bayi yang halus.
Semasa pelancaran rangkaian produk Johnson's, Pengarah Pengguna Johnson & Johnson Malaysia, Encik Prashant Mahalingam berkata untuk yang baharu ini adalah bukan sekadar proses formulasi semula tetapi ia merupakan proses menghasilkan semula rangkaian penjagaan bayi Johnson's secara kesuluruhan dari perspektif pengguna. Proses ini turut dihasilkan oleh pengalaman dan pengetahuan mendalam jenama ini.
Untuk menghasilkan rangkaian produk Johnson's yang baharu ini, pihak mereka telah mendengar pendapat lebih seramai 26,000 ibu bapa seluruh dunia dan membentuk serta menambah baik produk ini dari luar dan dalam negara. Hasilnya rangkaian Johnson's yang paling lembut sehingga kini dan meningkatkan tahap piawaian Best for Baby dari formulasi sehinggalah reka bentuk pembungkusan.
Antara perubahan dengan Johnson's yang baharu ini adalah :-
- Pilihan bahan yang bermanfaat | Johnson's telah memilih untuk mengurangkan sebanyak 50% minyak yang diperolehi secara semulajadi seperti minyak kelapa dan biji kapas terpilih untuk menggantinkan minyak mineral. Rangkaian baharu ini adalah 0% paraben, ftalat, sulfat dan pewarna iaitu hanya kurang daripada 2% daripada bahan komestik di peringkat global yang memenugi piawaian kelembutan ini.
- Wangian yang direka dengan mengutamakan ibu dan bayi | Bau dan emosi mempunyai kaitan yang rapat satu sama lain. Johnson's mengekalkan haruman ikonik pada produk yang terkenal ini kerana disukai ramai. Semua wangian kini diformulasi supaya bebas alergen dan mematuhi standard.
- Pembungkusan yang mesra ibu bapa | Botol Johnson's yang baharu kini dilengkapi dengan pam yang direka untuk memudahkan ibu bapa menggunakan satu tangan supaya ibu bapa sentiasa tertumpu pada bayi.
- Produk yang direka khas untuk setiap peringkat dan umur bayi | Bukan sahaja membersihkan dan melembapkan malah formulasi khas ini dapat memenuhi keperluan istimewa kulit bayi dan menjadikan saat-saat penjagaan serta mengeratkan hubungan antara bayi dan ibu bapa. Rangkaian baharu ini menampilkan empat peringkat umur bagi membantu ibu bapa memilih mengikut keperluan masing-masing Ia sangat sesuai dari bayi baru lahir hinggalah berumur 6 tahun.
Di Majlis pelancaran Johnson's yang baharu, antara beberapa selebriti yang menjadi ibu turut hadir iaitu aktress dan model Amyra Rosli dan Scha Alyahya memberikan sokongan kepada pelancaran Johnson's CHOOSE gentle. Semua sedia maklum bahawa kulit bayi lebih nipis bermakna ia tidak dapat menyerap dan mengekalkan kelembapan dan ini menyebabkan kelembapan mudah hinga dan menjadikan kulit kering. Oleh itu, ibu bapa perlu memilih pembersih yang lembut, tidak menggangu kulit bayi dan mengekalkan lapisan kulit sentiasa lembap dan sihat.
Menariknya rangkaian Johnson's CottonTouch yang baharu ini adalah hipoalergenik, formulasi yang ringan serta terbukti dapat menambah baik sentuhan dan interaksi yang positif antara ibu bapa dan bayi. Formulasi yang diadun dengan kapas semulajadi menjadikan sangat lembut pada kulit dan telah terbukti secara klinikal lembut dan selamat.
Rangkaian produk penjagaan bayi Johnson's yang baharu boleh didapati di kedai-kedai jualan utama mulai Jun 2019. Untuk maklumat lanjut tentang mengenai Johnson's CottonTouch ini, , sila layari www.johnsonsbaby.com.my atau di laman Facebook Johnson's Malaysia di www.facebook.com/JohnsonsbabyMY