JAKEL MALL Melancarkan Koleksi Baju Raya 2019 Bersama Duta Jakel & JAKELSTORE.MY

12:04 PM

Setiap tahun Jakel Mall memang sangat terkenal dengan fesyen baju raya terkini, up to date dan menarik untuk kita membeli baju raya di sini. Bukan baju raya sahaja malah segala kain pasang, sampin, kain untuk langsir, carpet pun turut jual di Jakel. Memang meriah dan pelbagai design terbaru koleksi baju raya. Tinggal sebulan jer lagi nak sambut raya pasti ramai yang sedang buat persiapan baju raya untuk sekeluarga. Mesti rambang matalah sesiapa yang pergi ke Jakel Mall ni.


Kemarin mama berkesempatan untuk menghadiri majlis memperkenalkan Koleksi Baju Raya 2019 bersama Duta Jakel dan juga melancarkan website JAKELSTORE.MY. Dengan kemunculan Duta Raya Jakel pada tahun ini antaranya Aaron Aziz, Nabil Ahmad, Abam, Scha Al Yahya, Awal Ashaari & Lara Alana (SchAwaLara) dan Ayda Jebat. Turut memeriahkan kempen raya pada hari ini adalah keluarga popular Hanis Zalikha, Hairul Azreen & Yusuf Iskandar.


Majlis Jakel hari ini diraikan dengan menjemput golongan asnaf dari Pertubuhan Kebajikan Islam Peribadi Mulia, Sungai Kantan Kajang dan juga dari golongan kelainan upaya (OKU) penglihatan. Dengan cara ini pihak Jakel lebih mendekati golongan berkemampuan disamping meraikan mereka yang kurang berkemampuan. Selain itu, diatas keprihatinan Jakel untuk majlis sosual korporat (CSR) turut membantu golongan ini mendapatkan baju baru bagi sambutan hari raya nanti. Malah Jakel turut menyumbangkan sumbangan duit raya kepada mereka. 



Dihadiri Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Haji Mohamed Faroz Bin Mohamed Jakel memasarkan produk pakaian raya bersama Duta Jakel bersama pelanggan serta dimeriahkan lagi dengan sesi lelongan jualan "Happy Hour" untuk koleksi pakaian raya dimana setiap Duta Raya Jakel akan mempromosi dan menjual koleksi pakaian raya mereka dengan harga runtuh untuk pelanggan Jakel. 


Antara Koleksi Baju Melayu pada tahun ini seperti Baju Melayu Aaron Aziz, Baju Melayu Nabil Ahmad, Baju Melayu Awal Ashaari, Baju Kurta Hairul Azreen, & juga Baju Melayu "Plus Size" serta tidak ketinggalan Koleksi Baju Kurung iaitu Baju Kurung Scha Al Yahya, Baju Kurung Ayda Jebat dan juga Baju Kurung Haniz Zalikha. Menariknya keluaran terkini Baju Melayu dan Baju Kurung, Jakel telah merevolusikan dengan perincian zip di bahagian lengan baju memudahkan untuk mengambil wudhu dengan mudah. 

Manakala Jakel juga mengeluarkan produk baju Melayu "plus size" bagi mereka yang mempunyai badan bersaiz besar. Dengan ini dapatlah membantu mereka yang berbadan besar untuk dapatkan koleksi baju melayu dan boleh bergaya pada pagi raya seperti biasa. Yang lagi menarik pelanggan akan diberikan percuma sehelai kain samping beserta butang baju Melayu bagi setiap pembelian sepasang baju Melayu. 



Dengan pertama kalinya, Jakel telah membuka jualan secara atas talian (online). Di atas permintaan ramai daripada pelanggan, Jakel telah mewujudkan satu platform atas talian untuk memudahkan orang ramai mendapatkan produk pakaian Jakel hanya dihujung jari. Oleh itu, pelanggan dari serata negeri boleh berbelanja tanpa sempadan dengan menerusi laman jualan online di www.jakelstore.my. Untuk laman sesawang ini akan beroperasi 10 Mei 2019. Jangan ketinggalan yer. 



Tengok la suasana Jakel Mall Kuala Lumpur meriah dengan orang ramai yang buat persiapan membeli baju raya sebelum puasa. Memang mama sendiri tak sabar nak membeli baju raya untuk keluarga tersayang. Dengan harga yang berpatutan dan jahitan yang kemas baju raya Jakel menjadi pilihan semua untuk dijadikan baju raya pada tahun ini. 


Boleh matching sedondon


Baju koleksi Ayda Jebat

Baju kanak-kanak Lara Alana pun ada


Kain pasang ela pun turut jual di Jakel Mall

Bahagian sampin pun dengan pelbagai design terkini


Sekarang bolehlah ibu bapa buat senarai untuk membeli koleksi baju raya di Jakel Mall. Bagi yang tidak berkesempatan untuk datang ke Jakel Mall berdekatan bolehlah buat pembelian secara online yang mudah untuk dapatkan koleksi baju raya terkini di Jakel. Para pelanggan-pelanggan yang telah membeli belah di Jakel boleh memeriahkan kempen Jakel Barulah Raya ini di media sosial dengan hastag #JakelBarulahRaya #IngatRayaIngatJakel & #SeronoknyaRayaJakel. 

Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut Hari Raya.

Untuk maklumat lanjut mengenaik kempen atau info terkini Jakel boleh layari :-

Website : www.jakel.my
Facebook : www.facebook.com/GedungTekstilJakel
Instagram : www.instagram.com/jakeltextile

Website Jakel Store : www.jakelstore.my

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook