Rambut adalah mahkota seorang wanita tidak kiralah wanita itu seorang berhijab atau tidak, malah rambut menjadi perkara penting setiap seseorang. Macam mama sendiri sebagai wanita yang bertudung mama tetap menjaga rambut dengan mencuci setiap hari agar rambut kekal sihat selalu. Tapi sebenarnya kita hanya nampak rambut dengan mata kasar macam ok tapi sebenarnya tidak ok tau. Pada hujung minggu lepas mama berkesempatan pergi rawatan rambut di MBH Haircare Kajang.
Sebenarnya susah mama nak cari rawatan saloon rambut yang mesra muslimah. Almaklum la servis rawatan rambut di sekitar Semenyih atau Kajang ni susah sikit nak ada. Yang ada kebanyakkan tak mesra muslimah. Tapi MBH Haircare Kajang ini sangat mementingkan privasi pelanggan dan semua bilik rawatan Haircare berasingan dan bertutup.
MBH Haircare Kajang telah ditubuhkan pada tahun 2008 dengan gabungan teknologi moden daripada India dan herba semulajadi bagi membantu pelanggan yang merana dan menderita dengan masalah rambut yang dihadapi. Dengan keunikan rawatan yang berasaskan 100% bahan semulajadi, semua golongan usia pasti berpuas hati dengan rawatan rambut di MBH Haircare.
Dalam 30 minit dari rumah mama untuk ke MBH Haircare ni memang dekat jer dengan tempat mama. So boleh la lepas ni mama dapat rawatan rambut di sini. Eh bukan hanya rawatan rambut sahaja malah terdapat servis cuci rambut, gunting rambut, warna rambut, rebonding, dan lain-lain lagi. Kali ni mama nak buat rawatan vitamin untuk rambut. Hahh sekali saloon terus kita bagi vitamin tau nak bagi rambut cantik dan sihat.
Walau mama rasa rambut mama ok tapi sebenarnya mama mengalami masalah rambut berkelemumur dan berminyak. Itu baru bab tu belum lagi rambut gugur sampai rambut mama nipis tau. Sedih nampak jer rambut mama panjang sampai pinggang tapi kan kalau disanggul jadi kecik jer. hahahah. Sebelum buat rawatan rambut Growth Vitamin Wash untuk rambut mama, Cik Farah staff dari MBH Haircare akan buat analisis kulit kepala dengan menggunakan mesin khas. Dari situ Cik Farah dapat mengetahui masalah rambut yang mama hadapi selama ini.
Paling mama suka MBH Haircare ini adalah segi layanan dari pihak mereka yang sangat profesional dan mereka menerangkan dengan teliti setiap masalah rambut mama ni. Bayangkan setiap apa yang mama tanya mengenai masalah rambut semuanya dijawab dengan jelas dan teliti. Untuk masalah rambut mama hanya mengalami kelemumur dan setiap rambut mama bercabang dua sangat sihat dari kulit kepala. Biasalah kalau kelemumur tu memang semua wanita berhijab akan mengalami masalah ni.
Pertama kali mama masuk ke saloon rawatan rambut yang tertutup dari pandangan luar. Ternyata MBH Haircare sangat menjaga aurat pelanggan. Paling mama suka dengan kebersihan bilik rawatan yang bersih dan wangi malah berhawa dingin. Cik Farah menerangkan rawatan yang mama perlukan menggunakan produk MBH Wash & Therapy Series. Sebelum itu rambut mama akan dicuci dengan MBH Hair Essense Stimulating Therapy Shampoo untuk membersihkan dan mematikan kuman kulit kepala serta merawat kelemumur dan kulit kepala yang berminyak. Shampoo tersebut diperkaya dengan ekstrak Bunga Raa, Minyak Kelapa Dara dan Minyak Zaitun.
Setelah rambut dicuci, Cik Farah menyembur MBH Revitalizing Hair & Scalp Tonic pada permukaan kulit kepala bagi menggalakkan pertumbuhan rambut baru dan mencegah kegatalan kulit kepala. Kulit kepala akan rasa effect menthol berangin dan rasa sejuk. Kegunaan tonik ini sangat sesuai apabila selepas mandi kerana pori kulit kepala terbuka dan urut secara bulatan sehingga rata dan meresap hingga ke akar.
Dengan bahan semulajadi dari ekstrak Bunga Raya, ekstrak Rosemary dan Aloe Vera ini dapat memberi nutrisi kelembapan untuk kulit rambut supaya kekal lembut dan ringan hingga ke hujung. Selain itu ia juga memberi kadar keseimbangan kulit kepala agar tidak terlalu berminyak dan tidak terlalu kering. Yang bestnya tonik ini melegakan masalah kulit kepala kering dan gatal.
Kemudian selepas itu, Cik Farah akan keringkan rambut menggunakan hair dryer. Masa ni memang rasa relax sebab kulit kepala mama rasa segar dan tidak gatal. Heheh maaf la terpaksa cover muka mama dengan bunga besar. Halahh malulah tengok rambut mama yang tak cantik tu.. ehh aurat kan mana boleh tunjuk kat korang.
Selepas selesai keringkan rambut menggunakan hair dryer, fuh rasa rambut mama di blow blow ajer tau. Padahal bukan senang yer kalau sendiri nak blow rambut guna hair dryer. Ini orang buat memang rasa dilayan bak bidadari gituuu. Kemudian Cik Farah menggunakan MBH Hair Repair Silkening Serum pada rambut mama bagi merawat rambut yang rosak, bercabang di hujung dan berbau serta serum ini juga dapat melindungi dari bahan kimia dan sinaran UV yang bahaya.
Khasiat serum ini dari ekstrak bunga Matahari, Minyak Jojoba dan Aloe Vera yang bagus untuk rambut yang rosak. Penggunaan serum sangat mudah, hanya semburkan serum pada tapak tangan, ratakan dan usap pada rambut sehingga meresap kemudian sisirkan rambut. Cuma serum ini elakkan terkena pada kulit kepala. Ia boleh mengakibatkan kulit kepala kita berminyak.
Mama memang puas hati dengan servis rawatan di MBH Haircare ini kerana produk yang mereka gunakan adalan 100% herba semulajadi daripada India dan vitamin yang digunakan juga dapat mencantikkan rambut mama. Mama happy betul sebab rambut mama wangi dan kulit kepala mama kurang kelemumur. Hey yang penting ringan kepala tau selepas rawatan yang mama terima dari MBH Haircare ni.
Jadi mama menyarankan wanita-wanita yang bertudung di luar sana untuk mencuba rawatan di MBH Haircare agar kulit rambut rasa lebih sihat walau kita bertudung seharian. Mama gerenti korang akan berpuas hati dan akan melihat kesan rawatan serta merta selepas membuat rawatan di sini. Bagi wanita yang ingin mengekalkan kesegaran rambut ketika bertudung boleh datang ke MBH Haircare untuk merawat masalah rambut yang dihadapi.
Untuk maklumat lanjut boleh layari :-
MBH Haircare
No 17 Jalan Damai Mewah 2
43000 Kajang
Selangor
Telefon : 011-6085 0817
Facebook : MBH Haircare Malaysia
Instagram : @mbh.haircare_malaysia
Love,