contest

U.S Potatoes Rasa Meriah | Hotpot U.S Potatoes Beef Rendang

6:39 AM

U.S Potatoes Rasa Meriah | Hotpot U.S Potatoes Beef Rendang - Kentang mesti ramai terfikir apa yang boleh dimasak untuk juadah hari Raya bukan. Kalau masak kari daging dengan kentang itu dah biasa sangat. Apa kata kita masak sesuatu yang lain tapi masih menggunakan kentang. Sebenarnya mama menyertai satu pertandingan mencipta resepi menggunakan kentang dari U.S Potatoes dalam "U.S Potatoes Rasa Meriah".



Untuk pengetahuan semua, kentang merupakan menu diet bagi orang-orang yang ingin mengurangkan berat badan. Ini kerana sebiji kentang saiz sederhana mengandungi nutrien yang padat hanya 110 kalori. Bukan itu sahaja kentang tidak mempunyai lemak, natrium dan juga kolestrol malah ia mengandungi 30% vitamin c. Dengan hanya kentang juga mampu mencegah kanser, mengurangi kadar kolestrol, menurunkan tekanan darah tinggi, pembentukan sel baru, membantu kesihatan otak dan saraf dan lain-lain lagi. 


Bagi pertandingan U.S Potatoes Rasa Meriah dan temanya ialah juadah hari Raya, so mama dapat inspirasi dari anak mama sendiri yang tidak makan nasi. Dan anak mama ni memang pengemar kentang sebagai penganti nasi. Heheh dia ni anak mat saleh celup sikit sebab tak suka makan nasi. Oleh itu, mama telah olah dari resepi asal Hotpot Potatoes dengan inti kari daging tapi untuk juadah hari Raya ini mama olah kepada rendang daging. Nama juadah ini Hotpot U.S Potatoes Beef Rendang.

Dengan gabungan Melayu dan Barat dalam satu hidangan dengan rasa meriah bersama U.S Potatoes merupakan satu gabungan makanan Melayu tradisi iaitu rendang daging bersama dengan kentang kerana kentang U.S ini sangat bagus, sedap dan nutrisi yang baik untuk juadah pada pagi hari Raya. Bukan sahaja untuk orang yang tak makan nasi malah juadah ini boleh juga dimakan bersama ketupat, nasi impit atau dimakan macam itu sahaja pun sedap. Jom kita tengok bahan-bahan untuk buat resepi ini. 


RESEPI HOTPOT U.S POTATOES BEEF RENDANG

Bahan-bahan Topping :-
  • 5 Biji Kentang U.S - dihiris nipis & gaulkan bersama minyak zaitun
  • Mozarella Cheese
Bahan Inti :-
  • 500 gm Daging Cincang
  • 3 Ulas Bawang Putih
  • 1 Labu Bawang Besar
  • 5 Sudu Besar Pes Rendang
  • 1 Santan Kotak
  • 2 Sudu Besar Tepung Gandum
  • Sedikit Air
  • Minyak Zaitun Untuk Menumis
  • Daun Kunyit Dihiris Nipis
  • 5 Cili Padi Dipotong 
Cara-caranya :-

1) Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga wangi, masukkan isi daging yang diperap dengan pes rendang dan masak sehingga seketika.


2) Masukkan sedikit air jika terlalu pekat, kemudian masukkan santan dan kacau sehingga sedikit kering.

3) Campurkan tepung gandum dengan sedikir air dan kacau sebati. Kemudian tuangkan ke dalam kuali dan kacau sehingga inti agak pekat. Jika agak pekat boleh tambah sedikit air.

4) Perasakan sedikit garam dan masukkan daun kunyit yang dihiris nipis bersama cili padi. Kacau sebati dan biarkan inti sejuk.


5) Leserkan minyak zaitun pada loyang, kemudian tuangkan inti dan ratakan.


6) Setelah itu, susu kentang secara bertindan hingga menutupi inti. Kemudian taburkan cheese mozarella pada atas permukaan kentang tadi.


7) Bakar pada suhu 180'c selama 50 minit hingga 1 jam. 


Nak tengok cara-cara masak Hotpot U.S Potatoes Beef Rendang ni boleh tengok video memasak mama ni yer. Walau nampak macam agak rumit tapi hakikatnya sangat senang dan juadah ini sedap dengan taburan mozarella cheese tersebut. Makan panas-panas memang awesome sangat memang tak pandang kiri kanan lah. Selamat mencuba!

Hotpot U.S Potatoes Beef Rendang

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook