JOYLEE™ Ipump Gadget Pump Susu Yang Memudahkan Ibu Menyusu

11:29 PM

Sebagai seorang ibu benda paling penting adalah memberikan penyusuan susu ibu secara esklusif sehingga 6 bulan atau sehingga 2 tahun. Susu ibu adalah susu yang terbaik dengan nutrisi yang lengkap untuk bayi membesar dengan sihat. Dengan susu ibu juga dapat menguatkan sistem imun badan bayi serta dapat melindungi bayi dari jangkitan penyakit yang bahaya. Susu ibu juga dapat membantu perkembangan otak bayi dan memberi kecerdikan bayi serta meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan bayi tersebut.


Bagi ibu yang berjaya menyusukan bayi juga dapat membantu mengecutkan rahim dan mengembalikan kepada saiz yang asal dengan cepat serta mengurangkan perdarahan selepas bersalin. Selain itu, dapat membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal dengan cepat dan mengurangkan risiko kanser. Dengan penyusuan susu ibu ini tidak memerlukan perbelanjaan dengan membeli bekalan susu formula ianya juga baik untuk persekitaran keradan tidak memerlukan botol, tin dan kotak-kotak.

Pada Ahad yang lepas mama berkesempatan menghadiri satu majlis pelancaran JOYLEE™ Ipump di KLCC. JOYLEE dengan taglinenya Grow Up With Joy memberikan produk terbaik untuk ibu bapa yang mempunyai anak yang comel. Pengasasnya Oliver Chew telah bersedia untuk melangkah ke dunia keibubapaan, Jadi beliau sendiri mencipta pump susu dengan jenamanya sendiri agar memastikan pilihan terbaik untuk bayi yang bakal lahir serta memberi kesenangan kepada ibu.


Dengan kebaikan dan mengalakkan ibu untuk memberi susu badan kepada bayi, JOYLEE™ telah memperkenalkan JOYLEE™ Ipump Pengepam Susu elektrik mudah alih moden yang sangat selesa, praktikal dan sesuai untuk ibu yang mementingkan masa. Mempunyai butang kontrol yang dapat mengawal sedutan mengikut kesesuaian.


Terdapat 27 jenis sedutan dari rendah dan yang paling maksimum. Setiap pengepaman akan direkod dan juga akan dipamirkan pada skrin papar untuk mengenangkan ibu membuat catatan. Selamat dan bersih dan mempunyai dwi fungsi pum dan juga mengurut dalam satu masa. Terdapat juga ciri butang berhenti dan mula kembali bagi memudahkan ibu membuat kerja lain dalam satu masa. Ianya juga membantu untuk membetulkan penarikan puting semasa penggunaan JOYLEE™ Ipump.


Dengan penggunaan JOYLEE™ Ipump, dapat mengelakkan payu dara dari kendur kerana pam ini telah direka mengikut reka bentuk sfera payu dara bagi menyediakan perlindungan dan memberi sedutan yang selesa tanpa memanjangkan dan menarik puting lebih panjang. Ianya juga direka dengan injap silicon untuk mencegah pencemaran akibat limpahan dan aliran balik susu ibu. Pengepaman dengan urutan juga dapat meningkatkan pengeluaran susu dengan peningkatan sedutan sebanyak 100 kali dalam 1 minit. Ibu tidak perlu lagi risau pengeluarkan susu untuk bayi tersayang. JOYLEE™ Ipump sangat praktikal dan senang dibawa ke mana juga.

Kini ibu tidak perlu gusar lagi untuk membuat stok susu bayi kerana dengan JOYLEE™ Ipump boleh memberi keselesaan dan selamat digunakan dimana juga selain dari bateri yang boleh digunakan untuk jangka masa yang panjang bagi ibu yang keluar bekerja.


JOYLEE™ Ipump boleh dibeli dalam talian www.joylee.co dan berharga RM497 sahaja dan didatangkan sekali dengan penutup bernilai RM129, beg sejuk bernilai RM 149 dan ice pack bernilai RM15 secara PERCUMA. JOYLEE™ Ipump mudah alih moden ini juga didatangkan bersama botol susu dari buatan PPSU yang mana botol ini mempunyai ketahanan dan boleh bertoleransi dengan suhu haba untuk pensterilan berulang. Untuk keterangan lanjut, boleh lawai www.joylee.co atau hubungi Khidmat Pelanggan JOYLEE di talian +6016 263 7743.

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook